Bab 12

5.2K 129 0
                                    

Aliq membawa Elena ke satu kafe yang berada di tingkat bawah mall itu.

Mereka memilih meja yang berada di bahagian belakang dimana kurang orang untuk lalu-lalang di situ.

Kemudian seorang pelayan lelaki datang ke arah mereka berdua.

"Can i take your order Mr Aliq?"

"As usual please, thank you." kata Aliq.

Memandangkan kafe tersebut sering dikunjungi oleh dia dan rakannya yang lain, jadi pekerja dan pemilik kafe tersebut sudah cukup mengenali mereka.

"How about you miss?" tanya pelayan itu mula beralih kepada Elena.

"Em give me-"

"She doesn't need a drink." kata Aliq pantas.

Elena terus membulat mata. Dah tu apa kes duduk dekat kafe ni kalau tak order air?

"You said just now that you don't want anything. We came here just for a talk." Aliq sudah tersenyum yang penuh dengan agenda tersiratnya.

Elena sudah mengetap bibirnya geram.

Pelayan lelaki tadi sudah mula risau apabila melihat kedua orang makhluk di hadapannya itu seakan mahu bergaduh.

"It's okay, i don't need anything." kata Elena mengalah. Malas dia mahu memanjangkan pergaduhan mereka disitu.

Pelayan lelaki tadi pantas mengangguk dan berlalu pergi.

"Ok now, acak cakap. Elen nak cepat." kata Elena selepas pelayan lelaki tadi berlalu pergi.

"About what?" tanya Aliq pura-pura tidak faham.

"Pasal tadi lah."

"Tadi yang mana?"

Tangan Elena sudah diangkat ingin mencekik lelaki itu saja gayanya.

"Acak jangan lah nak memain!"

"Betul lah aku tanya. Tadi yang mana? Pasal apa yang aku nak cakap dekat kau atau pasal kawan kau tu?" kata Aliq.

Elena menjeling. Lupa pula tadi Aliq juga ada tujuan sendiri untuk berjumpa dengannya.

"Pasal kawan acak tu lah dengan Syaira." kata Elena.

Aliq mendekatkan sedikit dirinya ke arah gadis itu.

Elena yang terkejut gelabah ingin menjauhkan dirinya sehingga dia tersandar pada kerusi sendiri. Kedudukan mereka itu tetap dilihat begitu rapat.

"Aku boleh cerita tapi ada satu syarat."

"Ok tak kesah lah syarat acak tu. Cakap lah cepat." kata Elena gugup.

"We have to discuss our problems first and then I will tell you the secret about both of them." kata Aliq sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Elena berfikir seketika. Tangannya disilangkan ke dada dan jari telunjuknya pula diketuk-ketuk di dagu.

Macam syarat antara hidup dan mati pulak gaya si Elena fikir ni.

"Sir, this is your order."

Pelayan tersebut meletakkan minuman kegemarannya, ice green tea latte di atas meja.

Aliq terus menyedut sedikit minuman itu sambil memandang ke arah Elena yang masih lagi berfikir.

"Ok deal!" kata Elena yakin selepas beberapa minit berfikir.

"Then, its done. So see you at home tomorrow." kata Aliq lalu terus bangun. Dia turut mengambil minuman yang baru disedut sedikit itu.

"Eh kata nak settlekan masalah kita dulu." kata Elena hairan.

Skinship❤️❗️❌Where stories live. Discover now