Bab 42

3.8K 119 1
                                    

Perlahan-lahan Elena membuka kelopak matanya. Dia mengamati keadaan di sekeliling. Bilik itu kosong dan gelap tetapi terdapat sebuah tingkap kecil yang ditutupi langsir.

Dari keadaan berbaring dia cuba untuk duduk tetapi disebabkan kedua belah tangannya terikat jadi agak sukar. Apabila terdengar bunyi pintu yang dikuak itu, matanya terus memandang ke arah tersebut.

"Oh sleeping beauty baru bangun?"

Elena mengesot ke belakang. Haq! Lelaki itu rupanya yang membawa dia ke sini.

"Lepaskan aku!"

Haq mendekati Elena yang kelihatan takut itu. Mukanya hanya terbias dengan senyuman sinis. Mungkin gembira kerana rancangannya berjaya untuk menculik gadis itu.

"Aliq mesti tengah risau dekat kau kan? Apa agaknya yang dia tengah buat? Cari kau? Atau lupakan kau?" kata Haq sambil tangannya membelai lembut pipi Elena.

Dia berpaling ke arah lain cuba untuk menjauhkan mukanya dari terus dibelai oleh lelaki itu. Dia rasa sungguh jijik apabila lelaki lain selain suaminya cuba menyentuh dia.

"Apa yang kau nak hah? Lepaskan lah aku!"

"Aku nak Aliq merana! Kau merupakan kelemahan dia jadi bila aku seksa kau, dia pun akan rasa terseksa." kata Haq sinis.

Digenggam dagu Elena kuat sehingga gadis itu mengeluh sakit.

"Muka kau pun lawa, aku tak sangka ada juga orang yang lagi lawa dari Melia. Sebabtu agaknya si Aliq lepaskan Mel?"

"Kau nak apa dari Aliq? Apa yang kau tak puas hati dengan suami aku?" Elena berani menentangan pandangan tajam Haq.

Haq bangun dari terus bercangkuk di hadapan dia. Lelaki itu bergerak mendekati tingkap. Langsir yang tertutup itu diselak membenarkan cahaya matahari masuk ke dalam bilik itu. Baru dia dapat melihat dengan jelas keadaan sebenar di dalam bilik kosong tersebut.

"Banyak benda yang Aliq hutang dengan aku. Kau sebagai ganti untuk bayaran hutang dia."

"Kau gila!" tengking Elena.

"Siapa yang kau kata gila hah?!" Haq pantas ingin mendekati Elena kembali. Tetapi rempuhan kasar dari luar pintu itu memberhentikan langkah lelaki itu.

"Abang! Kerja gila apa yang kau buat ni?!"

"Anaz?!" Elena terperanjat besar apabila lelaki yang merempuh pintu itu ialah Anaz. Haq merupakan abang lelaki itu selama ini?

Anaz tidak mempedulikan keberadaan Elena disitu. Dia melangkah mendekati abangnya.

"Aku dah kata jangan babitkan Elena! Apahal kau tak nak dengar cakap aku?!" Baju Haq dicekak kemas. Panas hatinya melihat muka selamba abangnya itu.

"Kau tak ada kaitan dalam hal ni. Kau sendiri tarik diri kan? Jadi apa yang aku buat, kau tak ada hak untuk arah aku!" Ditepis tangan Anaz itu.

"Kau lepaskan dia sekarang! Lepaskan!"

"Kau jangan sampai aku ikat kau macam minah tu jugak! Kau berambus!" jerkah Haq.

"Abang!"

Elena memerhatikan saja dua beradik itu bertengkar. Hendak menyampuk nanti dia pula yang kena jadi lebih baik dia senyap sahaja. Rupanya amaran yang diberikan oleh Anaz sebelum ini kerana dia merupakan adik kepada Haq. Dia risau jika Elena yang akan menjadi mangsa kepada dendam abangnya.

"Aku tak kira! Kau lepaskan Elena!"

Haq yang sudah geram itu terus menumbuk muka adiknya kuat sehingga dia terduduk. Darah yang mengalir dihujung bibir Anaz dilap dengan hujung lengan bajunya.

Skinship❤️❗️❌Where stories live. Discover now