12. Prom Night

4.9K 297 6
                                        

"Wei Qiff cepatlah lambat laa kau ni!" dah laa kena rasmikan majlis tu sebagai wakil pemilik sekolah. Erghh Along ni tiba² ada urusan kerja pulak.

"Kejap tie aku buat hal" aku melangkah masuk ke dalam bilik Qiff. Aku menarik badannya menghala ke arah aku lalu memperbetulkan tienya.

"Itu pun tak reti nak panggil aku. Aku nak pergi sekolah sendiri kau tak bagi. Bahaya laa. Perempuan tak elok nak pandu malam² sorang² laa. Macam laa aku tak reti semua tu. Dah along pun satu semua kerja tinggal dekat aku. Tak pasal pasal kena rasmi majlis prom night. Cepat aa dah siap dah kan nak tunggu apa lagi. Nak tunggu kucing bertanduk baru nak siap. Gamaknya aku jadi rangka dekat sini!" kan dah kena. Kau lambatkan aku tahu tak!!

"Baiklah nenek kebayan. Aku tahu kau tak sabar nak jumpa prince charming of the year kau tu" amboi kau. Bukan main lagi.

"Kau lambat aku tinggal" tergopoh gopoh Qiff berlari sambil memakai kasut apabila melihat aku menghidupkan enjin kereta.

"No! no kau tak berani" aku tekan pedal minyak sedikit untuk gerakan kereta. Riak muka Qiff cemas. Sapa cakap aku tak berani😂. Ni Qai la Qiff. Aku pantang dicabar.

"Woi² tunggu aku" kalut Qiff membuka pintu kereta disebelah tempat duduk pemandu. Sebaik saja masuk dia menayangkan muka cemberut. Ingat comel kot. Aku comel lagi.

"Sapa suruh kau lambat" aku menekankan pedal minyak supaya kereta bergerak semakin laju membelah jalan untuk ke sekolah.

Big White Elder Hall

"Saya mempersilakan Cik Tengku Ainina Qaisara untuk memberikan sepatah dua kata bagi merasmikan majlis prom night pada malam ni. Dipersilakan" haish kenapa laa aku terima permintaan Along. Jadah aku nak berucap depan orang.

"Asalamualaikum and selamat malam kepada semua tetamu kehormat, guru guru dan rakan rakan sekalian. Saya tak mahu berucap panjang kerana saya tahu semua pelajar inginkan perasmian ini dijalankan segera. But i have something to tell your guys. Please behave for this night or next year and upcoming year doesn't have any prom night. Understand!!. Dengan ini saya merasmikan majlis prom night ini" aku terus turun dari pentas dan terus mendapatkan makanan yang tersedia dia atas meja VVIP. Huwaa look delicious 🤤.

"Ehem!" aku mengerling ke arah suara garau tadi. Ouh Taufiq. Aku mempedulikan Taufiq yang berdiri bersebelahan kerusi aku.

"Nampak makanan terus lupa aku kan!" Taufiq terus menarik kerusi lalu duduk disebelah aku.

"Hey aku tengah cakap dengan kau ni" ishh kau je laa aku lapar ni.

"Wei Qai ak...." aku menutup mulutnya lalu menyuruh Taufiq diam buat seketika.

"Makanlah. Makanan tu lagi penting dari aku. Nanti dah gemuk. Time tu takde siapa nakkan kau. Carilah aku k" dia ni nak mati awal ke apa.

"Memanglah makanan penting untuk terus hidup. Asal bengap sangat mamat ni" aku melihat Taufiq yang berlalu pergi. Ishh tak boleh jadi ni. Aku kena kejar tak pasal pasal puntianak tu kebas partner aku nanti. Tapi my precious food. Ahh tu boleh ambil lain nanti.

"Taufiq! Tunggulah! Taufiq!" tak payah nak cakap. Dia jalan punyalah laju. Aku ni sudah laa heel punya tinggi. Qiff yang beli. Menyesal pula aku tak ikut waktu tu. Tak pasal pasal dia belikan aku heel yang tumit runcing plus tinggi nak mati.

Kejar punya kejar aku berpura pura terjatuh. Nak berlakon sikit tak. Mesti dia tolehkan. Ok cun line clear takde orang.

"Sakit.. huwaa mama,papa,along, abang Amer, abang Ril,Qiff, Diana, Nish Syai,Iz, tolong. Sakit...Huwaaaa Taufiq tolong sakit hiks" hehe tak salahkan aku sebut semua.

Dia tak pandang pun belakang. Merajuk betul. Aku cuba untuk bangun tapi jatuh balik. Ouh shiteu terseliuh. Ok ni bukan main main lagi.

"Hello Anyone can you help me!Prince Charming where are you. I need a help. My kaki terseliuh you know " tak boleh jadi ni kena call Qiff juga ni. Aku mengeluarkan telefon lalu mencari contact 'Qtriplet'. Baru aku ingin menekan call tiba tiba aku terapung. Wait terapung!.

"Like seriously ingatkan dah tak kesah. Ingat kita main main kot tadi!" tangan aku terus merangkul leher Taufiq. Iyaa Taufiq yang angkat aku. Masih tak bercakap. Erghh dia ingat aku tunggul ke apa.

I'm coming hom--

"Hello Qai. Ni aku Qiff ni. Mana kau?!. Kau nak tahu tak kau dengan Taufiq dapat prince and princess of the year. Tahniah ehh adikku tersayang. Tak sia- sia aku jadi pengerusi kelab peminat korang berdua btw aku balik dulu and aku hantar partner prom aku balik lagipun tadi aku cari kau tak jumpa" nak marah tak boleh. Benda dah jadi dah pun.

"ok"

"Erkk Taufiq. Saya tumpang awak balik boleh?" masih diam.

"Kalau tak boleh takpe letakkan saya di bawah. Saya boleh jalan sendiri balik" diam lagi. Aku meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Duduk senyap senyap. Kalau nak tidur tu tidur jelaa" aku pula yang terdiam mendengar suara dinginnya.

Aku nak tanya mana kereta dia. Sampai sanggup hantar aku berjalan kaki bagai. Ingat sweet. Rumah along aku dekat laa juga tapi mengambil masa dalam setengah jam berjalan kaki.

Huwargh

"Emm Taufiq nyanyikan lagu untuk aku. Selalunya sebelum tidur aku dengar lagu or something yang boleh buat aku tertidur" aku harap sangat dinyanyikan untuk aku.

"Dalam telefon kau kan ada lagu. Pasang saja laa" hancur hatiku kau buatku begini. Nyanyikan lah.

"Kalau tak boleh cakap sajalah" aku merapatkan muka ke bidang dadanya tanda cuba mahu tidur. Degupan jantungnya menenangkan aku. Tiba tiba aku terdengar satu keluhan kecil.

Dia untukku bukan untukmu,
Dia milikku bukan milikku,
Pergilah kamu jangan kau ganggu,
Biarkan aku mendekatinya,

AUTHOR POV

Dengkuran halus milik Qai mula kedengaran. Taufiq mengambil peluang meneliti wajah polos Qai ketika tidur. Dia meneliti satu persatu tetapi terhenti pada kawasan kelopak mata.

"Macam pernah tengok kelopak mata ni selain Qai. Imaginasi aku je kot"

Dia meneruskan perjalanan menuju ke rumah Qai yang semakin dekat. Dia takut Qai akan menjadi target musuhnya. Setelah sampai Taufiq menekan loceng supaya pintu pagar besar terbuka. Kedengaran suara seseorang menyapa telinga.

"Kejap.." tergopoh gopoh Aqiff berlari mendapatkan Taufiq yang mendukung Qai yang sedang tidur dengan nyenyak.

"Maaf susahkan kau."

"Tak pe. Lagipun aku yang salah biarkan kaki dia terseliuh dan badan dia makin panas. Boleh kau tunjukkan bilik dia dah alang-alang aku dukung dia ni. Nanti kalau aku serahkan kau dekat dia tersedar pula and kalau boleh biar aku jaga dia malam ni. Aku janji aku tak buat apa" riak wajah Aqiff cuba kawal.

"Kau naik atas sebelah kanan nampak pintu warna light grey tu kau masuk. Kalau kau buat macam- macam dengan dia aku pastikan sekarang tu juga nyawa kau takde!" tegas Aqiff dengan suara dingin.

END AUTHOR POV

TBC.

GIRL MAFIA ✓Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang