Elena pulang ke rumah dengan keadaan marah.
Dia masuk sahaja ke dalam bilik, pintu yang tidak bersalah itu dihempas kuat.
"Hoi! Kau dah apahal hempas pintu? Tercabut pintu tu, kau bayar denda!" marah Syaira.
Elena hanya buat pekak. Dia terus ke arah katil dan membaringkan tubuhnya.
Beg serta buku-buku yang dibawa ke kelas tadi hanya dibiarkan bersepah di tepi katil.
"Kau ni dah kenapa? Gaduh dengan Aliq?"
Elena hanya diam. Tidak mahu menjawab soalan tersebut. Mukanya sudah ditekup menggunakan bantal.
"Haritu tak suka sangat, sekarang ni bergaduh macam orang cemburu dah apahal? Ke kau dah tangkap cintan dengan dia?"
' Aah kan? Apasal aku nak marah tak tentu pasal ni. Bukannya aku suka dia pun. ' bisik hati Elena.
"Mana ada aku cemburu." Bantal tadi mula dialihkan dari menutupi wajahnya.
Dia mengemas kembali barangnya yang terbiar di tepi katil. Begnya itu diletakkan di kerusi manakala buku tekas dan buku notanya diletakkan di atas meja.
"Dah tu, apasal? Balik nak hempas-hempas pintu. Aku report dekat Aliq karang."
"Sejak bila kau pandai nak report semua benda dekat dia ni? Mesti mamat tu suruh kau jadi spy perhatikan aku kan?" duga Elena.
"Kalau dia tak suruh pun memang aku nak report. Biar dia kawal sikit kau ni."
"Kau patutnya sebelahkan aku Syai! Bukannya mamat tu. Tak sangka kau pertaruhkan persahabatan kita untuk mamat tu." kata Elena sayu.
"Eh kau jangan nak buat drama. Aku ni kawan yang prihatin. Kalau tiba-tiba kau gila lagi teruk tak macam hari ni, aku nak report kat siapa?"
Elena terus mencebikkan mulutnya.
"Aku ni belum officially dengan mamat tu. Kau boleh report dekat mak ayah aku kalau aku dah gila nanti." kata Elena.
"Bongkak lah kau, nanti yang kau cari si Aliq tu jugak."
Elena hanya memekakkan telinganya. Malas mahu mendengar gadis itu membebel. Mengalahkan mamanya saja.
Ting! Ting!
Elena cepat membuka aplikasi Whatsapp apabila terdapat satu notifikasi baru.
Aliq: Esok lepas kelas, follow aku. Kita keluar kejap.
Elena berfikir sejenak.
' Function aku kena ikut dia? Ajak lah perempuan tadi tu! ' hatinya bungkam.
Elena: Tak nak.
Selepas membalas mesej itu, terus mengabaikan mesej Aliq yang mula masuk bertalu-talu.
Pasti lelaki itu sedang geram dengannya.
Syaira menyedari perlakuan rakannya agak berbeza. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.
Kalau sudah suka, tak nak mengaku. Kena kebas nanti, tak tahu. Ish.. Ish..
••••
Aliq geram dengan sikap Elena yang mula mengendahkan semua mesejnya.
Ingatkan bila sudah setuju sikapnya yang satu itu akan berubah, lagi bertambah pula keras kepalanya.
Semua mesej yang dihantar melalui Whatsapp itu langsung tidak dibalas kembali.
Kenapa? Selalunya ada saja yang mahu dibantah oleh gadis itu. Tetapi hanya balasan 'tak nak' sahaja daripada dia.
"Fai, kalau perempuan balas satu ayat je rasanya sebab apa ek?"
Failih yang sibuk menaip sesuatu di laptopnya terus berhenti. Dia memusingkan badan menghadap Aliq di katil.
"Apasal? Kau gaduh dengan El lagi?" tanya Failih.
"Entah lah, aku rasa tak pun. Sebab tadi elok je aku tegur."
"Mesti kau ada buat something yang dia tak suka. Maybe dia tengah sakit hati kot?" kata Failih.
Dia menyambung kembali menaip. Rasanya jawapan itu dapat memberikan Aliq sedikit idea tentang keadaannya.
' Sakit hati? Apa dia nak sakit hati sangat? ' bisik hatinya perlahan.
Tiba-tiba dia teringatkan Melia. Selepas bertemu dengan Elena, dia terserempak pula dengan rakannya itu yang agak tidak jauh dari tempat duduk gadis itu.
Tak akan la si Elena ni nak sakit hati dengan Melia? Is she jealous?
Terus dia menepuk dahinya kuat.
"Shoott! Is she really jealous of Melia?!" kata Aliq agak kuat.
"Melia? Kenapa dengan dia?" Pelik apabila nama rakan sekelas mereka itu dipetik
"Tadi kitaorang terserempak then aku rasa si Elen nampak lah." kata Aliq.
"You are messing with two girls now? Aku dah kata jujur dengan si Melia tu. Kau sendiri tahu yang dia memang suka kau." kata Failih.
"Tapi complicated la Fai. Aku kalau boleh nak terus shut out dia tapi our parents dah kenal lama. So no!"
"You are getting married Liq. After married pun kau still nak rapat dengan Melia? Come on dude, your wife is a pirority, she is nothing in your life." kata Failih.
"Tapi-"
"Kau suka El dah lama kan? She is more speacial than Melia right? So think wise Liq, El or Melia? Parent korang tu, diaorang sendiri punya cerita. Tak ada kena mengena dengan life korang."
Aliq hanya senyap.
Melia? She is just a good friend from high school and kebetulan both our parents are business partner.
Elena? God, I like her so much ever since she becomes my sister. I have been waiting to be her special one for so long.
Fikirannya bercelaru memikirkan dua wanita itu. Mana satu yang lebih penting kepadanya?
*continued*
•••••••
Jeng jeng jeng!! Aduh ade pulak orang ketiga ni. Haihh, Aliq ni dalam diam.. Kena belasah jugak dia ni nanti😠😠
Ok guys, sorry sangat-sangat for the late update on new chapter. I try my best to create new story plot and characters. Before this saya ade mention yang story ni will be super slow updated story😔 but thank you so much for those yang setia menunggu untuk next chapter😭😭 view readers and voting pun menaik even tho saya lama tak update😣😣 keep promote this story and also please vote 😇😇😘😘
p/s: btw esok result final saya nak keluar, wish me the best luck😀😳
YOU ARE READING
Skinship❤️❗️❌
Romance[COMPLETE] Skinship : I just need Your touch ⚠️Alert: Watak, tempat dan jalan cerita tidak berkaitan dengan mana-mana pihak. 🚫 Abaikan kesalahan ejaan/tatabahasa. Start: April 2019 End: July 2021