Bab 46

3.6K 124 2
                                    

Aliq perlahan-lahan naik ke tingkat atas rumah tersebut. Tipu kalau dia cakap dia tidak takut lebih-lebih lagi melihatkan ramai lelaki yang berbadan besar dengan muka mereka yang menakutkan. Tapi demi keselamatan Elena, dia beranikan dirinya.

Sampai sahaja di hadapan pintu sebuah bilik, dia memulas tombol pintu tersebut. Perlahan-lahan dia menjengukkan kepala ke dalam. Terus matanya tertancap pada wajah Elena dengan mulutnya yang terikat dengan kain. Dia terus masuk dan mendapatkan isterinya itu.

Dipeluk Elena dengan erat dan tepi kepala gadis itu dicuim berkali-kali. Dalam hati banyak kali dia mengucapkan syukur apabila melihat keadaan Elena yang selamat tanpa sebarang kecederaan.

"I miss you so much. I don't know what going to happen to me if I lose you." Kain yang mengikat mulut gadis itu dibuka dan diangkat wajahnya. Dia menatapnya dengan penuh kasih.

Elena tersenyum nipis sambil air matanya perlahan mengalir jatuh ke pipi. Sungguh dia rindukan lelaki itu. Dia rindukan suaminya. Sepanjang dia dalam tahanan Haq, dia asyik memikirkan tentang hubungan mereka berdua.

Melihatkan kesungguhan suaminya yang sering bertanyakan khabar tentang diri dia melalui Melia, Elena dalam diam menyimpan perasaan sayang yang mendalam kepada Aliq. Berbunga-bunga hatinya apabila dapat menatap wajah Aliq ketika itu.

"Dah-dah lah tu kau nak buat drama. Kau ingat aku tunggul ke dekat sini?"

Aliq memusingkan badannya. Segera dia menyorokkan Elena disebalik badannya apabila ternampak Haq yang santai bersandar pada dinding.

"Kau lepaskan Elena sekarang. Hal kau dengan aku tak ada kaitan langsung dengan dia."

Haq terlepas tawa tetapi sangat sinis sekali. Dia memandang wajah Aliq dan Elena silih berganti.

"Kau tak rasa yang kau lupa something?"

Aliq menjongketkan sebelah keningnya.

"Are you pregnant? If that what he mentioned just now, who is the father of the baby? Abang tak sentuh Elen pun lagi." ujar Aliq lalu memandang Elena.

Elena pula sudah memerah muka. Dia memukul belakang badan suaminya itu banyak kali. Waktu genting ni jugak dia nak buat lawak!

"Kau memang sengaja nak buat aku naik angin kan?! Jangan sampai aku tembak dua-dua sekali dekat sini!"

"Haq please, aku anggap kita settle sini. Aku akan gugurkan dakwaan dekat balai polis then kita tak perlu lagi ada kaitan lepasni. Aku akan anggap benda ni tak pernah jadi." pujuk Aliq.

"Hei! Aku tak kesah lah kena masuk penjara! Kau ingat aku takut sangat ke dengan penjara tu?! Selagi aku tak nampak kau terseksa depan aku, selagi tu aku tak puas!"

"Aku tak tau apa salah aku dekat kau, Haq. Tapi kalau pasal benda lepas, aku tau kata maaf takkan selesaikan apa-apa pun. Bukan cara macam ni Haq, kau kawan aku. Aku sendiri tak nak kau masuk penjara."

"Hei kau jangan nak berdrama pujuk aku lah! Kau ingat ni slot akasia?!"

Ceh! Tau aje slot akasia lah.. Apa lah..

"Sebabkan kau nak sangat buat lawak bodoh dengan aku tadi, jadi aku nak ingatkan kau lah pasal partner in crime kau ni." ujar Haq lalu dia menarik sebuah kerusi yang beroda menghadap ke dalam ruangan bilik tersebut.

Aliq dan Elena sudah terkejut besar. Melia yang diikat dikerusi itu berada dalam keadaan sangat longlai dengan wajah yang tertunduk, rambut serabai dan baju penuh dengan kesan darah.

"Apa yang kau dah buat dengan Mel?!" tengking Aliq. Matanya agak memerah kerana cuba menahan marah yang dari tadi dia simpan kemas.

Haq tersenyum sinis sambil menolak kerusi itu mendekati mereka berdua. Aliq dan Elena pula sudah berganjak perlahan ke belakang cuba menjauhi Haq.

Skinship❤️❗️❌Where stories live. Discover now