39. End

5.7K 263 21
                                    

"Korang kenal ke?"soal Diana kebingungan. Dia yang berada disebelah abangnya sambil memeluk tubuh.

"Dia perempuan yang langgar aku haritu. Dah la dia yang salah lepas tu marahkan aku"kata Riff sambil menjeling perempuan tadi.

"Ok look I'm sorry and aku tak nak gaduh sebab ni kawasan hospital"doktor itu berlalu pergi sambil membawa file. Mungkin file pesakitnya.

"Jom abang kesian Syai tunggu kita lama"

"Tula. Kesian mama Syai! Aryan dengan Ad dah tak sabar nak tengok baby girl!"

"Kau pikatlah dia. Dah la kau tu alone orang lain semua pakat nak kahwin dah. Kau tu takkan nak membujang sampai tua"sinis Taufiq lalu menarik tangan aku pergi dari situ. Aku tergelak kecil dengan pernyataan Taufiq. Diana? Dia menahan tawanya apabila melihat muka masam abangnya.

"Ada betul juga Taufiq cakap tu Nish"ketawa Diana dan mengikuti langkah aku.

©️©️©️

AUTHOR POV

"Yah susun la bunga tu elok elok. Janganlah bagi nampak semak!"

"Syafiqah tolong mama jagakan adik jap!"

"Ad,Aryan,Aydan tolong mama masukkan telur dalam sarung. Cepat! Kalau tak no game for one month"

"Sayang mana pisau? Abang nak potong ayam ni!"

"Dalam laci la. Sayang sibuk ni! Cari sendiri!"

"Ish tulaa orang suruh masuk dapur taknak! Macam ni ha potong bawang! Asyik kejarkan Aqiff ja!"

"Kami dah balik!"

"Haa Iz sini! Tolong aku masak. Kau Alya pergi tolong diorang dekat dapur!"

Suasana Villa Milik Dato Dr Tengku Ariff Hakimie riuh rendah kerana esok merupakan hari besar buat family ini menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga mereka. Perkahwinan Tengku Danish Ariff merupakan yang terakhir dalam unit terbesar Black Alpha.

Gadis yang melanggarnya di cafe dan melanggar Qai di hospital. Siapa sangka jodoh antara kuat mereka berdua setelah dua kali bersua muka.

END AUTHOR POV

"Mama hensem tak Ad?"aku mengalihkan pandangan kepada Ad. Aku mendekati lalu membetulkan sedikit rambut remaja tersebut.

"Ok dah hensem. Now tolong mama siapkan Aydan. Mama nak pergi tengok papa jap"kata aku kepadanya. Baju kurung berwarna navy blue menjadi tema kami sekeluarga. Siapa cakap kalau kahwin dengan orang terdekat family tak berkembang. Aku berkembang je. Tu anak dah 3 orang.

"Sayang mana butang baju melayu abang?"soal Taufiq sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik kami.

"Ish abang ni. Ni apa!"aku menarik butang baju yang sudah siap tergantung dibaju tersebut. Memang tak nampak ke sengaja buat tak nampak.

Aku menyapukan sedikit lipmatte di bibir aku. Tak nak la nampak pucatkan depan tetamu. Pinggang aku dipeluk rapi sepasang tangan. Ya aku tahu tangan Taufiq.

"Kan cantik sayang pakai tudung macam ni. Abang suka"dia meletakkan dagunya diatas bahu aku.

"Habistu sebelum ni sayang tak cantiklah?"soal aku membiarkan lelaki itu meletakkan dagunya diatas bahu.

"Cantik..cantik sangat!. Abang beruntung kerana sayang pilih abang. Sedangkan ramai lagi lelaki yang nakkan sayang. Paling terdekat dengan saying, Iz. Dia selalu ada disusah dan senang sayang. Abang? Selalu ada waktu sayang senang sa..."

"Dah jangan ungkit hal lama. Kita dah buka buku baru kan. Look Iz dah happy dengan Doktor yang rawat abang tu. Kita pun dah bahagia dengan Ad,Aryan dan Aydan"aku memusingkan badan menghadapnya.

"But abang kena janji dengan sayang. Kalau kita gaduh please jangan tak cakap dengan sayang. Kita bincang elok elok. Jangan pentingkan ego tu"

"Yaa abang janji"katanya lalu tersenyum kecil. Senyuman kecil itu mampu membuatkan ramai gadis jatuh cinta dengan dia. Tapi senyuman itu hanya mampu terukir bila dia dengan aku.

"Wow suwitnya mama papa!"aku melirik ke arah pintu. Ad dan Aryan menyandarkan diri pada pintu. Manakala Aydan sudah berjalan mendekati kami berdua.

Ad sudah berumur 17 tahun. Manakala Aryan dan 13. Aydan masih dibangku sekolah rendah. Nampak tak yang Nish kahwin terlalu lambat. Eh padahal aku yang kahwin awal. Haha!

"Jom mama. Jangan lupa harini hari bahagia untuk Papa Nish bukannya untuk mama dan papa saja"amboi sinisnya.

"Apa Ad mama tak dengarlah!"setelah menyedari apa yang dikatakan Ad terus berlari keluar dari bilik. Aku mengikuti langkahnya kebawah. Ramai tetamu yang hadir.

Kebanyakan budak dari sekolah WGAH. Sekolah itu aku serahkan 100% kepada along. Aku ambil alih syarikat Kim's holding. Pandai tak aku HAHA!

Nampaknya ramai kalangan perempuan dari sekolah itu kecewa. Budak hot semua dah kahwin siap ada anak lagi.

"Taufiq boleh tak i nak tangkap gambar dengan you"aku melihat perempuan itu tajam. Kemudian melirik kepada Taufiq. Dia menggeleng tanda tidak setuju.

"Maaf. Aku ni suami orang tak manis kalau kau nak bergambar dengan aku. Tu kalau nak bergambar pergi bergambar dia. Bujang kesian takde siapa nak"kata Taufiq sambil menunjukkan kearah Ben. Aku memukul bahunya perlahan lalu ketawa.

"Jahat la abang!"

"Mama Papa Nish dah sampai!"jerit Ad dari jauh. Aish budak ni tak reti malu ke!

"Jom abang kita sambut dia!"aku menarik Taufiq pergi dari wanita yang memakai kebaya merah ketat. Eh kau ingat ni pertandingan ratu kebaya ke.

"Pandai Nish pilih timing kalau tak rosak mata abang tengok sotong tu"aku menjelingnya tajam.

"Takde siapa suruh Abang tengok. Curang belakang sayang siaplah dari saya cuci tangan sayang masuk balik semata mata nak bunuh abang saja"

"Sanggup ke nak bunuh abang ni sayang?"Taufiq mendekatkan mukanya kepada aku.

"Asal ingat orang tak berani ler tu!"aku membuat benda yang sama kepadanya. Lama kedudukan kami seperti itu.

"Oit pengantin basi. Sini nak tangkap gambar family. Korang nak ke tak!"suara Kacap menyentakkan kami berdua. Masing masing termalu sendiri. Aku dan Taufiq pergi ke pelamin dengan muka yang memerah.

"Ok satu dua tiga"gambar pertama macam gambar passport. Sumpah tak gerak langsung.

Macam macam gaya yang dibuat. Yang terakhir freestyle. Taufiq mengangkat gaya bridal style. Manakala yang lain buat buat terkejut. Aku meletakkan muka di dadanya menahan malu. Orang ramai lagi kot.

©️©️©️

Aku tersenyum melihat Taufiq yang sedang serius ketika bermain game bersama yang lain. Kami berada dilaman belakang Markas Black Alpha yang menjadi rumah kedua dan tempat kami sekeluarga berkumpul.

Banyak benda yang kami lalui. Suka duka semua bersama. Aku sudah cuci tangan dari dunia mafia. Black Alpha akan diserahkan kepada Ad. Taufiq juga begitu.

"Sayang berangan apa tu"satu tangan melingkari pinggang aku. Sudah tahu milik siapa.

"Takde apa cuma teringat waktu first kita mula kenal. Sampai la sayang pindah then jumpa abang balik! Dari mafia hingga kita cuci tangan!Semua tu kenangan terindah buat sayang jadi seorang gadis mafia"

"I Love You Sayang"

"Love You Too Abang"

The End.

Aku cakap terus terang aku tak reti buat ending. Ok ni la ending dia bye.

GIRL MAFIA ✓Where stories live. Discover now