14. Bergaduh

4.6K 285 7
                                    

"Kau!"

"Erkk, hai korang" ujar si 'dia'. Dia juga terkejut apabila melihat 9 wajah yang dikenalinya.

"Shasha Dayana! Apa kau buat kat sini?!" soal Taufiq yang masih terkejut. Aku terdiam seketika.

"Korang kenal dia?" kini mata mereka ber-7 melihat Ril.

"Gila kau tak kenal. Minah diva ni yang cari gaduh dengan Qai. In the end. Qai buang dia dari sekolah tu." jawab Syai masih tidak puas hati dengan Shasha.

"Tak, sekarang apa dia buat dekat sini?" Iz pula berkata.

"Dia ikut aku and lupa nak kenalkan dia girlfriend aku. And one more thing korang jangan risau dia dah banyak berubah semenjak kau buang dia dari White Guardian Highschool" ok ni buat aku sakit jantung ni.

"Kau tak beritahu aku pun pasal ni!" suara dikuatkan tanda protes. Mukaku diketatkan. Ril ni cari gaduh betul. Even aku sayang dia lebih dari Along dengan Abang Amer dan kurang sikit dari Qiff. Dia tetap cari gaduh dengan aku.

"Perlu ke aku bagitahu korang. Bukannya penting pun" ok ni betul betul buat aku marah.

"Suka hati kaulah!" kaki yang sakit aku pedulikan. Walaupun jalan terjengket jengket. Kesah apa aku! Hati tengah panas. Aku berjalan ke arah lif yang berada berdekatan.

Mata yang memandang aku biarkan. Walaupun aku dah maafkan dia di mulut tapi hati aku tetap sama. Diana yang membontoti, aku halang.

"Aku perlukan masa seorang diri. Kau pergi lah layan diorang tu" aku terus menekan punat lif yang menunjukkan pintu ditutup.

"Haa ok" Diana terus berlalu pergi dari situ setelah pintu lif tertutup.

"Aku balik dulu. Tengok tengokkan Qai. Kawan aku dah tanya macam macam" pantas kaki Taufiq mengorak langkah keluar sebaik sahaja dia merasakan ada aura dingin di ruang tamu.

"Ok kita jumpa di sekolah esok!" jerit Qiff sambil melambai ke arah Taufiq.

"Ok sekarang ni, kau ikut aku pergi dapur. Qiff settlekan" arah Diana kepada Shasha.

"Ril, aku nak tanya. Macam mana kau kenal perempuan tu?" soal Qiff sambil menatap tajam wajah lelaki yang digelar abang itu.

"asal dengan korang ni. Masalah korang dah selesai kan! Yang tak puas hati lagi dengan dia kenapa!" muka Ril semakin tegang.

"tak sekarang ni, aku tanya kau elok elok ka. Takkan sebab perempuan tu kau sanggup mempebelakangkan aku, dengan Qai. Kau tau tak betapa siksanya adik kau tu sakit. Sampai dia teringin nak jumpa. Tiba tiba kau bawak perempuan tu datang sini rumah and kau nak marah marah" Qiff menegangkan kembali mukanya. abang tak abang. Aku tak kesah sekarang ni.

"Aku balik dulu!Shasha jom! Tak guna duduk sini lama² orang takkan faham kita!" Ril terus bangun dari duduknya. Panas punggung gamaknya

"Baguslah! Aku pun taknak orang yang bermasalah dalam rumah aku lama- lama nanti virus melekat!" kini mata tertumpu pada bahagian atas. Qai dengan muka yang merah terus berlalu ke biliknya dan

BAMM!!

Pintu bilik dihempas kuat. Ril berlalu keluar dari villa tu tanpa kata apa- apa. Suasana dingin terasa dalam kawasan villa tersebut.

"Walaupun kau abang aku. Tapi kau bodoh. Perempuan tu mafia yang cuba cari identiti family kita." kata Qiff perlahan sambil merosakkan rambutnya.

Dia bingung bagaimana cara untuk dia menerangkan kepada Ril bahawa Shasha Dayana merupakan salah seorang daripada kumpulan musuh Black Alpha.

6.45 Petang

"Erkk Qiff. Qai belum makan lagi. Aku cuba ketuk pintu bilik dia tapi tak bukak. Kunci wei bilik dia. Aku risau la!" cemas Syai

"Dia buat perangai lama dia balik. Haish budak ni" Qiff tergesa-gesa ke bilik Qai.

"Qai bangun Qai! Jangan buat aku macam ni. Kau tak kesian ke dekat aku! Dah laa Ril buat perangai macam tu. Kita ni kembar sepatutnya saling memahami. Bukan jadi macam ni" Qiff buntu dia tidak tahu nak buat apa. Hidungnya tiba² mengalir cecair berwarna merah pekat.

"Iz! Kau call Taufiq! Suruh dia cepat! Qiff pun dah pengsan ni!" satu villa menjadi kucar-kacir disebabkan Qiff yang tiba-tiba pengsan.

"Dia cakap lagi 5 minit dia sampai. Wei kita angkat Qiff dulu letak dalam kereta. Aku cuba cari kunci pendua bilik Qai" arah Iz. Wuuu sebelum dia yang asyik kena arah.

"Ehh² tak. Kau dengan Nish angkat jebon ni. Berat tau dak!"arah Syai kepada Iz

"Ya Tuhan, beratnya mamat ni makan apa siak. Haduh."

"Wei- wei jangan lepas. Patah pinggang dia nanti!"

"Pinggang aku patah macam mana!"

"Ni anak Gajah ka woii"

Sepanjang jalan mereka ke lif. Terdengar pelbagai rungutan. Nampak sangat Qiff tu badan ja kecik tapi berat nak mampus.

"Asalamualaikum!"

"Waalaikumussalam. Wei Taufiq cepat! Tolong kitorang angkat anak gajah!" bising Nish.

"Ehh tak kau datang sini! Tolong kitorang rempuh bilik ni!"

"Kau sengaja ann nak buli kitorang Syai!" Iz pura pura menangis.

"Alaa nak sampai dah tu. Keep going la angkat baby elephant tu!"dia abaikan Iz. Dia tahu yang Iz tu pura- pura nangis ja.

"Tak payah rempuh. Nah kunci pendua. But bagi kitorang masuk dulu. Ok!" Kata Diana. Dia tahu yang Qai takkan benarkan mana-mana lelaki masuk ke biliknya kecuali Qiff

"Wei Taufiq! Tolong angkat dia! Sejuk sangat ni! Muka dah pucat semacam! Patutlah Qiff pun boleh pengsan" jerit Dianadari dalam bilik Qai.

Ini kali kedua Taufiq masuk kedalam bilik Tengku AininaQaisara dalam hari yang sama cuma waktu yang berbeza. Sebaik sahaja dia melangkah ke dalam bilik tersebut. Terasa kedinginan penghawa dingin yang suhunya rendah.

"Aku nak tanya something. Qai memang suka tidur dalam keadaan sejuk macam ni ke!" soal Taufiq

"Haah. Dia tak pernah terlepas sikit pun dari suhu ni. Memang sejuk aku pun tak boleh tahan tapi dia ja yang boleh tahan suhu ni" Taufiq hanya mengangguk faham lalu keluar dari bilik tersebut dan laju bergerak ke keretanya.

"Kita pergi hospital family dia senang!"

"Dua orang naik dengan aku. Sorang sebelah pemandu. Seorang lagi ribakan kepala Qai"

"Kau Iz dengan aku." arah Nish. Dia risau.. dia risau yang peristiwa lama jadi balik

"Haa ok. Aku dengan Syai naik dengan Taufiq. Kau dengan Iz bawak Qiff. Pastikan sampai hospital White Guardian Angel." arah Diana.

Hospital Kim's

"VVIP. Tengku Ainina Qaisara dan Tengku Aqiff Qarizh" kata Syai. Dia dah biasa dengan benda ni. Sebab anak buah mereka selalu ke sini.

"Nanti saya maklumkan kepada doktor. Boleh laa bawa tuan muda dengan cik muda ke wad mereka."

"Terima Kasih!"

TBC.

GIRL MAFIA ✓Where stories live. Discover now