Bab 24

4.5K 128 2
                                    

Elen berjalan laju pergi. Air matanya mengalir deras namun cepat tangannya menyeka kasar. Untuk apa dia menangis lagi? Menagisi kebodohan diri sendiri?

' Kau lemah! Kau harapkan apa dari mamat tu? Sedar diri kau tu Elen! ' bisik hatinya.

Dia berasa sangat kecewa. Adakah perasaan sukanya terhadap Aliq yang menyebabkan dirinya begitu senang sekali ditipu oleh lelaki itu?

Elena menuju ke arah pintu 'Exit' yang berhubung ke kawasan bertangga. Dalam keadaan dirinya ketika itu, dia tidak mahu orang lain memandangnya pelik. Mukanya yang merah harus dineutralkan kembali sebelum pulang ke rumah.

Anak tangga paling bawah didudukinya. Kemudian kedua belah lututnya ditarik rapat ke wajah. Sebak yang cuba ditahan tadi dilepaskan semahu-mahunya dengan harapan agar selepas ini hatinya akan menjadi lebih kuat. Dia tidak mahu terus ditipu lagi oleh lelaki itu.

' Berdiri di atas kaki sendiri Elen! Dia bukan sesiapa yang kau patut minta simpati! Kau tak payah lagi minta bantuan sesiapa. You can live well without him! ' bisik hatinya lagi.

Tiba-tiba dia terdengar pintu 'Exit' itu dibuka dari luar.

Elena segera mengelap air matanya. Dia cuba berlagak biasa sambil berpura-pura memeriksa Iphonenya. Kehadiran manusia yang memasuki kawasan itu tidak diendahkannya.

"Elen!"

Seorang lelaki tiba-tiba sahaja datang terus menerpa ke arahnya. Muka lelaki itu agak takut dan risau sambil kedua belah tangannya memegang kemas lengan Elena.

"Elen?! Are you okay?"

Elena pantas menepis tangan tersebut. Hatinya begitu marah sekali.

"What do you want from me? Don't you get enough from playing with my heart just now? Or do you want to apologise again and perhaps I will accept it like an idiot?" sindir Elena pedas.

"Elen! That is not what you think. Acak boleh explain." kata Aliq.

Ini lah perkara yang sangat ditakutkan olehnya selama ini. Sekiranya hati Elena betul-betul sudah keras dan tidak mahu menerimanya, dia pasti akan jadi gila!

"Explain apa lagi?! Elen dah tak nak dengar lah!"

Dia dapat rasakan sikap Elena sudah berubah dingin kepadanya. Pandangan mata gadis itu juga berbeza. Mata yang penuh dengan rasa marah dan kecewa.

"Elen, please.. Apa yang acak cakap sebelum ni betul. I will never lie to you about my feelings. Melia cuma gurau je tadi." pujuk Aliq.

"Gurau? She plays joke with a wrong person. Acak ingat Elen ni tunggul tak ada perasaan ke?" marah Elena.

"Memang salah bergurau macam tu jadi acak minta maaf bagi pihak Melia. She doesn't mean anything by that. I know her."

"Good if you know her. Lepastu pergilah kahwin dengan dia! I bet she loves you so much sampai sanggup nak bawak acak jumpa parents dia." kata Elena.

Dia terus berdiri. Malas dia mahu mendengar lagi kata-kata dari Aliq. Berilah seribu alasan, ketika itu dia berkeras tidak mahu mendengar apa-apa.

Hatinya sangat sakit. Melihat wajah lelaki itu cukup membuatkan darahnya mendidih. Elena tidak mahu bercakap kasar, jadi lebih baik dia yang pergi dan tenangkan fikirannya.

"Elen please! Acak memang sukakan Elen! I have no doubt for choosing you to be my wife. Kenapa Elen percaya sangat cakap Melia tu?"

Lengan Elena pantas Aliq pegang . Dia tidak mahu gadis itu melangkah pergi. Dia tidak mahu mengambil masa yang lebih lama lagi untuk memujuk. Hari ni pun misinya adalah untuk memujuk gadis itu namun bala pula yang datang menimpa.

Skinship❤️❗️❌Where stories live. Discover now