35.Langkawi

4.2K 292 18
                                    

"Biarlah. Ehh tak nak aku jadi mak kepada anak kau. Kalau kau pandai masak macam Ben aku mau la"kata Diana sambil menaikkan sebelah keningnya kepada Kal. Yaa mamat tu Kal.

"Kal reti masaklah Diana. Aku pernah rasa sedap gila"kini mata kami teralih kepada Ben. Ehh kau baru kenal tak sampai seminggu buat macam dah kenal setahun.

"Lepas masuk tidur balik mamat ni pulak datang dengan aku. Aku ingatkan hantu sotong mana yang datang rupanya Ben. Dia marahlah kat aku sebab aku panggil dia hantu sotong sebagai balasan aku kena masak dekat dia pukul 3 pagi"terang Kal. Patutlah pagi tu aku tengok ada pinggan dalam singki. Makan tak reti basuh sendiri ke!

"Wei Diana. Kau habiskan bahagian aku. Aku kenyang"kataku dan membawa pinggan kotor masuk ke dapur.

Aku meneruskan kerja tanpa memperdulikan mata yang memandang. Aku tak marah pun cuma aku takde selera nak makan.

"Okay!"satu meja menggeleng kepala perlahan melihat telatah Diana. Pantang orang offer makanan.

BIPP!

Satu notification masuk menandakan ada orang hantar mesej. Mesej berbentuk video itu aku tekan.

"Hello..Ehem mama..ni Ad jangan risaulah tentang Ad. Ad kan kuat! Mama jangan nangis nangis yee. Takpe ni sikit je mama lupa ke anak mama ni juara taekwando peringkat kebangsaan. Ad tunggu mama datang selamatkan Ad. Ad tak mampu nak bantu mama masuk ke dalam sistem diorang. Tapi Ad akan sendkan koordinat lokasi yang Ad sekarang. Bye bye mama jangan lupa makan. Kirimkan salam sayang Ad dekat Papa Iz dan semua. Ad tahu semua tengah berusaha cari Ad. Uncle Kal i mean Papa Kal nanti Ad dah terselamat kita main game sekali ye."video berdurasi dua minit lebih itu membuatkan aku menitiskan air mata. Dalam keadaan macam ni pun sempat lagi send video dekat aku.

BIPP!

Sekali lagi bunyi mesej masuk . Ad dah hantarkan koordinat terkini Spider Levis. Aku mengelap kasar airmata dan menghantar video tersebut dalam group besar Black Alpha dan Shadows Dragon.

WOI MESEJ MASUK TU!

TWIT TWIT!

BOOM!

HAHAHAH!

KRIK KRIK!

I LOVE YOU!

NIAGARA POPO!!

Macam macam bunyi aku dengar serentak. Kalau boleh ringtone tu nak buka sampai sound pecah. Kuat ya amat!

Lokasi Koordinat tu terus aku buka. Dengan segala ilmu tentang hackers yang aku belajar aku dapat kesan lokasi Ad dan Spider Levis. Pulau Langkawi ceh serupa takde tempat lain kau nak pergi. Langkawi jugak jadi sasaran.

"Tidur awal. Esok kita pergi Langkawi. Pastikan semua kelengkapan dah siap. Aqiff telefon Ril. Kalau dia nak ikut terserah. One more thing call Alex kata kita nak pergi sana. Suruh dia ready"kini semua kata memandang aku. Yelaa diorang tengah makan lagi,aku dah ada depan tv dan melihat movie yang ditayangkan di TvN Movie haha. Korea!

Selesai makan. Mereka masih tak masuk tidur.

"Kena..

"Sebelum kau tanya kenapa kami tak masuk tidur. Baik aku tanya kau dulu kenapa kau tak masuk tidur?"soal Ayan kepada aku.

"Aku tak boleh tidurlah. Kalau boleh dah lama aku terlelap.But the way Ben Aryan tidur dah?"aku melihat ke arah Ben yang baru keluar dari dapur. Baru habis cuci pinggan ler tu.

"Dah. Wei Qai aku naik tidur dulu la. Aku tidur dalam bilik Ad dengan Aryan apa apa senang aku nak tengokkan budak tu"aku mengangguk perlahan tanpa melihat ke arahnya. Mata aku masih melihat ke arah Movie yang ditayangkan.

Selepas 3 minit suara Ben menghilang. Telefon aku bergetar pendek. Ehh apa benda la Ben ni! Dia suruh aku naik atas pulak dah. Aku menutup Tv dan bergerak ke atas.

Yang lain dah masuk tidur kecuali Qiff,Kal dan Ayan. Apa benda diorang buat pun aku tak tahu. Maybe strategi tak siap lagi. Tapi bukan Taufiq ke yang uruskan dengan Qiff dan Kal. Mana dia?

Setibanya di hadapan bilik Aryan. Ben menarik tangan aku masuk ke dalam bilik dulu sebelum aku menyoalnya. Apa benda jantan sotong ni nak!

"Kau tengok tu"ujarnya dalam keadaan berbisik. Aku melihat ke arah katil. Dua sekujur tubuh di atas katil membuat aku terkaku.

"Erk,Ben kau masuk la bilik kau. Biar dia tidur sini dengan Aryan"balas aku dalam keadaan berbisik juga. Dia mengangguk perlahan sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Aku tersenyum kecil dan bergerak ke penjuru kanan katil dan berbaring. Sekali tengok macam keluarga bahagia. Hakikatnya banyak benda yang kena kami lalui.

Keesokan harinya

"ma..ma.."aku terjaga akibat tamparan manja dari Aryan. Pancuran dari bilik air menyentakkan aku. Nampaknya Taufiq sudah bangun.

Aku mengangkat Aryan lalu keluar dari bilik itu dan masuk ke bilik aku. Seusai mandi, segala pakaian yang diperlukan buat 2 hari aku sumbatkan. Bukan apa kena la jugak bawa baju. Pistol kesayangan aku selitkan dia celah tali pinggang,manakala pisau rambo di bahagian kasut boot.

"Maaflah tak boleh drive kereta sendiri sampai ke Pulau Langkawi. Kita naik jet peribadi je"aku menarik bagasi sederhana milik aku yang berisi baju aku dan aryan. Taufiq? Ehh beg sendiri la sibuk je. Haha melawak ja baju dia pun ada dalam ni.

Langkawi Island

Aku menghela nafas panjang. Dah lama kaki tak jejak pulau ni. Asyik sibuk dengan urusan diluar negara. Dalam Malaysia aku serahkan semua pada Alex.

"Bos termenung apa. Jom la!"sergah Alex dari belakang. Aku menjeling sekilas dan berjalan terus ke van hitam.

"Ehh sir Alex buat apa dekat sini?"tegur Kacap. Macam mana aku boleh lupa yang dia ni bekas cikgu bahasa inggeris kelas kitorang.

"Erkk..."alex mengaru garu kepalanya yang tidak gatal.

"Dia orang kanan aku"kata Nish. Well lantaklah dia dah tahu.

"Nak sembang dekat mansion nanti la. Aku ada kerja nak buat ni cepat drive"tergopoh gopoh lelaki berusia 25 tahun itu berlari masuk ke cabin.

©️©️©️

"Ben tolong jaga Aryan elok elok. If apa apa jadi dekat aku jagalah budak ni macam anak korang sendiri. Aku sayang korang"aku memeluk tubuh Ben erat. Kemudian pandangan aku teralih kepada Aryan.

"Anak mama jangan nakal nakal ye. Mama pergi sekejap je nak bawa balik abang Ad dekat Aryan. Meh sini mama kiss"bibir kecil milik Aryan menjadi sasaran aku sekilas.

"Jom gerak sekarang kita ada lagi 4 jam lagi."segala kelengkapan sudah tersedia tiba untuk serang sahaja. Mask yang berada di bawah dagu ditarik menutupi ruang muka.

"Qai..aku nak cakap dengan kau kejap"aku menoleh kebelakang melihat pemilik suara kasar tadi.

Tbc.

GIRL MAFIA ✓Where stories live. Discover now