Seorang pelajar lelaki berlari keluar dari kelas tingkatan lima Amanah sebaik sahaja guru subjek Fizik keluar dari kelas tersebut. Tujuan dia berlari keluar dari kelas tersebut ialah untuk mengelak daripada bertembung dengan cikgu Biologi. Dia paling tidak suka untuk masuk ke dalam kelas Biologi. Tambahan pula, kedudukan kelasnya tidak jauh dari makmal biologi.
"Syah!" Jerit seorang guru perempuan sebaik sahaja dia melihat pelajar kelasnya keluar dari kelas tingkatan lima Amanah.
"Ya, Cikgu Isma." Sahut Syah ketika berhenti seketika dan melihat ke arah cikgu tersebut dari jauh.
"Awak fikir awak boleh jadi pandai kalau awak tak masuk kelas saya? Awak rebus buku Biologi pun belum tentu awak boleh lulus exam Biologi." Tegas Cikgu Isma kepada anak muridnya.
"Okay, cikgu. Nanti saya study. Saya nak pergi makan. Lapar. Bye." Dia terus berlari ke arah kantin sekolah selepas berkata sedemikian.
Cikgu Isma mengeluh kerana dia sudah tidak larat melayani sikap Syah yang merupakan pelajar terbaik dalam sekolah ini. Syah selalu sahaja keluar dari kelas Biologi tanpa dia ketahui sebab pelajar lelaki itu berbuat sedemikian. "Suka hati awak la. Awak yang exam."
*
Syah berada di dalam sebuah kelas yang terletak tidak jauh dari padang sekolah. Bangunan itu ialah bangunan lama yang sudah menjadi stor-stor peralatan. Bangunan itu juga dikatakan berhantu. Tetapi Syah tetap pergi ke kelas yang terletak di tingkat dua bangunan tersebut sejak dia tingkatan satu lagi.
Syah duduk di atas sebuah kerusi kayu sambil makan satu plastik roti berperisa coklat yang dibeli dari kantin sekolah tadi. Terdapat lima bungkus roti yang pelbagai perisa di atas sebuah meja bertentangan dengan dirinya.
"Siapa orang tu? Siapa pula '-rin'? Dalam kotak tu ada apa?" Fikir Syah ketika dia sedang melihat ke arah sebuah padang sekolah yang terletak bertentangan dengan tingkap kelas tersebut. Tingkap kelas itu berada di sebelah kirinya.
Tiba-tiba, pemadam papan hitam terjatuh ke lantai dari papan hitam yang berada di hadapan Syah. Syah terkejut lalu dia melihat ke arah papan hitam tersebut. Dia mengeluh. "Haih. Buat terkejut aku je dia ni."
Syah merenyukkan plastik roti tersebut selepas dia selesai makan roti tersebut. Plastik itu dimasukkan ke dalam poket seluar pada sisi kanan. Dia berdiri dari kerusi dan berjalan ke arah pemadam papa hitam tersebut. Pemadam papan hitam diambil dan diletakkan kembali pada tempat asal.
Pada masa yang sama, dia dapat melihat bayang-bayang seorang lelaki berbaju hijau di sebelah kanannya ketika dia mahu kembali ke arah tempatnya tadi. Wajah lelaki itu sangat kacak dan kelihatan seusia dengan Syah. Syah pula hanya diam sahaja selepas melihat makhluk halus tersebut.
Syah duduk kembali di atas kerusi dan mencapai satu plastik roti. Plastik roti dibuka dan dia makan roti tersebut. Sekali lagi pemadam papan hitam jauh dari papan hitam. Syah berdiri sekali lagi selepas dia selesai makan roti tersebut. Dia berjalan ke arah pemadam papan hitam dan mengambilnya. Selepas itu, dia bawa pemadam papan hitam tu ke arah mejanya. Pemadam papan hitan diletakkan di atas meja tersebut.
Syah berjalan menuju ke arah sebuah kerusi kayu dan mengangkat kerusi tersebut menuju ke arah mejanya. Kerusi itu diletakkan bertentangan dengan tempat duduknya tadi. Kemudian, dia duduk kembali di atas kerusinya. Diletakknya sebungkus roti di hadapan kerusi kosong tadi sebelum dia mencapai sebungkus lagi roti untuk dirinya makan.
Plastik roti dibuka dan dia makan roti itu. Pada masa yang sama, lelaki misteri itu berjalan ke arah meja tersebut dan duduk di atas kerusi yang disediakan oleh Syah. Dia melihat ke arah Syah yang mengunyah roti tersebut sambil melihat ke arah luar tingkap.
YOU ARE READING
A.K.U : EAX0011
Mystery / ThrillerA.K.U : EAX0011 mengisahkan sejenis dadah terkini yang dicipta oleh Prof. Helmi Owen. Dirinya dikenali sebagai Joker. EAX0011 merupakan Extra Addictive - X ciptaan ke-11. Fungsi EAX0011 ialah untuk menguatkan fizikal tetapi kewarasan akan hilang. Te...