Elena turun dari biliknya. Pagi itu dia bangun awal kerana perutnya sangat lapar. Mungkin disebabkan semalam dia tidak makan malam, jadi laparnya itu makin menjadi-jadi.
Sebab apa dia tak makan malam? Tak payah lah tanya, malas nak bagi penerangan panjang lebar.
Apabila kaki sudah berada di tingkat bawah, dia pantas ke arah dapur lebih-lebih lagi apabila terbau makanan yang sangat sedap.
"Wah! Mama masak nasi lemak!" kata Elena riang.
Melihat hidangan nasi lemak yang sudah tersedia di atas meja lagi membuatkan dia rasa lapar. Kecur liurnya melihat nasi yang masih panas itu.
Dia terus duduk di meja dan menyenduk nasi, sedikit sambal dan telur goreng ke dalam pinggan. Sudu dan garfu cepat diambil.
Bismillahirrahmanirrahim~
"Hui anak dara! Tak reti nak tunggu yang lain dulu ke?" tegur Pn Atilia.
Terus terbantut suapan Elena. Dia menayang sengih.
"Entah, apa yang tak menyabar sangat bakal bini kau ni cak?" kata Razil pula yang baru tiba di dapur.
Kelihatan abangnya itu berpeluh sehingga bajunya juga turut basah seperti baru lepas berjogging.
Di belakangnya pula, Aliq sedang berdiri tegak dengan jersey hitam fit dan tracksuit 3 suku. Di lehernya pula terlilit tuala kecil untuk mengelap peluh.
Rambutnya yang basah itu mula menarik perhatian Elena.
"Ehem bukan takat makan je, duk tenung aku tu pun macam tak menyabar jugak nak dapat." kata Aliq lalu mengenyitkan mata.
Elena segera mengalihkan pandangan. Kantoi pulak bila dah sedap usha encik abang depan mata. Belum jadi suami kau dah gatal Elena!
"Ala tunggu yang lain lambat sangat. Elen makan lah dulu. Perut diutamakan."
"Dah lah, tak payah nak disakat Elen tu. Along dengan acak pergilah mandi. Sudah lah baru lepas berjogging, boleh terus masuk dapur pulak." tegur En Ramzi.
"Baik abah." kata mereka serentak lalu naik ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri.
En Ramzi dan Pn Atilia sudah duduk dan mula menyertai Elena bersarapan sekali.
"Elen, macam mana? Dah bincang tarikh dengan acak?"
Elena mengunyah perlahan nasi lemak di dalam mulutnya. Dia memandang abahnya yang sedang menghirup teh'o panas itu.
"Belum."
"Bila lagi nak bincang dengan acak? Abah dah bagi masa kan?" tanya En Ramzi.
"Tapi abah, cepat sangat lah nak kahwinkan Elen ni. Please, give me more time. I want to enjoy my young life."
"Young life? Elen tu umur 30 pun tak habis nak jadi muda. Ingat abah nak bagi muka? No!" kata En Ramzi sedikit tegas.
Muka Elena mula berubah cemberut.
Dia sudah dapat mengagak yang berbincang dengan En Ramzi mengenai hal itu sangat mustahil. Tak mungkin abahnya akan memberi dia masa untuk diluangkan untuk diri sendiri.
"Elen, mama dengan abah buat ni semua sebab kitaorang nak yang terbaik untuk Elen. Mana tahu boleh curekan penyakit Elen ni." pujuk Pn Atilia.
"Mama, Elen yakin mesti ada cara lain lagi."
"Penyakit sentuhan boleh dirawat dengan apa lagi Elen? Mama tahu cuma acak je yang boleh tolong Elen." kata Pn Atilia.
"But mama, why acak?"
YOU ARE READING
Skinship❤️❗️❌
Romance[COMPLETE] Skinship : I just need Your touch ⚠️Alert: Watak, tempat dan jalan cerita tidak berkaitan dengan mana-mana pihak. 🚫 Abaikan kesalahan ejaan/tatabahasa. Start: April 2019 End: July 2021