"Qai...kau masih hi..hidup?Adik aku masih hi..hidup?"
"Yaa,ni aku. Please rahsiakan benda ni dari Taufiq and suruh dia lupakan aku. Aku kena pergi dulu bye Aqiff.Ambil surat dalam laci bilik aku bagi dekat dia" panggilan tersebut terputus tanpa sempat aku berkata apa apa.
"Aqiff kenapa kau senyum. Qai baru saja dikebumikan. Kau boleh tersenyum!" senyuman aku terus mati apabila ditegur oleh Syah.
"Erkk. Lupa nak beritahu korang. Ehem ehem Qai masih hidup tadi dia call aku and mayat tu bukan mayat diorang. Aku saja taknak bagitau nanti spoil.Jangan beritahu Taufiq pasal ni!" tangisan mereka yang lain terhenti. Mereka melihat aku pelik.
"Kau dah gila ke Qiff! Penat aku nangis untuk orang yang aku tak kenal!" marah Syai. Hehe maafkan patik buk.
"Asal ni?" soal Taufiq yang baru masuk ke dalam villa.
"Erk takde apa Qiff ni gila!" kata Syai sambil mengelap sisa air matanya.
"Aqiff aku nak minta diri balik villa aku dan Qai"
"Wait!Tunggu jap. Aku ada barang dari Qai nak bagi kau" aku terus bergegas ke lokasi yang Qai beritahu tadi. Bilik persendirian Qai.Surat yang berada dilaci diambil nak terus turun dari tingkat atas.
"Nah dia bagi kau. Dia amanahkan aku untuk serahkan benda ni sebelum dia berlepas ke Switzerland and aku tak tahu benda ni jadi" suara aku disayukan untuk menyakinkan lakonan aku.
"Ouh okay. Aqiff aku nak minta maaf kalau ada salah silap sepanjang aku jadi adik ipar dan sepupu ipar korang." benda paling mengejutkan aku dan yang lain, Taufiq mengalirkan air mata. Pergh kuat juga penangan Qai kat dia.
Dengan menundukkan badan 90° dan terus bergerak keluar dari villa tersebut. Setelah memastikan bahawa Taufiq dah berlalu pergi. Aku terus menarik laptop kesayangan aku dan menaip sesuatu.
Maklumat pasal Qai. Patutlah terselamat rupanya dia naik pesawat peribadi.
Takguna punya adik penat aku nangis sepanjang diorang tak jumpa kau. Dahla aku nangis kat sekolah. Jatuh maruah aku sebagai lelaki macho sekolah tu.
"Oit Syai aku nak kau masukkan maklumat yang Queen dah tak ada. Yang pastinya kau naikkan Black Alpha sekarang bawah naungan King" kata aku kepada Syai yang sedap mengigit roti. Amboi perempuan ni tadi bukan main nangis sampai taknak makan.
"Wokeyh bruh!" jawabnya sambil roti memenuhi ruang mulut. Aku menggeleng kepala melihat kepada Syai. Serius aku cakap siapa jadi laki dia kena tabah. Perangai kalah Iz. Iz okay lagi perangai dia.
END AQIFF POV
TAUFIQ POV
Selepas keluar dari villa tersebut. Aku mengambil keputusan ke markas Shadows Dragon. Sebaik sahaja sampai aku mengorak langkah ke taman dibelakang markas Shadows Dragon. Taman ni boleh menampakkan markas Black Alpha diatas.
Kalau kitorang berlatih dikawasan ni. Hanya Black Alpha yang nampak. Aku membuka surat tersebut dan membaca apa yang ditulis Qai.
Hai and Asalamualaikum abang,erk kekok laa haha!
Ok first of all, sayang nak minta maaf kalau ada salah silap dengan abang! Bukannya sayang nak rahsiakan tentang identiti sebenar sayang. Sayang terpaksa demi keselamatan abang dan family kita. Sayang pergi sebenarnya nak bawak diri dari abang. Penatlah gaduh dengan abang. Dari sebelum sayang diculik pun abang dah tak cakap dengan sayang sampailah abang tahu identiti sayang. Abang benci terus kat sayang. Tapi sayang tahu susah abang nak terima identiti sayangkan. Takpe sayang faham! Sayang bagi abang masa k! Abang andai suatu hari nanti sayang pergi dari hidup abang. Abang carilah yang baru tapi jika abang yakin yang sayang masih hidup tunggulah sayang balik ke pangkuan abang. Maafkan sayang juga rahsiakan benda ni. Waktu abang merajuk dengan sayang,sayang dah pregnant anak abang. Dah 3 bulan! Sayang akan jaga dia macam nyawa sayang!Abang jangan risau tentang sayang dekat tempat tu Iz dan Diana akan jaga sayang! Abang jaga makan minum abang eh! Kalau waktu lawan tu fokus jangan ingat sayang!Ok bye² happy birthday my handsome and cute husband!!
Setelah selesai aku baca surat tersebut sekeping gambar jatuh dari sampul. Gambar sewaktu kami berkawan rapat dulu. Dibelakang gambar tertulis. 'With my crush and also my bestfriend,14/5/16'.
Aku terus terduduk dan menangis. Buat kali kedua, aku sakitkan hati orang yang aku sayang. Orang yang sama! Dan berakhir dengan dia tinggalkan aku buat selama lamanya.
"Sayang!Abang minta maaf!" Aku tak peduli sekiranya anak buah aku melihat aku menangis.
END TAUFIQ POV
Aku melihat rakaman yang Yazid send kat aku. Yaa Yazid tahu aku masih hidup hanya dia dan 6 ekor tenuk dalam villa sana tu.
Sebaik sahaja butang play ditekan aku terdiam. Jap dia dah baca surat tu? Awal kau bagi!
"Sayang!Abang minta maaf!"
"Woi suara apa tu!" cepat cepat aku mengesat kasar air mata yang mengalir.
"Hehe,aku tengok drama! Sedih bodo!" kataku lalu cepat cepat menutup telefon.
©️©️©️
2 tahun kemudian
"Woi Qai kau taknak balik Malaysia ke?" soal Aqiff yang berada di dapur. Ok waits camna dia ada sini. Of course dia rindu dekat adik dia huehue.
Taufiq? Dia masih tak tahu yang aku masih hidup. Syai cerita dekat aku yang Taufiq nampak tak terurus. Macam orang gila!
Rambut tak tersikat. Baju berkedut dan jambang memenuhi muka. Euww tu bukan laki aku!Laki siapa tu sila kutip.
"Mama!" ok ni anak aku Tengku Adnan Alfian.
"Ye kenapa sayang!" jerit aku dari bawah.
"Amboi anak kau panggil kau jawab. Soalan aku tergantung. Tak guna Qai!" sekali lagi aku biarkan soalannya tergantung.
"Papa Iz,Papa Nish,Papa Ril,Mama Syai,Mama Diana,dan Papa Qiff dah kemas barang? Diorang nak pergi mana Mama? Kita tak ikut ke?" soalnya yang baru turun dan duduk diatas ribaku. Memang lancar percakapannya tanpa pelat. Itulah istimewanya keturunan papa aku.
"Ermm jap Mama fikir?" kataku sambil melihat ke atas.
"Alaaa mama!Jomlah!"
"Okay!Ad pergi kemas! Cepat nanti mama tinggal!" laju dia turun dari ribaku.
"Mama?" soal seorang kanak-kanak lelaki lingkungan 1 lebih. Terkedek-kedek dia berjalan ke arah aku.
"Ehh ehh anak mama? Kenapa ni?" dia menghulurkan kain tuala kepadaku. Ok faham maksudnya dia pun nak ikut!
"Ok jom kita pergi mandi yee!" aku mengangkatnya dan menuju ke bilik air. Ini baru anak kandung aku,Tengku Aryan Haykal. Tadi tu anak arwah kakak ketiga aku Tengku Sophia Kartini.
Kak Pia meninggal lepas lahirkan Ad. Sepanjang aku kat Malaysia,Ben yang jaga dia.
Klia
"Ad jangan lari!haish budak ni." Kalau tengok betul betul Ad ni muka dia macam Qiff. Dah macam anak Qiff sekali tengok.
Aku tergelak kecil melihat Qiff yang mengejar Ad. Tiba tiba...
"Mama!Hiks!" ketawaku terhenti apabila terdengar suara Ad seperti mahu menangis.
Aryan dihulurkan kepada Iz. Terkejut lelaki tu bila aku kalut menghulurkan Aryan kepadanya. Anak aku ni muka dia tak tumpah macam Taufiq. Cuma perangai dingin turun aku uhuk!
Dia bukannya mahu duduk dekat Iz. Mahu diketuknya kepala Iz tu. Haha
"Hey kenapa nangis ni?"
"Un..uncle tu menakutkan" aku terus berdiri melihat lelaki yang dilanggar Ad.
"sa..sayang!"
Tbc..
YOU ARE READING
GIRL MAFIA ✓
PertualanganHi surprise suka tak hadiah dari aku?! Haha kelmarin kau mandikan aku. Harini aku mandikan kau. Kau nak tahu tak tu air apa. Haha tu air longkang. And kelmarin juga kau malukan aku kan. Have a good day Nadine. From now war will start. From your belo...