BAB 28

142 16 0
                                    

Joker memerhati ahli kumpulan Black Rose bersurai dari perjumpaan yang diadakan di pengkalan Black Rose. Joker telah memberitahu bahawa dirinya ialah ketua sebenar Black Rose yang telah menjadi pengasas Black Rose. Dia juga telah mengeluarkan arahan untuk membunuh Spade kerana cuba membunuh dirinya sejam sebelum dia tiba di pengkalan Black Rose.

Joker menelefon Jack untuk memberitahu tentang Spade tetapi panggilan tersebut tidak dijawab oleh Jack. Joker menjadi semakin geram. Dia terus keluar dari pengkalan tersebut dan meminjam kereta orang bawahannya untuk pergi ke rumah Jack.

Sementara itu, Khairi hanya memerhati telefon pintar milik Jamil yang berada di atas katilnya. Ketika ini, dia sedang menulis laporan tentang Jack dan Joker. Dia juga telah mendapat penjelasan daripada Jamil beberapa minit yang lalu. Jamil sendiri yang datang ke biliknya. Jamil memberitahu perkara sebenar yang telah berlaku di luar negara sambil menagis kerana kekesalannya. Tetapi Khairi bertegas untuk menyerahkan adiknya itu kepada pengadilan kerana Jack bukan sahaja buruan Wing Spy Agency. Dia juga diburu oleh pihak polis kerana terlibat dengan EAX0011 di bawah siasatan Inspektor Hafizul.

"Joker call. Aku dah agak. Rumah ni dah tak selamat." Dia segera mengemas barang-barang di atas katil.

Khairi segera turun dari katilnya dan keluar dari bilik. Dia menuju ke arah bilik Jamil. Pintu bilik diketuk. Jamil segera membuka pintu biliknya.

"Siap-siap cepat. Bawa mana-mana pakaian dengan barang-barang keperluan. Kita keluar dari rumah ni. Kejap lagi Joker datang." Arahnya.

"Kita nak pergi mana? Kesuma macam mana?" Jamil kelihatan risau.

"Tempat rahsia. Nanti abang suruh kawan abang ambil Kesuma dekat sekolah. Siap cepat. Abang bagi masa 15 minit." Katanya sebelum kembali ke dalam biliknya.

"Okay." Jamil hanya menurut arahan.

*

Kereta Khairi terhenti ketika dia baru sahaja mengeluarkan keretanya melepasi pagar rumah. Di hadapan keretanya ini terdapat sebuah kereta Honda berwarna putih milik seseorang. Si pemandu keluar dari kereta tersebut.

"Joker. Tak guna." Khairi berdecit.

"Biar Jamil uruskan." Katanya lalu menanggalkan tali pinggang keselamatan.

Khairi pantas menarik tangan kanan adiknya itu. "Duduk sini. Biar abang yang uruskan." Arahnya sebelum keluar dari keretanya.

Joker kelihatan terkejut apabila dia melihat wajah seseorang yang keluar dari kereta tersebut. Dia mengeluarkan pistol dari belakang seluarnya. "Spade? Apa kau buat dekat sini? Apa hubungan kau dengan Jack?" Dia kelihatan cemburu.

Khairi mengeluarkan pistol dari sebalik pintu pemandu. Pistol itu sentiasa ada di situ kerana itu ialah kereta misi, bukan kereta hariannya. Hal ini demikian kerana dia terus pulang ke rumah pada tengah hari tadi. "Aku, abang dia. Kenapa? Ada masalah?"

"Abang? Jack! Kau tak pernah beritahu aku, Spade ni abang kau. Kenapa kau sembunyikan abang kau? Dia ugut kau sampai kau takut beritahu aku ke?" Joker menengking.

"Abang." Jamil memanggil Khairi.

"Aku tahu dia nak bunuh aku. Tapi aku tak akan beri adik aku kepada dia. Ibu dengan abah dah amanahkan aku untuk jaga kau. Ini tugas aku." Beritahunya kepada Jamil.

Joker melepaskan tembakan ke arah Khairi. Khairi sempat mengelak di sebalik pintu kereta. Jamil pula sudah tundukkan kepalanya ke bawah untuk berlindung.

Aksi tembak menembak ini disaksikan oleh jiran-jiran di kawasan perumahan tersebut. Mereka bersembunyi di dalam rumah dan melihat dari tingkap rumah masing-masing. Ada juga beberapa orang jiran sedang menelefon pihak polis untuk membuat laporan.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now