Syah tersedar daripada pengsan. Tangan dan kakinya telah diikat. Mulutnya juga telah ditutup menggunakan pelekat. Dia sedang cuba duduk di atas lantai. Pintu bilik tiba-tiba sahaja dibuka. Dua orang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik tersebut sebelum pintu kembali ditutup. Mereka berdua sedang menghadap ke arah Syah.
Seorang lelaki bermisai nipis sedang mencabut pelekat pada mulut Syah sebaik sahaja dia tiba di situ. "Beritahu aku. Dekat mana kau sorok kotak EAX0011 tu?"
"Soalan ni lagi. Dah tak ada soalan lain ke?"
"Jawab!" Lelaki itu menengking Syah.
"Tak ada dengan aku. Aku dah beri kepada orang yang lebih bertanggungjawab." Jawabnya dengan wajah yang serius.
Seorang lagi lelaki mengeluarkan sepucuk pistol dan menghalakan muncung pistol tersebut ke arah kepala Syah. "Kau beri kepada siapa?"
"Kalau aku tak jawab. Kau akan bunuh aku, kan? Tapi kalau aku jawab pun, belum tentu aku hidup." Katanya dengan berani.
Lelaki itu melepaskan tembakan ke arah dinding. "Beritahu sekarang." Tengkingnya.
"Okay!" Syah meninggikan suaranya kerana tertekan.
"Siapa?" Soal lelaki bermisai nipis pula.
Syah senyum dan berkata. "Secret GUARD."
Mata mereka bulat tatkala mendengar jawab Syah. "Secret GUARD?" Kata mereka hampir serentak.
Lelaki bersenjata tadi melihat ke arah rakannya. "Bos pesan, jangan terlibat dengan Secret GUARD. Tapi budak ni dah bagi EAX0011 kepada Secret GUARD."
Lelaki bermisai nipis itu mengeluarkan pistol di sebalik jaketnya dan mengacukan muncung pistol ke arah Syah. "Kau patut kesal dengan perbuatan kau." Breech block ditarik.
"Kau nak bunuh aku? SG akan buru korang." Ujarnya yang berlagak berani.
"Mereka tak akan tahu kau dekat sini." Kata lelaki bermisai nipis dengan wajah dingin.
Syah senyum mengejek lalu berkata. "Awang. Saya tahu awak ada dekat sini. Terima kasih kerana selamatkan saya lagi."
"Siapa Awang? Tak ada sesiapa yang tahu tempat ni." Tengking lelaki itu. Mereka berdua bersiaga tetapi tiada sesiapa kelihatan.
Angin kuat masuk melalui tingkap bilik yang tidak berkaca itu. Hal ini demikan kerana rumah ini masih belum siap dibina. Mereka terkejut kerana angin kencang itu menerpa ke arah mereka sehingga terpelanting ke arah dinding bilik tersebut.
Awang segera berlari ke arah Syah dan membuka ikatan pada tangan Syah. Dua orang lelaki itu pula segara berdiri dan bersiaga. Mereka kelihatan ketakutan selepas kejadian tersebut. Sangat misteri bagi mereka. Lelaki bermisai nipis itu menembak ke arah Syah apabila dia melihat ke Syah cuba membuka tali pada kedua-dua kakinya. Namun, tembakan tersebut tersasar kerana Awang telah mencampak kasut milik Syah kepada tangan kanan lelaki itu. Pistolnya tercampak ke atas lantai.
Rakannya seorang lagi sedang menembak ke arah kasut yang dilihatnya. Kasut itu sedang melayang ke arah Syah. Syah pula terus bergerak pantas selepas berjaya membuka ikatan pada kakinya. Dia berlari ke arah pistol milik lelaki bermisai nipis yang telah tercampak di lantai. Pistol diambil dan diacukan ke arah lelaki yang menembak ke arah Awang.
Syah telah melepaskan satu das tembakan ke arah kepala lelaki tersebut. Kedua-dua tangan yang memegang pistol itu terketar-ketar kerana ketakutan. Lelaki bermisai nipis itu pula pantas mencapai pistol rakannya. Namun, tangan kanannya ditembak oleh Syah sebelum kepalanya ditembak.
Syah mengesat air mata yang telah mengalir pada pipinya tanpa dipinta. "Demi keselamatan papa dan SG. Aku... Aku rela..." Pistol terlepas dari kedua-dua tangannya.
YOU ARE READING
A.K.U : EAX0011
Mystery / ThrillerA.K.U : EAX0011 mengisahkan sejenis dadah terkini yang dicipta oleh Prof. Helmi Owen. Dirinya dikenali sebagai Joker. EAX0011 merupakan Extra Addictive - X ciptaan ke-11. Fungsi EAX0011 ialah untuk menguatkan fizikal tetapi kewarasan akan hilang. Te...