Bab 8

5.4K 159 7
                                    

Pukul 5 petang,

Razil sudah berada di luar pagar kolej Ubaidah dengan kereta BMW 3 Series warna hitamnya.

Elena yang turun selepas 5 minit ketibaan abangnya itu terus masuk ke dalam kereta dan memakai seatbelt. Kemudian kereta itu dipandu pergi dari kampus untuk pulang ke rumah.

"Elen, apapun yang jadi dekat rumah nanti tolong jangan bantah. We have decided this to help to cure your disease." kata Razil.

Elena hanya senyap. Dia rasa sedikit berdebar dengan kenyataan Razil itu. Apalah agaknya keputusan yang telah dibuat oleh keluarganya itu terhadap diri dia?

Sampai sahaja di rumah, Elena memerhatikan setiap kereta yang terparking di garaj. Dia menarik nafas lega.

Nampaknya Aliq tidak akan ada bersama dengan mereka nanti. Kalau abangnya itu ada pasti jiwanya akan mulai kacau. Tetapi Elena tidak lupa untuk makan juga ubat sebelum ke sini. Mana lah tau tiba-tiba saja lelaki itu muncul, sekurangnya dia bersedia.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan ibu bapa mereka dan Azran sudah berada di ruang tamu.

Elena sudah berlalu ke arah Pn Atilia dan duduk disebelah mamanya itu.

"So apa benda yang semua nak bagitau Elen?" tanya Elena.

Tunggu lebih lama nanti dia pula yang mula tak keruan. Kalau lah abangnya sudah menjumpai cara untuk menghilangkan penyakitnya, dia akan rasa sangat gembira.

"Kita tunggu Aliq dulu. Dia dah on the way." kata Razil.

"Apasal pulak nak kena tunggu acak?" 

' Aduh aku tak nak ada dia. Why?!! Why?!! ' bisik hatinya tidak puas hati.

Razil hanya senyap tanpa membalas soalan adiknya itu.

Elena mencebikkan bibirnya geram.

Seketika kemudian, terdengar bunyi enjin kereta di luar vila tersebut.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam!" jawab mereka semua hampir serentak.

Elena hanya menjawab salam tersebut dalam hati. Dia setia senyap di sebelah mamanya.

Masuk sahaja ke dalam villa itu, Aliq memandang ahli keluarganya yang sudah berada di ruang tamu itu. Terutama sekali Elena yang sudah memandang ke arah lain.

"Acak, kau duduk dulu." kata Razil.

Aliq menganggukkan kepalanya dan berlalu ke arah sofa yang kosong. Kebetulan hanya terdapat satu sofa yang kosong  di sebelah Azran dan berhadapan dengan Elena. Dia terus duduk disitu.

"Kenapa along suruh berkumpul ni?" tanya En Ramzi.

"Sebenarnya along nak bagitau yang along ada cara yang mungkin dapat selesaikan masalah penyakit Elen." kata Razil.

"Betul ke ni along?" tanya Puan Atilia pula.

Kalau anak sulungnya itu sudah menjumpai cara yang lebih baik, dia sebagai ibu berasa sangat gembira. 

Elena sudah lama menderita disebabkan penyakitnya. Zaman remajanya hanya ditemani oleh abang-abangnya saja. Dia tidak boleh keluar bergaul disebabkan penyakitnya itu.

"Tapi along rasa ni keputusan yang agak besar dan along tak pasti kalau semua boleh terima atau tak dengan keputusan ni." kata Razil lagi.

"Along kan doktor Elen, papa dengan mama akan always terima apa sahaja yang along rasa baik untuk Elen." ucap En Ramzi.

Skinship❤️❗️❌Where stories live. Discover now