Bab 13

5K 144 6
                                    

2 petang,

Seperti yang dijanjikan oleh Aliq, habis sahaja solat Jumaat di pusat islam universiti dia terus menjemput Elena.

Kereta Nissan Almera miliknya diparkir di luar pagar kolej kediaman pelajar perempuan.

Dia keluar dan mula bersandar pada hud hadapan kereta. Tangan sibuk menaip pesanan kepada Elena untuk memberitahu keberadaannya yang sudah berada di bawah.

Selepas 10 minit, dari jauh kelihatan gadis itu sedang berjalan ke arah pagar.

Dia mengenakan blaus pink lembut dan jeans biru. Tudung pula dikenakan hanya bawal biru sama warna dengan jeansnya.

' Cantik. ' puji Aliq tapi dalam hati lah.

Secara tidak sengaja senyuman terukir di bibirnya.

Elena memandangnya pelik.

' Dah apahal mamat ni? Tiba-tiba je senyum, biol ke? ' bisik hatinya.

"Jangan nak mengumpat aku dalam hati."

Elena menjeling lalu bibir dicebikkan tanda menyampah.

Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan tangannya. Kening sudah dijongketkan sebelah.

"Nak buat apa?" tanya Elena pelik.

"Eh lupa tak kahwin lagi, ingat boleh dah salam." usik Aliq.

"Lawak sangat ke? Elen naik balik atas karang!"

"Oh, tak nak dengar la cerita pasal kawan kau tu?" duga Aliq.

Elena merenungnya tajam. Geram pulak rasanya tengok mamat ni. Nak dipicit-picit macam jeli.

Dia terus membuka pintu dan masuk ke dalam kereta. Pintu tersebut dihempas kuat, sengaja.

Aliq menggelengkan kepala dan tertawa halus.

"Tercabut pintu kereta tu kau ganti." kata Aliq apabila sudah masuk ke dalam kereta.

Enjin kereta itu di hidupkan.

"Duit abah jugak."

"Aku cium kejap lagi jangan kau nak salahkan aku. Ada je nak menjawab mulut tu." ugut Aliq dengan muka selambanya.

Pantas sahaja Elena menekup mulut dengan kedua belah tangan. Sejak bila pula lelaki ni suka flirt begitu?

Kereta sudah bergerak keluar dari kawasan kolej kediaman tersebut. Dia memandu pulang ke villa keluarga mereka.

Sepanjang perjalanan itu, mereka berdua langsung tidak berbual.

Aliq fokus pada pemanduannya manakala Elena pula termenung menghadap permandangan luar tingkap kereta.

Aliq mengerling ke arah Elena yang sedang termenung itu.

Sebelah tangannya cepat saja menarik bahagian hadapan tudung gadis itu. Terus ke depan tudungnya itu sehingga menutup muka.

"Acakkkk!!!!"

Aliq sudah terkekeh ketawa.

"Tak lawak lah! Elen terajang kejap lagi!" marah Elena sambil membetulkan tudungnya.

"Termenung je, cuba berborak dengan aku ni. Your husband-to-be." kata Aliq.

"Acak cakap lagi sekali husband bagai tu, memang Elen suruh acak berhentikan kereta sekarang jugak."

"Hei apasal nak emo ni? If marry me will make you regret, then bawak someone yang kau memang nak sehidup semati dengan dia dekat along." kata Aliq.

Elena hanya senyap.

"Sampai bila kau nak elak? Kau nak bergantung dengan ubat je? Sebelum ni kau memberontak jugak, lepastu bila dah bagi pilihan kau pulak tak nak." sambungnya lagi.

Elena tetap senyap tidak membalas.

"Kau ni senyap je ada yang kena kang!" Aliq ingin meluku kepala Elena.

"Hah! Husband-to-be lah sangat, belum apa-apa dah nak pukul-pukul."

"Ceh tadi sibuk suruh kita jangan cakap pasal husband bagai tu. Tapi dia jugak yang mention dulu." Aliq mencebik.

"Senyap lah!"

"Sebelum ni kau cakap dengan aku bebaik je. Tak ada nak naik suara, ni apasal dah berubah 360 darjah?" tanya Aliq.

"Oh, should I treat you like my brother after I know that you are not actually my REAL brother?" tanya Elena sarkastik.

"You should because I'm still older than you."

"And after that I have to marry you, then should I treat you the same?" tanya Elena lagi.

"Alaa kahwin je pun. Besar sangat ke masalah tu?!"

"Daripada acak nak buat Elen marah baik acak diam. I don't want to continue this conversation anymore." kata Elena.

Dia memalingkan badannya dari arah Aliq.

"Siaplah kau lepas kahwin, memang aku ganyang kau sampai lunyai." kata Aliq perlahan sambil mengerling ke arah Elena.

"Apa dia?" Elena terdengar seperti lelaki itu sedang bercakap dengannya.

"Tak ada apa."

Dia kemudian kembali menghadap luar tingkap.

Selepas 40 minit memandu, mereka berdua pun tiba di hadapan vila keluarga mereka.

Aliq dan Elena turun dari kereta. Terpandangkan saja muka garang Razil di pintu masuk vila itu, Elena segera lari menyorokkan diri di belakang Aliq.

"Tau pun takut, siapa suruh kau tak balas Whatsapp along." perli Aliq.

"Senyap lah! Boleh tak jalan je, tak payah nak bebel."

Aliq mengajuk cakap Elena sambil berjalan mendekati Razil di pintu.

Elena di belakang mahu sahaja mencekik lelaki tu. Sudah lama dia tahan sabar untuk melakukannya.

Sampai di hadapan pintu, Aliq terus menyalam tangan Razil.

Elena yang di belakang pula teragak-agak untuk mendekati abang sulungnya itu.

Apabila tiba gilirannya, dia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Tetapi Razil mengangkat tinggi tangan seperti mahu menampar pipinya.

Elena cepat memejamkan mata kerana takut. Redha lah kalau abangnya itu mahu menamparnya.

Tiba-tiba dia terasa usapan lembut di atas kepalanya, cepat dia mencelikkan mata.

Razil tersenyum memandang Elena sambil mengusap lembut kepala adiknya itu yang dibaluti tudung.

*continued*

Skinship❤️❗️❌Where stories live. Discover now