Bab 27

3.8K 130 1
                                    

- Kitaorang dah ade dekat mall. Make sure that this plan is gonna be a success!!

Failih melihat pesanan ringkas itu sambil tersengih. Kenal sangat dengan perangai adik sepupunya itu.

"Kau apahal asyik tersengih-sengih? Tadi kata Syai yang Whatsapp." tanya Aliq

"Tak ada apalah. Sibuk je."

Aliq menjeling saja rakannya itu. Kalau dihempuk kejap lagi nanti tak habis jadi kes gaduh pulak dekat situ.

"Ok jom masuk. Diaorang dah sampai." kata Failih lalu keluar dari kereta.

Mereka berdua tiba disitu 30 minit lebih awal dari waktu yang telah dijanjikan.

Jadi dia dan Aliq buat keputusan untuk melepak sahaja di dalam kereta di parking basement itu sementara menunggu kehadiran Syaira dan Elena.

"Ok, plan dia apa kau cakap tadi?" tanya Aliq ketika mereka sedang menuju ke lif yang terdapat di situ.

"Eh aku punya banyak membebel tadi, kau boleh tanya aku balik? Kau dengar tak sebenarnya ni?"

"Aku tengah gugup, mana lah boleh fokus. Kau ni pun satu lah, beria sangat bagitau plan. Cer tengok dulu condition aku macam mana." kata Aliq.

Failih menjulingkan matanya ke atas. Condition sangat~~

"Tak payah nak gugup lah, kau bukan pergi melamar dia. Kau just nak betulkan balik keadaan je."

"Tapi kalau aku tersasul cakap macam mana?" tanya Aliq gusar.

"Ok, lets do it simple. Kau just cakap dekat dia about the situation yang kau tengah hadap sekarang. Aku rasa dia akan faham."

"Kalau dia tak boleh nak faham macam mana?" dalih Aliq lagi.

"Kalau aku hempuk kau kejap lagi, jangan kau tanya kenapa. Kau ni betul ke nak si El tu? Kalau tak nak aku nak terus je roger Kherul suruh masuk line."

"Kau jangan nak macam-macam ek."

"Haa, then ikut je lah apa yang aku cakap ni. Banyak bunyi pulak!" marah Failih.

"Ye lah."

"Lagi satu aku nak pesan. Make sure if minah 3 suku tu datang tiba-tiba, kau jangan nak dalih-dalih. Straight to the point cakap dekat Melia pasal perkahwinan kau ni." kata Failih lagi.

Sudah banyak kali dia pesan kepada Aliq mengenai hal itu, tetapi rakannya itu seperti biasa tidak mahu nak dengar kata.

"Apahal ada kaitan dengan Melia pulak ni?"

"Dia tu dah lah muncul je secara tiba-tiba entah dari mana. Lagi-lagi kalau ada kau, kejap dia dah pap! Ada depan mata. Aku rasa dia stalk kau lah." kata Failih.

"Hish kau ni! Buat seram aku je kalau kau kata dia stalk aku. Creepy bodoh!"

"Dia kan obses gila dekat kau. So kau be careful lah dengan dia. Kalau kau pun dia tak dapat nak jadikan milik dia, aku takut nanti mangsanya si El lah." kata Failih.

Aliq hanya senyap. Kepalanya menerawang memikirkan keselamatan Elena pula.

Kalau betul lah apa yang dikatakan oleh Failih, dia pasti akan menyesal sekiranya Elena bakal diapa-apakan oleh Melia.

"Dah, kau jangan nak fikir bukan-bukan. Aku cakap je, tugas kau lah yang nak kena handle si Melia tu macam mana." kata Failih.

Dia terus menarik Aliq memasuki pusat membeli belah itu.

Skinship❤️❗️❌Where stories live. Discover now