RaSIS duduk di sebelah kiri Bray di meja mesyuarat di dalam bilik mesyuarat. Dia baru sahaja tiba di sini selepas 20 minit perbincangan mereka bertiga tentang kes cubaan menculik Dhiya pada tiga hari lepas. Masing-masing memberi tumpuan kepada RaSIS.
"Kenapa kau tak call aku sebelum datang sini?" Soal Bray kepada RaSIS.
"Phone mampus. Aku lepas kuburkan phone dekat tanah perkuburan tadi." Jawab RaSIS acuh tak acuh.
Bray hanya mampu mengeluh. "Kenapa kau datang sini cari aku? Kerja kau macam mana?"
"Aku datang sebab nak hantar laporan informan yang dah mati beberapa minit selepas aku dapat info. Jujur aku cakap. Bukan aku yang bunuh dia. Dia ditembak oleh sniper. Aku rasa, sniper yang sama." Kertas laporan diserahkan kepada Bray.
Bray menerima kertas laporan tersebut. "Ini je yang kau dapat?"
"Ha'ah. Menurut dia, ramai informan dah dibunuh tanpa ketahui sebab. Tiga orang rakan dia dari kawasan berdekatan dah dibunuh dua bulan lepas. Deorang ada beritahu dia pasal pembinaan bangunan dekat lokasi terpencil. Ini berkaitan kes pembunuhan dua arkitek IMPIAN." Jelas RaSIS yang bersandar pada kerusinya.
"Kes yang berkaitan." Kata Fazrin pula.
RaSIS melihat ke arah Inspektor Hafizul. "Eh? Apa Pakcik Hafizul buat dekat sini? Adam ada datang sekali ke? Dah lama tak jumpa dia."
Inspektor Hafizul tiba-tiba sahaja terasa panas hati apabila dipanggil sedemikian. Tetapi dia terpaksa menahan kemarahan tersebut kerana dia kenali manusia yang berada bertentangan dengannya itu. Orang itu lebih menakutkan daripada pembunuh upahan. "Ada hal sikit. Err... Adam tak datang sebab sibuk bekerja. Lagipun, saya ke sini sebab nak bincang pasal kes cubaan menculik Dhiya hari tu."
"Oh, kes tu. Macam mana perkembangan?" Soal RaSIS yang mula serius.
"Pihak polis dah dapat kesan kedudukan dalang tapi tempat tu kosong. Dia tinggal di sebuah hotel lima bintang di kawasan Bangsar South." Jelasnya kepada RaSIS.
"Dia nak ajak aku main sorok-sorok. Okay. Aku jumpa nanti. Aku kapankan dia. Kain kapan ada lagi satu gulung. Bray. Sediakan van jenazah dalam masa seminggu ni. Pastikan kubur dah siap gali."
Bray ketawa kecil sebelum bersuara. "Okay."
"Kapan? Van jenazah? Kubur? Jadi, dia ni mesti Mr. Laws." Fikir Fazrin sambil melihat ke arah RaSIS.
"Macam mana kau boleh ada di sini?" Soal Bray kepada RaSIS.
RaSIS mengeliat sebelum menjawab soalan tersebut. "Syam kena serang dekat parking mall pagi tadi. Aku terpaksa skip program buku sebab situasi. Kalau aku masuk dalam mall. Huru-hara jadinya kalau musuh ikut. Jadi, aku terus selesaikan sampai jumpa dalang. Mr. Clumsy tengah bersihkan kawasan. Dia bukan ada kerja pun. Papa pun dah tahu situasi aku. Terima kasih kepada Aron yang masih ada tabiat simpan pistol musuh dalam kereta. Boleh aku guna." RaSIS ketawa.
Bray pula geleng kepala. "Aron masih tak berubah."
Perbualan kali ini dapat dihadam oleh Inspektor Hafizul kerana dia sudah sedia maklum identiti RaSIS oleh Adam ketika dia bertanya tentang RaSIS sebelum ini. Adam juga memberitahu tentang alter-alter lain dan fungsi mereka. Inspektor Hafizul ada keinginan untuk menangkap Syam Syahrul Azmi atas kes pancung yang dilakukan oleh Erzen Laiss tetapi Adam membantah kerana kes tersebut dilakukan untuk selamatkan nyawa Dato' Azmi. Akhirnya, dia berdiam diri daripada sebarkan maklumat tersebut kepada pihak atasan. Tambahan pula, RaSIS pernah membantunya dalam misinya sebelum ini. Tanpa RaSIS, misi tersebut mustahil dapat berjalan dengan lancar.
"Kita belum berkenalan lagi." Tiba-tiba, Fazrin bersuara.
Mereka melihat ke arah Fazrin. "Nama aku, RaSIS." Kata RaSIS.
"Aku, Fazrin. Sepupu Bray. Kau ni Mr. Laws, kan?"
RaSIS silangkan kakinya. Topi hitam yang ditutupi oleh hud hitam ditolak sedikit ke atas. Cermin mata hitam jelas kelihatan. "Ya. Macam mana kau tahu?"
"Aku, Kapten Utama CROW. Mr. Rich." Jawabnya dengan penuh keyakinan.
"Mr. Rich. The king of sniper. Night Ninja. FAKE -Fast as wind, Active in the darkness, Killer behind the sceen and Eagle's eyes always hunting." Kata RaSIS kepada Fazrin.
"You know about FAKE too. Good." Fazrin memuji.
"Of course. Because I want to be your friend as Mr. Laws. The King of laws and punishment. And... For your beautiful eyes. I want to eat them." RaSIS menjilat bibirnya sendiri sebagai tanda tertarik terhadap mata berwarna coklat terang milik Fazrin.
"RaSIS." Tegur Bray tanpa meninggikan suaranya.
"Aku gurau je." RaSIS ketawa.
RaSIS berdiri dari kerusi. "Bray. Lepak bilik kau kejap. Pukul 3:00 petang nanti kejutkan aku. Ada meeting."
"Lamanya kau tidur." Kritik Bray.
"Sejak akhir-akhir ni badan aku cepat rasa penat. Kurang rehat kot."
"Anak kau dah cek kesihatan secara mata halus, tak? Aku risau kalau-kalau ada penunggu kawasan yang menempel dekat badan kau."
"Tak tahu. Tiga hari lepas aku dah kena membebel. Sekali dengan hantu tu dia membebel. Ikut perangai nenek dia. Kuat membebel." RaSIS berjalan ke arah pintu bilik mesyuarat tersebut.
"Dia risau sebab tu dia membebel. Lagipun, hanya tu je cara dia boleh bantu papa dia. Sebab kes beberapa tahun lepas. Kau pun mesti ingat kesakitan tu." Kata Bray.
"Ya. Sebab aku yang wujud selama dua hari dua malam tu. Berani betul hantar santau dekat aku." Pintu ditumbuk sebelum dia membuka pintu tersebut. Jelas dia sangat marah.
"Aku nak rest. Bye." Dia keluar dari bilik tersebut.
"RaSIS. Penuh misteri. Aku rasa aku nak cari maklumat pasal dia." Monolog Fazrin.
"Bray. Siapa nama anak RaSIS tu?" Soal Fazrin yang kelihatan teruja.
"Rahsia." Jawab Bray.
"Rahsia?"
Inspektor Hafizul menahan ketawa apabila melihat wajah terpinga-pinga milik Fazrin dan wajah kebosanan milik Bray.
*
RaSIS berjalan terhoyong-hayang sebaik sahaja dia berjalan beberapa langkah menuju ke arah ruangan pejabat milik Bray. Kepalanya terasa berat. "Kenapa kepala aku tiba-tiba pening? Demam ke?"
Mata para pekerja AGENDA tertumpu ke arah RaSIS yang tiba-tiba sahaja rebah ke lantai. RaSIS terbatuk-batuk dan keluar darah dari mulutnya. Dadanya terasa sempit.
"En. Syam." Jerit seorang pekerja lelaki yang merupakan pembantu peribadi Bray di AGENDA. Dia menerpa ke arah RaSIS yang kelihatan kritikal itu.
"Sarah. Panggil Tuan Badri. Remy. Tolong aku papah En. Syam masuk kereta. Hantar pergi hospital." Arahnya kepada dua orang rakan sekerja.
"Okay." Jawab mereka hampir serentak sebelum bertindak.
*
Syah tercungap-cungap mengambil nafas selepas terjaga daripada lena di dalam kelasnya. Jamil terkejut melihat Syah mengangkat kepala secara tiba-tiba. Dia berhenti mengajar dan memberi fokus kepada Syah. Tidak lama kemudian, telefon pintar milik Syah menerima mesej daripada seseorang. Syah mengeluarkan telefon di hadapan Jamil dan membaca mesej tersebut. Mesej dibalas.
Syah terus berdiri dan mengemas barang-barangnya di atas meja sambil menahan air matanya. "Papa." Bicara hatinya.
"Syah. Kamu nak pergi mana?" Soal Jamil kepada Syah.
Syah menarik nafas panjang sebelum menjawab soalan tersebut. "Hospital. Papa saya sakit. Saya kena pergi sekarang." Dia cuba berbicara dengan tenang.
"Kamu nak pergi dengan siapa?" Soalnya lagi.
"Kawan papa saya datang ambil." Jawabnya sambil menggalas beg sandang.
"Okay. Hati-hati."
"Saya minta diri dulu. Assalammualaikum."
"Waalaikummusalam."
YOU ARE READING
A.K.U : EAX0011
Mystery / ThrillerA.K.U : EAX0011 mengisahkan sejenis dadah terkini yang dicipta oleh Prof. Helmi Owen. Dirinya dikenali sebagai Joker. EAX0011 merupakan Extra Addictive - X ciptaan ke-11. Fungsi EAX0011 ialah untuk menguatkan fizikal tetapi kewarasan akan hilang. Te...