04. Revenge

6K 349 0
                                        

QIFF POV

Aku mengejar Qai. Tiba-tiba aku terdengar suara yang tak berapa merdu untuk didengari. Huh Nadine. Amboi bukan main sedap kau kutuk adik aku dan aku yee. Dahlaa malukan kitorang disini. Aku menutup mulut Qai sebelum dia sempat berbicara.

"Kau ke dia yang murah sekarang ni. Baju macam orang takde duit. Kain tak cukup. Wei aku nak tanya kau? Kau banyak duitkan takkan tak mampu nak beli baju cukup kain. Huh sudah² laa hina orang. Lagi satu kalau kau nak tahu sangat. Dia ni adik kembar aku. So please watch your sentence when you speak and please tengok dulu diri kau sebelum kata macam² dekat orang lain." heh power tak ayat aku. Hagagaha. Yang Qai ni dah kenapa tengok aku macam ni. Nasib comel :p.

Qai bersuara mengajak aku pergi dari situ sebaik sahaja aku melepaskan tangan aku yang menutup mulutnya. Sepanjang perjalanan pulang ke markas baru tu aku hanya diamkan diri. Sampai laa Qai melihat aku tidak lepas. Ada apa dekat muka aku ni haa?

"Kenapa kau tengok aku macam tu hurm?!" soalku dingin. Sebenarnya aku saja buat dingin dengan dia. Kan tadi aku merajuk dengan dia. Hagagagag.

"Tak de apa" balas Qai kemudian diam tak berkata. Aku hanya mengerling sekilas menggunakan hujung mata.

©️©️©️©️

Sebaik sahaja sampai di markas. Qai terus menuju ke bonet kereta untuk ambil barang yang dibeli oleh kami berdua tadi. Aku dah buka kunci pintu bonet yaa jangan pelik. Dia angkat barang tadi tanpa minta pertolongan aku mahupun diorang yang lain. Kau laa ni Nadine.

"Wei Qiff kenapa tu? Senyap semacam jaa aku tengok." soal Nish sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas sofa yang berada di ruang tamu.

"Tak de mood kot. Tadi Nadine serang dia waktu kitorang nak balik." aku mengerling Qai yang berada di kaunter dapur.

"Habis tu dia buat dekat Nadine??!" tanya Nish kuat.

"Ishh kau nih Nish volume suara kau tu tak boleh kuat lagi ke hah?!" kata Iz sambil mengerling melihat ke arah Qai yang menyusun barang dia kaunter dapur.

"Tak dia tak sempat buat apa? Aku yang bertindak sebelum keadaan jadi huru hara. Lepas tu terus kitorang balik. Lagi satu mood dia tak berapa nak baik tau, kalau nak cakap apa-apa dengan dia cakap elok- elok jangan main terjah je" aku mengerling ke arah Nish. Dia ni memang suka terjah orang jer kerja dia. Apa yang seronok tak tahu laa dekat dia.

"Hehe.. maafler. Aku dah terbiasa" Nish mengosok belakang lehernya tanda malu.

END QIFF POV

"Ishh diorang ni bukannya nak tolong aku kemas boleh pula membawang dekat depan tu aishh" aku mengeluarkan semua barang yang dibeli tadi daripada plastik.

"Ehh Qai nak aku tolong?" aku melihat ke arah Diana yang baru keluar dari tandas.

"Nah kau susun buah dengan sayur ni dalam peti sejuk." aku menghulurkan plastik yang berisi sayur dengan buah.

"Aku dengar cerita Nadine serang kau tadi.. betul ke?" tanya Diana yang sibuk menyusun sayur dan buah tadi.

"Haah dia serang aku tadi, tak pe dia belum kenal lagi siapa Tengku Ainina Qaisara. Dia just kenal aku sebagai Qai. Aku akan pastikan dia tak akan senang." aku tersenyum sinis mengenangkan nasib yang akan ditimpa Nadine.

"Baik kita tengok esok" Diana juga tersenyum sinis.

Keesokan harinya

NADINE POV

Sebaik sahaja melihat cermin memastikan diri aku dah sempurna, aku keluar dari kereta lalu bergerak ke kelas. Aku melangkah dengan diva masuk ke kelas tapi.....

BUSHH

"Siapa punya kerja nihhh!!!" jerit aku dengan sekuat hati.

Aku melihat sekeliling mencari siapa dalang dibalik semua ini. Tak jumpa. Tapi di white board

Hi surprise suka tak hadiah dari aku?! Haha kelmarin kau mandikan aku. Harini aku mandikan kau. Kau nak tahu tak tu air apa. Haha tu air longkang. And kelmarin juga kau malukan aku kan. Have a good day Nadine. From now war will start.
From your beloved enemy
A.Q❤️

"Erghh tak guna kau perempuan"

END NADINE POV

BUSHH

"Yes. Masuk perangkap. Sep sikit" berhigh five dengan Diana. Puas hati aku. Seronok sangat kan malukan aku haritu. Ni baru permulaan Nadine. Selepas ni kau lebih sengsara aku buat.

"Haha lawak laa muka dia wei. Makeup luntur habis. Hahahaha rambut dah macam langsuir" Diana ni kalau dia gelak memang tak berhenti. Lebih lagi kalau orang yang dia gelakkan tu orang yang dia benci.

"Jap snap sikit boleh lekatkan di papan kenyataan" aku mengeluarkan telefon iphone keluaran terbaharu kepunyaan aku lalu menangkap gambar Nadine yang basah kuyup.

"Dah jom blah" Diana menarik tangan selepas melihat Nadine ingin keluar dari kelas dia.

©️©️©️©️

"Seronoknya belajar harini tak de gangguan langsuir kelas sebelah" kata Diana dengan kuat sebaik sahaja kitorang sampai di markas.

"Kan seronok gile dia tak de harini" Nadine? Haha lepas dia kena simbah terus dia balik. Tak datang dah kelas.

"Weii Qiff nak tengok langsuir tak kelas sebelah. Aku dengan Diana tangkap tadi" Qiff kelihatan agak terkejut dengan ayat aku.

"Kau biar betik Qai!" kan aku dah kata dia ni boleh tahan penakut. Tapi aku level up sikit haha.

"Betik laa. Jap aku send dalam group kita" aku menghantar gambar yang aku tangkap tadi ke dalam group yang dinyatakan.

Alpha fight until die ❤️💣🔥

qai❤️

Photo 📷

Iz🖤
Langsuir mana kau tangkap ni qai

qai❤️
Langsuir kelas sebelah aku dengan Diana yang tangkap tadi. Seronok sangat mandikan kitorang kelmarin dekat kantin. Harini aku mandikan dia

Syai🖤
Terbaik aa wei. Btw kau nak buat apa dengan gambar tu

Diana💜
Nak letak dekat papan kenyataan. Caption dia ' Langsuir 4-Light Angel terlepas. Siapa yang nampak tolong tangkap '

qiff❤️
Terkejut aku ingatkan langsuir betul laa kau tangkap qai oii

Nish💜
Ntah tadi Diana cakap dia tangkap langsuir pun aku terkejut. Ingatkan betul laa. Rupanya minah tiga suku ni yang langsuirnya.

qai❤️
Dah aku cau luh.

Offline

TBC.

GIRL MAFIA ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang