13. Sakit

4.8K 275 3
                                    

AUTHOR POV


"Qai ouh Qai! Bangun! Dah pukul berapa ni!" Diana menjerit menjerit memanggil Qai.

"Diam la sikit Diana oii. Jom ikut aku naik atas tengok something dalam bilik Qai" bisik Syai sambil menarik tangan Diana berlalu pergi dari meja yang terhidang sarapan pagi.

"Apasal penuh depan bilik Qai ni?" soal Qiff yang baru keluar dari biliknya sambil menggosok matanya akibat baru bangun tidur.

"Macam mana mamat ni boleh masuk?!" soal Diana serius.

"Ouh.... Aku yang bagi dia masuk semalam lagipun dia nak jaga Qai sebab Qai tak berapa nak sihat" jawab Qiff menuju masuk kembali ke biliknya.

"Dah laa korang biarkan jelaa diorang tu. Kau tengok Taufiq tu bukannya dia tidur atas katil Qai pun. Penjuru katil je kot. Dah jom makan please aku lapar" Iz turun ke bawah menuju ke meja makan.

"Yelaa² jom panggil Qiff sekali. Dah bangun tu p sambung tidur" Diana mengarahkan Nish mengejutkan Qiff.

1 jam kemudian

"Aqiff,boleh aku pinjam bilik kau. Aku nak bersihkan diri" soal Taufiq kepada Qiff yang sedang menonton televisyen.

"Boleh, tapi takkan kau nak pakai baju ni balik?" Qiff melihat ke arah Taufiq yang berdiri disebelah sofa yang dia duduk.

"Yup. Aku mana ada bawa baju lebih"

"Kau pakai jelaa tshirt aku. Takkan nak pakai balik. Panas kot baju ni. Lagipun mesti berbau baju semalam kot" Taufiq melihat dirinya. Betul juga apa yang dikatakan oleh Qiff.

"Mana bilik kau?" soal Taufiq

"Sebelah bilik Qai yang pintu warna navy blue tu"

"Ok. Dapur kau ada banyak bahan masak tak?" Qiff memandang Taufiq dengan pelik.

"Ada banyak jugaklah"

"Ok" Taufiq mengatur kaki ke dapur. Setelah beberapa minit dia keluar dari dapur dan naik kebilik Qiff untuk membersihkan diri.

"Qiff,sapa masak bubur ni? Kau ehh. Tapi kau mana tahu masak. Setakat goreng telur pun fail" tanya Diana dihadapan pintu masuk dapur.

"Taufiq kot yang masak, alaa biarkan jelaa. Jangan ganggu nak tengok Tom and Jerry pun tak senang. " jawab Qiff sambil matanya masih tertumpu pada televisyen yang menayangkan kartun tersebut.

"Porah, dah laa penakut layan pulak Tom and Jerry. Dasar tak matang" perli Diana

"Aku dengar kau cakap apa!"

"Papa!Mama! Along! Abang Amer! Ril! Qiff! Qai takut!" sedang mereka berdua bertekak satu sama lain tiba tiba terdengar jeritan dari bilik Qai.

Pantas sahaja kaki mereka yang berada dalam rumah itu mengorak langkah ke bilik Qai.

"Yah, Qai ni aku Taufiq." Qai terjaga dari mimpi ngerinya 'itu' lalu memeluk Taufiq yang berada di hadapannya.

"Aku takut. Dia datang lagi!" kata Qai dalan keadaan mengigil ketakutan.

"Dia datang lagi dalam mimpi kau?!" soal Qiff terkejut.

"Qiff, kau telefon Ril balik please! Tolong Qiff!" mata Taufiq masih tertumpu pada Qai yang sedang menangis di depannya.

Dalam hatinya dia mempersoalkan siapa Ril pada Qai. Setelah 5 minit Qai mula bertenang. Taufiq bangun dari birai katil untuk keluar dari bilik Qai untuk memberinya ruang berehat.

"Jangan tinggalkan aku. Aku takut " Qai memegang pergelangan tangan Taufiq.

"Aku nak pergi ambil makanan untuk kau. Nanti lapar pulak" suara dingin menyapa telinga Qai.

"Ril cakap dia sampai pukul 2.00. Dia ada area sini jaa. Taufiq kau tunggu laa dulu mesti kau nak kenalkan siapa Ril" terjah Qiff ke dalam bilik Qai. Dia melihat Taufiq macam mahu pergi dari situ.

"Aku turun kejap. Nak ambil bubur sementara adik kau ni mandi" Taufiq mempercepatkan langkah dia keluar dari bilik tersebut.

"Asal bilik kau sejuk sangat ni Qai. Aircond pun tak bukak tapi sejuk"

"Ice prince dari Lalala Land lalu tadi. Dah keluar aku nak mandi!"baru saja Qai bangun dari katil dia terjatuh kembali.

"Auchh"

"Meh sini aku pimpin kau masuk tandas." Qiff memimpin Qai sehingga ke pintu tandas. Tidak lupa juga bathrobe untuk adiknya itu.

"Dah shuh shuh aku nak mandi." Qai menghalau Qiff keluar dari biliknya.

"Yelaa aku pergi sekarang!"

©️©️©️

"Qai!Ril dah sampai!" bodoh juga Qiff ni kan. Dia tahu dah kot kaki aku terseliuh. Dia nak suruh aku merangkak turun ke bawah ke apa.

TOK! TOK! TOK!

"Jom turun. Qiff suruh kau turun. Katanya buah hati kau dah sampai" aikk cemburu ke mamat ni. Abang aku kot. Opss lupa Taufiq mana tahu aku kembar tiga.Qiff pun dia baru kenal. Ni kan pulak Ril.

"Nak turun macam mana. Kaki aku sakit. Kalau kau nak pimpin better aku jalan turun sendiri ja tadi" songehku

"Habistu kau nak suruh aku campak kau kebawah. Boleh, jom!"

"Angkatkanlah please" aku cuba merayu kepada Taufiq.

"Yelaa yelaa aku dukung. Dah rangkul leher aku." yes!

"Amboi! Love Bird dah turun!" jerit Diana sebaik sahaja dia melihat Taufiq mendukung aku turun ke bawah.

"Alele. Ada orang tu malu laa. Sampai merah satu muka" Syai pula menyakat.

"Diam ah" serious to talk. Aku malu gila waktu ni.

"Abaikan diorang. Kau nak malu kenapa. One day aku jadi laki kau jugak" Taufiq menambah menyakat.

Makin galak muka aku memerah. I need a space to hide my face. Aku terus berpaling menghadap bidang dada Taufiq. Ahh kesah janji aku boleh tutup muka aku yang merah ni.

"So sweet! Tak sangka kau dapat prince charming kau!" asal dengar suara Ril makin kuat.

Aku memalingkan muka aku dari dada Taufiq. Patutlah dah sampai.

"Kau nak suruh aku dukung sampai bila?!" soal Taufiq

"Letakkan jelah." dia meletakkan aku di atas sofa. Aku memperbetulkan posisi duduk. Tempat yang kosong disebelah aku diduduk oleh Taufiq.

"Aku Tengku Daniel Taufiq. Kawan diorang. Kau pulak?" Taufiq memecahkan suasana hening.

"Ouh, aku Tengku Qairil Adrian. Abang kembar kepada Qiff dan Qai" mereka berdua berjabat tangan satu sama lain.

"Wait! That means korang triple bukan twins!?" kesiannya. Lambat jugak otak dia beri reaksi.

"Yee kitorang triple. Aku abang,Qiff kedua dan she our little ice princess" terang Ril

"Wow sweet!" kini mata tertumpu kepada Nish.

"Kau asal!" serentak kami semua berkata kecuali Nish .

"Ice prince Taufiq. Ice princess Qai. Bergabung jadi kerajaan Arendal. Boleh rampas takhta Elsa!" biar betul mamat ni. Dia nak mati awal ke apa.

"Maaf. Kau ni pengaruh Frozen kuat ni!" Diana meletakkan tangannya di dahi Nish untuk memeriksa suhu badan Nish.

"Bet.." diam pun bagus. Nak tahu kenapa. Hehe aku buat jelingan maut dekat dia sebab tu terdiam.

Sedang kami semua seronok bergelak tawa. Tiba tiba

TOK! TOK! TOK!

"Asalamualaikum! Sorry lambat. Baru tersedar" serentak semua mata yang berada diruang tamu berarah ke pintu utama villa.

"Kau!" terkejut si 'dia' apabila terdengar suara kami ber-7.

TBC.

GIRL MAFIA ✓Where stories live. Discover now