"Tuan muda?"kami semua yang berada dihadapan bilik itu mengangkat muka memandang doktor yang baru keluar merawat Qai.
"Cik Muda Qai stabil tapi encik Taufiq dan Tuan Muda Ril perlu dibedah. Sila ikut saja untuk tanda tangan borang"sambung doktor muda itu. Doktor perempuan itu menjadi tatapan aku.
"Oit aku berangan apa! Jom masuk tengok Qai"bahu aku ditepuk perlahan oleh Syai. Aku tersengih kecil lalu mengikuti langkahnya kedalam wad VVIP tersebut.
Manakala Aqiff mengikuti Doktor Perempuan yang bernama Nadia. Sekali lagi aku tersengih sendiri.
"Kau dah kenapa gila! Orang sedih kau tersengih sengih"tiba tiba bantal hinggap di muka aku.
"Opocot Doktor Nadia cantik"latah aku. Satu bilik tersebut melihat aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Papa Iz minat Doktor cantik tu eh"kata kata dari Ad membuatkan muka memerah.
"Woi Iz blushing la"
"Record wei first time ni dia blushing"
"Mamat muka tembok itu blushing la wei"
Haa sudah! Aku menekup muka dengan bantal. Makin memerah muka aku.
"Gedik aa kau. Nah doktor Nadia bagi"ketukan dikepala membuatkan aku menurunkan bantal dari muka. Plaster bercorak panda aku ambil dari tangan Qiff.
"Qai..Ril dan Taufiq masing masing dalam bilik bedah. Doktor tengah keluarkan peluru dari badan diorang. Nasib Ril baik peluru tak kena bahagian jantung dia. Mungkin tadi dia pengsan sebab darah banyak hilang. Jangan risaulah"kata Aqiff. Plaster yang diberada ditangan dibuka dan ditampal pada bahagian pipi yang luka. Ee comel!
Aku menilik muka aku di cermin.
"Woi gedik sudah la tu! Jom ikut aku pergi beli makanan"nak berangan pun tak senang. Sibuk je Nish ni
END IZ POV
"Tu asal dengan mamat tembok tu. Sengih sengih macam orang gila"soal Aqiff sebaik sahaja mengambil tempat disebelah Syai.
"Biasalah tu orang jumpa second love dia. Dah first love dia jadi milik orang dia carilah yang lain"kata Syai selamba. Well aku tak terkejut pun sebab aku first love Iz tu siapa.
"Wait!First love dia siapa?!"soal Kacap setelah lama berdiam.
"Tengku Atikah Qaisara. Tulaa first love dia. Malangnya perempuan tu anggap dia abang ja and dia terima dengan hati terbuka. Sebab itu dia pernah serang korang punya markas lepas Qai kahwin dengan Taufiq tu"aku buat bodo sambil menghirup air kotak.
"Patutlah waktu kat Switzerland haritu dia tak pernah marah Qai. Aku tak buat salah apa pun kena maki bagai nak rak"mata kami terarah pada bahagian pintu bilik.
"Ehh Ben bila sampai?"soal aku kepada Ben.
"Baru saja."kini mata aku terarah kepada Aryan yang masih tidur di pangkuan Ben
Aku lalu mengambil Aryan dari dukungan Ben. Mukanya aku tatap. Sebiji macam papa dia.Harap pembedahan tu lancar la.
"Mama Ad nak dukung Aryan. Rindu"aku menyerahkan Aryan kepada Ad yang duduk bersila dihadapan aku. Aku bukannya berbaring pun. Gila kau lelaki penuh dalam bilik ni still nak baring.
"Erk maaf menganggu. Cik muda ni pesanan yang cik muda minta tadi"masa untuk Iz tahu kejutan paling besar.
"Terima kasih Nadia. Masuklah"dulang yang berisi bubur ayam itu aku berikan kepada Ad. Memang makanan itu buat Ad.
"Ehh Abang!Sampai hati balik tak beritahu Nad"Doktor Nadia terus memeluk Ben apabila dia ternampak jejaka yang tinggi tersebut.
"Ehh princess"Ben membalas pelukan gadis kecil yang bertudung itu.
Satu bilik ternganga melihat agenda tersebut kecuali aku dan Diana. Sedia maklum bahawa mereka berdua ialah adik beradik.
"Woi Iz! Tak nak minta maaf ke pada bakal abang ipar ni"kata Diana mendapat gelakkan dari kami. Reaksi Iz tadi memang masam habis bertukar menjadi senyuman kecil.
"Doktor Nadia!"seorang jururawat memasuki ruang VVIP dengan kejutan. Astaga yini budak aku sepak sampai pluto kang.
"Sorry akak Qai hehe"sengihan dipamirkan kepada aku yang menjelingnya tajam.
"Ehh abang Aqiff pun ada"gadis itu tanpa segan silu terus mendekati aku.
"cantiknya..."
"ni kau kata cantik macam beruk terlepas kandang ada laa"gelak Syai dan diikuti dengan aku.
"ee akak ni!"gadis itu menghentakkan kakinya di lantai.
"Apa aku cakap betul!"
"Abang tengok akak ni!"Iz hanya menayangkan mukanya lalu berkata.
"aku sokong kakak kau tu!"muka dicemberutkan lalu tangan Doktor Nadia ditarik keluar dari bilik itu.
"Kejamnya buat adik sendiri macam tu"kata Diana dengan sisa tawanya.
"Jap adik?"soal Ayan
"Ye, adik aku asal terpikat?"pandangan tajam dihadiahkan kepada Ayan oleh Syai.
"Kalau aku kata ya?"
"Kau panggil aku kakak ipar haha!"
©️©️©️
"Abang bila nak bangun. Nadia cakap abang tak teruk pun kenapa lama sangat abang nak bangun. Ril dah sihat dah! Abang bangun eh. Aryan nak main dengan abang. Ad pun sama."kataku di telinga Taufiq. Sudah 8 minggu tubuh lelaki itu masih berada di hospital. Dengan alat bantuan pernafasan. Koma.
"Sayang..nak balik dah ni esok sayang datang lagi ye"aku bangun dari tempat duduk lalu keluar dari wad vvip yang menempatkan Taufiq.
Setelah Ril sedarkan 7 minggu yang lalu aku mengambil keputusan untuk pindahkan Taufiq ke Hospital Kim's di sini. Boleh Amer tengok tengokkan dia.
Kegiatan mafia masih berjalan seperti biasa. Jika apa perbalahan yang dikaitkan dengan Shadows Dragon aku yang akan turun.
"Mama..jom makan. Papa macam mana harini okay?"aku tersenyum kecil lalu menjawab pertanyaan Ad yang menyambut aku di hadapan pintu. Nampaknya semua dah tunggu.
"Papa macam tulah sayang. Dah jom makan"aku menarik tangannya menuju ke meja makan.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Mata aku masih tidak mahu terlelap. Kaca televisyen yang menayangkan cerita horror menjadi tatapan aku. Bukan aku sorang sahaja yang berada didepan tv. Alangkah baiknya jika Taufiq ada disebelahku boleh peluk kalau takut.
Ni tak aku peluk Qiff. Dia tolak aku. Aku peluk Iz dia tolak aku. Habis tu apa function diorang duduk disebelah aku! Dua orang lelaki itu ralit bermain telefon. Hurm chat dengan GIRLFRIEND LER TU.
Tiba tiba aku mendapat panggilan dari Amer.
"Hello Amer..."
"...."telefon terlepas dari tangan bersertakan air mata yang mengalir.
"Yah asal kau nangis. Ni bukannya cerita sedih pun. Hantu kot!"soal Ril yang mendongak tengok aku apabila dia merasakan ada air yang menitis dia atas kepalanya.
"Taufiq...."
Tbc.
Ha? Apa jadi dengan Taufiq.Tunggu la next chapter. Mungkin second last kot after this HAHA. Jangan risau aku dah sediakan new story.
YOU ARE READING
GIRL MAFIA ✓
AdventureHi surprise suka tak hadiah dari aku?! Haha kelmarin kau mandikan aku. Harini aku mandikan kau. Kau nak tahu tak tu air apa. Haha tu air longkang. And kelmarin juga kau malukan aku kan. Have a good day Nadine. From now war will start. From your belo...