Masuk hari yang ketiga Elena diculik. Dia sudah merasa tidak selesa kerana masih lagi memakai pakaian yang sama. Sudahlah dia hanya dibenarkan pergi tandas sahaja itupun tidak boleh lebih dari 3 minit! Nasib sahaja makan dan minum untuknya cukup, rasa bertenaga jugak lah dia rasa.
Tak! Tak!
Kedengaran bunyi tapak kasut mula mendekatinya. Elena mengangkat kepala yang sedari tadi asyik tertunduk memandang lantai. Terkejut melihat kehadiran Melia. Sejak bila gadis itu masuk? Tak dengar bunyi pintu pun.
"Listen here. Today, your husband gonna come here to get you."
Muka Elena sudah beriak gembira. Akhirnya dia bakal kembali kepada Aliq. 3 hari disini cukup menyeksakan. Walaupun dia dilayan dengan baik dan Haq tidak langsung bertindak kasar padanya tetapi hatinya sungguh merindui Aliq.
"Kau hanya perlu teruskan berlakon depan Haq. Jangan pulak kau terlepas cakap, kalau rancangan ni gagal aku yakin dia akan bunuh kau terus." pesan Melia.
Elena sudah menelan pahit liurnya. Bunuh? Memang betul nyawanya menjadi taruhan sekarang. Peluh sejuk mula menitik di dahinya.
"Hei Melia?" Melia terus berdiri tegak apabila Haq memasuki bilik tersebut.
"Makin rajin sekarang kau masuk sini? Aku tengok kau tak adalah macam seksa sangat minah ni. Apa yang kau nak buat sebenarnya?" soalnya.
"Hei, I dera mental dia. Bukan you boleh nampak pun mental dia retak macam mana."
"Oh really? Selalu dera mental ni menangis tapi aku tengok dia ni tak menangis pun." kata Haq lalu berjalan menghampiri Melia.
"I pun terkejut. Minah ni sikit tak heran dengan apa yang I cakap, boleh tahan kuat jugak. Even nampak muka manja."
Elena berdecit geram. Apa ingat aku budak 5 tahun nak kena takut dengan kau?
"Are you sure Mel?" Haq melangkah mendekati Elena. Dia bercangkung dihadapan gadis itu.
"What?" Dia menjongketkan sebelah keningnya.
"If you want to torture her mental make sure that her physicals are tortured too." Terus sahaja dicekik Elena dan ditekan ke lantai. Tergapai-gapai tangan gadis itu memegang lengan Haq kuat.
"Hei gila ke? Apa kena dengan you ni?!"
Melia pantas mendekati Haq dan ditariknya tangan lelaki itu dari terus mencekik Elena. Muka Elena juga sudah semakin pucat.
"Now tell me Mel?! Are you hiding something behind my back?"
Melia tersentak.
"Answer me!" Haq memusingkan wajahnya memandang Melia di sebelah. Mukanya sudah bertukar tegang.
"No! Why should I hide something from you?"
"Kau tak nak mengaku? Fine! Aku bunuh perempuan ni sekarang. Kau cakap Mel! Nyawa perempuan ni sekarang dekat tangan kau."
"Jangan jadi gila Haq!" Melia masih lagi menarik tangan lelaki itu.
"Don't you dare to call me crazy! I'm crazy because I'm sick of you!"
"Habis kalau you dah menyampah dengan I ni ada kaitan ke dengan wife si Aliq? Hah?"
"Because I know that you are doing something behind my back. Are you trying to help that jerk?" Sekali lagi Haq menembak tepat. Melia mengemam bibir. Agak takut jika rahsia tersebut pecah.
"Kalau lah I tolong, dah lama perempuan ni I bawak keluar. You tak selalu pun ada dekat sini and anak buah you tu semua I boleh bodohkan lah. Cuba jangan nak cari salah I! Siapa yang dah racun fikiran you ni?"
Haq terus melepaskan tangannya dari leher Elena. Dia memandang Melia kembali. Kali ini wajah tegangnya sudah sedikit kendur. Dia memegang dagu Melia dan tangannya perlahan mengusap tepi lengan gadis itu.
"I trust you Mel but once you broke it, you are dead." Kemudian dia melepaskan dagu itu kasar. Haq kembali bangun dan melangkah keluar dari bilik itu.
"Are you okay Elena?"
Elena terbatuk-batuk mencari nafas. Cepat sahaja belakang gadis itu diusap perlahan. Kalau lah Aliq tahu memang habis teruk dia akan dikerjakan.
Jelas kelihatan kesan merah di sekitar leher Elena. Pasti kesan tersebut tidak akan hilang dalam sehari. Habis lah dia.
"What happened? Why dia serang aku sampai macam ni?"
"Sorry for that. From now on, we should act normal just like before. I hate you and you hate me. Remember that." Melia kemudian bangun dan meninggalkan pula bilik tersebut.
Sekali lagi dia sendirian. Tangannya masih lagi terikat. Pasti membiru kawasan tersebut kerana selama 3 hari ikatan tersebut tidak dirungkaikan. Makan pun bersuap.
Selepas setengah jam, Haq kembali masuk ke dalam bilik itu.
"Hei perempuan, can I ask you something?"
Elena mendongakkan kepala memandang Haq yang sedang bersandar pada pintu.
"Apa ada dekat Aliq sampai kau nak kahwin dengan dia? Aku tau masa silam dia, keluarga kau hanya ambik dia sebagai anak angkat."
"Then, what is wrong with that? Kisah silam apa yang awak tau pasal suami saya? Dia anak luar nikah? Atau dia tu anak pembunuh?"
Haq memandangnya tajam.
"I dont know."
"Kenapa awak tak suka sangat dengan Aliq? Sebab dia rampas Melia dari awak? Actually both of you are friends before this kan? Awak tu satu sekolah dengan Aliq kan?"
Lelaki itu diam. Matanya dilarikan dari memandang wajah Elena.
"Apa yang awak nak dengki dengan Aliq. You can see from his fate, dia tu anak angkat. Macam awak cakap tadi, he has a terrible past. Kalau saya jadi Aliq saya insecure. But you are the one that help him right? Supaya dia dapat jadi macam sekarang." kata Elena.
"Ada satu perkara yang kau tak tau pasal dia. Rahsia dia aku pegang dan hanya satu rahsia ni dia tak pernah cakap dekat sesiapa."
Elena memandang tajam lelaki itu.
"Apapun rahsia dia tu semua dah jadi masa lalu dia. Saya tak ada hak untuk judge dia kerana saya bersama dia untuk diri dia yang sekarang."
Haq tergelak sinis. Cukup kelakar dia mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Elena. Gadis itu pula sudah mula memandangnya dengan rasa jengkel.
"Itu sebab kau tak tau lagi rahsia dia. Manusia akan sentiasa berubah dari apa yang dia cakap terutama sekali perempuan. Kau ingat kau tak akan terkejut kalau aku bagitau? Malah aku rasa kau mesti akan bencikan suami kau tu."
"No, I will not."
Haq tersenyum sinis. Perempuan dihadapannya ini tidak mudah goyah dengan ugutannya. Dia terus mencengkam rahang gadis itu kuat sehingga meringis Elena kesakitan.
"Kau jangan nak tunjuk berlagak perempuan. Girl will always be a girl. Kau pun tak akan percayakan Aliq semudah tu. Kau kena ingat satu perkara, Aliq will always be Aliq."
Elena tidak faham dengan maksud lelaki itu. Aliq memang lah jadi Aliq, dah tu dia jadi apa? Captain America? Ke selama ni suaminya itu Iron Man?
*continued*
YOU ARE READING
Skinship❤️❗️❌
Romance[COMPLETE] Skinship : I just need Your touch ⚠️Alert: Watak, tempat dan jalan cerita tidak berkaitan dengan mana-mana pihak. 🚫 Abaikan kesalahan ejaan/tatabahasa. Start: April 2019 End: July 2021