Bab 14

5K 147 2
                                    

Elena tersenyum lega apabila mood Razil kepadanya agak baik pada hari itu. Ingatkan dia akan dimarahi dengan teruk.

Lama Razil mengusap kepalanya.

"Along ni tak pernah pun macam ni, kalau tak sebelum ni telinga Elen selalu jadi mangsa." kata Elena tersengih.

"Apa? Sebelum ni along selalu buat macam mana?"

"Along selalu tarik telinga Elen."

"Ohh.. Macam ni ke?" Lantas telinga Elena disebalik tudung itu ditarik kuat oleh Razil.

"Ahhh aduh!! Along sakit! Sakit!" terjerit-jerit gadis itu apabila dengan tiba-tiba saja telinganya ditarik.

"Along tetap along, tak ada yang nak berubahnya." kata Razil.

Aliq disebelah sudah menutup mulut menahan ketawa dari terlepas. Cukup kelakar melihat wajah gadis itu yang mula memerah menahan sakit.

"Sampai hati along. Sakit lah along!"

Elena fikir bahawa abangnya itu baik disebabkan mood petang itu tetapi sangkaannya meleset. Mana pernah Razil tu relax kalau mengenai halnya.

"Sakitlah along! Lepaskan lab telinga Elen." Elena sudah memegang lengan Razil.

Dia sedaya upaya menarik tangan abangnya itu untuk melepaskan tarikan di telinganya.

"Dah la tak nak balik rumah, lepastu tak balas Whatsapp along. Siap bluetick."

"Kan aku dah cakap, tak nak jugak dengar." tambah Aliq lalu ketawa kuat.

Elena geram.

"Mama!!!" terus dia menjerit memanggil Pn Atilia.

"Dah la tu along. Kejap lagi mama sampai habis kau pulak yang kena." kata Aliq.

Razil melepaskan telinga Elena.

Dia menggosok-gosok telinganya yang sakit. Pasti sudah menjadi merah.

Elena terus sahaja masuk ke dalam rumah. Bahu Razil sengaja dilanggar kuat. Geram betul dengan sikap abangnya itu.

"Eh budak ni, ada yang kena lagi kang." marah Razil.

Aliq pantas memegang bahu abangnya lalu menggelengkan kepala.

"Aku susah payah nak bawak dia balik, kau jangan lah nak buli dia long."

Dia juga turut masuk ke dalam rumah. Razil pula mengekorinya di belakang.

"Kenapa? Kira kau dah berjaya lah? Aku as abang dia pun tak dapat nak pujuk?" kata Razil.

"Aku bukan nak cakap macam tu along. Aku just tak nak kau keruhkan lagi keadaan. Aku bawak Elen ni balik so that benda ni boleh selesai cepat."

Dia duduk di sofa untuk menghilangkan rasa penat dan panas.

"Dah la tu, asyik nak cari salah dia je. Along pun bertolak ansur lah sikit dengan Elen. Dia kan dah follow je cakap along sebelum ni." kata Aliq.

Razil hanya diam. Dia yang duduk berdepan dengan Aliq terus bersandar pada sofa.

Tiba-tiba matanya ternampak kelibat seseorang yang cuba menyorok di tangga.

"Elen! Ingat along tak nampak ke?"

Aliq memusingkan kepalanya ke belakang. Kelibat gadis itu ditangga diperhati tajam. Eavesdropping.

Elena pula sudah tersengih-sengih turun. Di belakangnya Azran turut mengekori.

"Sibuk nak dengar orang bercakap." marah Razil.

"Ala biarlah." kata Elena selamba.

Dia terdengar suara abang-abangnya masih lagi di ruang tamu. Jadi dia tidak jadi untuk turun, sebaliknya menyorokkan diri.

Apabila mendengar saja kata-kata Aliq yang seperti berpihak padanya, dalam diam dia tersenyum sendiri.

' Baik jugak mamat ni, baru boleh sayang lebih.. Hehe.. ' bisik hatinya perlahan.

Tetapi abang keduanya, Azran, tiba-tiba saja sudah berada di belakangnya. Jadi dia tiada tempat untuk melarikan sehingga Razil nampak dirinya di tangga.

"Ngah, mama dengan abah ada dekat atas ke?" tanya Razil.

"Aik kau bukan duduk rumah ni jugak? Apasal tak tau abah dengan mama kat mana." perli Azran.

Razil menjeling. Geram pula bila asyik dirinya menjadi mangsa.

"Dah.. Dah.. Ni apasal pulak angah dengan along yang macam nak bergaduh." kata Aliq.

Dia memandang Azran dan Razil silih berganti.

"Aku naik atas dulu, malam ni korang berdua jangan nak pergi mana-mana. Kalau ada siapa lari, malam ni jugak along kahwinkan korang berdua." Razil terus berlalu naik ke biliknya.

Aliq, Azran dan Elena hanya memandang saja kelibat abang mereka itu sehingga dia sudah masuk ke bilik.

"Ha dengar tu? Jangan nak cari pasal dengan along lagi. Especially you my sister, you are the most rascal one." kata Azran lalu mengusap kepala Elena lembut.

"Along yang selalu cari pasal dengan Elen. Elen tak ada pun nak usik-usik along."

"Yela tu." perli Aliq.

Dia juga turut bangun dari sofa dan berlalu naik ke biliknya. Lebih baik dia tidur, malam nanti nak berperang.

"Mama dengan abah keluar kejap, malam nanti diaorang ada dekat rumah. Elen pergi lah rehat dulu." kata Azran.

"Angah pula nak gi mana?"

"Nak keluar jumpa kawan jap, ada hal. Nanti angah balik awal."

Elena menganggukkan kepalanya dan naik ke bilik. Azran pula terus keluar untuk berjumpa rakannya.

Dia harus segera kerana malam nanti sangat penting, kalau tiada dia nanti teruk pula adik-beradiknya bergaduh.

*continued*

•••••••••••
Ok, story ni akan hold sekejap dalam beberapa hari😔.. Im sorry kalau chapter kali ni tak berapa menarik😭.. Saya dah puas fikir and cari idea but cuma ni je yang saya boleh update for this chapter.. Apa-apa perubahan on this chapter will be announce later (sekiranya nak ubah plot citer)..

So for korang, please keep supporting me and vote this story💖💖.. Kalau lebih 1k i will be so happy to have a reader like all of you🙆🙆.. Lagi rasa nk update banyak2 chapter after this😉😃.. Wish me luck utk 2 paper akhir ni on 12/7 and 15/7 🌹🌹.. May your wishes will always back to you with His blessing all the time💖😘

Skinship❤️❗️❌Where stories live. Discover now