"kau tengah buat apa tu Iz?" soal Taufiq. Tersentak Iz dibuatnya.
"Ouh aku buat kerja sikit ni. Biasalah family Qai kan ada syarikat sendiri. Tapi tula tiada siapa yang ambil alih. Dia selalu buat kerja kalau ada kelapangan" bohong Iz. Sedangkan dia tengah mengHack sistem musuh mereka yang menyerang tempat mereka semalam.
Taufiq hanya mengangguk faham kemudian berlalu ke tandas yang terdapat dalam wad tersebut untuk membersihkan dirinya.
Setelah 30 minit berada di dalam tandas Taufiq keluar dari tandas sambil mengelap air yang berada di rambutnya.
"Yes!Berjaya!" sorak Iz kegembiraan. Tersentak Taufiq dibuatnya. Kemudian kedengaran suara seseorang batuk.
"Ehh Qai kau dah sedar? Jap aku keluar cari Syai." kata Iz lalu keluar dari wad tersebut. Sebenarnya dia sengaja ingin memberi ruang kepada Taufiq dengan Qai.
"Erkk, how your leg feel better?" suasana kekok terasa dalam wad tersebut.
Qai hanya mengangguk perlahan. Dia sebenarnya terpaku pada Taufiq yang rambutnya masih basah.
"Kenapa tengok aku macam tu hurm?" Taufiq mendekatkan lagi dirinya dengan Qai.
"Tak..takde apa" kata Qai lalu tertunduk. Mukanya terasa panas akibat blushing.
"Comel" kata Taufiq lalu mencuit hidung kecil milik Qai.
"Kami dari Jabatan Agama Islam!" serbu Iz masuk ke dalam wad dengan Syai.
Taufiq terus menjarakkan kedudukannya dari Qai.
"Salam kau mana?!" kata Qai dengan suara yang serak.
"Hehe. Asalamualaikum" kata Iz.
"Waalaikumussalam. Mana yang lain. Qiff?" soal Qai sambil melihat sekeliling.
"Aku ada dekat sini je haa" kata Qiff yang baru masuk dari wad.
"Diorang yang lain ada dekat rumah haa. Kejap lagi diorang datang" Qiff berlalu ke katilnya. Di tangan terdapat plastik MCD. Nampak sangat keluar pergi beli makanan dekat MCD.
"Kau keluar pergi beli makanan ada sapa sapa tahu tak?" soal Taufiq.
"Tak. Aku keluar macam tu je" balas Qiff sambil membuka plastik burger.
"Aku punya takde ke?" soal Qai sambil melihat ke arah Qiff yang sedang menyuapkan burger ke dalam mulutnya.
"Sebenarnya dalam plastik tu Taufiq punya. Aku ingatkan kau tak sedar lagi so aku tak beli kau punya. Kalau kau nak ambil la." Qiff menyuakan burger yang baru digigitnya sedikit.
"Takpelah kau makan. Nah ambil burger aku. Aku boleh beli lain nanti sebab aku nak balik dah. Cuma aku tunggu diorang datang je"
"Jap nak tanya kitorang dua ni tunggul ke. Alaa sedih aa laguni" kata Iz sambil mengelap air mata palsunya.
"Terima kasih"
"Aku balik dulu" Taufiq menunduk sedikit lalu keluar dari wad tersebut.
"Apalah nasib kita berdua ni kan Iz?" kata Syai pula. Mereka dianggap seperti tidak wujud .
Selepas 1 jam Taufiq pulang. Mereka yang lain datang dengan muka penuh dengan luka.
"kenapa dengan korang ni?!" soal Qai tegas walaupun suaranya masih serak. Qiff hanya diam kerana dia tahu apa yang berlaku semalam.
"Ada orang serang tempat kita semalam and orang tu kenal kita" kata Iz.
"Cuba cerita dekat aku. Aku nak dengar" kata Qai.
YOU ARE READING
GIRL MAFIA ✓
AventuraHi surprise suka tak hadiah dari aku?! Haha kelmarin kau mandikan aku. Harini aku mandikan kau. Kau nak tahu tak tu air apa. Haha tu air longkang. And kelmarin juga kau malukan aku kan. Have a good day Nadine. From now war will start. From your belo...