Safuan, Aniq dan Awang berada di ruang tamu rumah Syah pada jam 9:30 malam. Syah melaporan kes penculikan terhadap dirinya pada petang tadi kepada Aniq dan Safuan. Syah telah berjaya melarikan diri dari kawasan sekolah tersebut melalui jalan belakang, iaitu laluan kawasan hutan. Nasib Syah baik kerana dia pernah menggunakan laluan belakang sekolah tersebut untuk memuaskan keinginan mengetahui rahsia disebalik laluan itu. Pintu pagar belakang sekolah tersebut berkunci dan dan laluannya terus menuju ke arah sebuah dusun milik pengetua sekolah itu. Di kawasan itu juga terdapat beberapa buah rumah guru termasuk rumah pengetua sekolah tersebut. Tujuan Syah menggunakan pintu pagar belakang ialah untuk mengelak daripada bertembung dengan rakan-rakan penculik di pintu pagar utama sekolah tersebut, jika penculik itu tidak bersendirian. Awang pula memgekori Syah demi menjaga keselamatan Syah sekiranya Syah dikejar oleh penculik tadi.
Sebuah kotak hitam bercorak emas diletakkan di atas meja selepas dikeluarkan dari bawah sofa yang didudukinya. "Ini kotak yang orang penculik tu cari, EAX0011. Kotak ni ada seorang pakcik bagi Dhiya masa Dhiya terjumpa dia. Pakcik tu dah nazak sebab cedera. Kawasan tu pun ada kereta terbakar. Pakcik tu suruh kami cari seseorang yang ada nama '-rin' dekat belakang. Tapi kami masih buntu. Mulanya kami fikir tak nak beritahu papa dan pakci-pakcik. Kami cuba selesaikan kes ni sendiri. Saya nak buka kotak ni dan tengok isi kotak tapi susah nak buka. Tapi hampir sebulan saya sentiasa tidur dengan kotak ni. Saya dapat rasakan kotak ni bahaya. Dan hari ni, bahaya tu dah datang kepada saya." Jelas Syah panjang lebar berkaitan kotak tersebut.
Safuan kelihatan serius. Dia berasa geram terhadap tindakan Syah yang menyimpan kotak tersebut. "Syah tak patut buat macam tu. Entah dari siapa yang korang dapat kotak ni. Entah-entah ada bom, dadah, racun... Syah sepatutnya beritahu hal ni sejak awal. Ni dah dekat sebulan. Aniq. Sepatutnya Aniq beritahu abah awal-awal. Apa-apa jadi pada korang nanti. Siapa yang susah? Macam mana kalau kotak ni barang mafia punya? Abah tak nak korang terlibat dalam dunia berdarah ni."
Masing-masing tertunduk kerana mengakui kesalahan mereka. Awang pula hanya melihat situasi tersebut.
"Syah. Saya akan cuba bantu awak kalau apa-apa jadi dekat awak nanti. Kita kawan." Kata Awang sambil melihat wajah rakannya itu.
"Terima kasih. Tapi saya tak nak libatkan awak dalam masalah manusia alam ni. Awak patut balik ke sana lepas awak selamatkan saya tadi. Datuk dan nenek awak mesti sudah risau. Malam begini awak masih belum pulang." Syah cuba menolak tawaran bantuan dengan cara baik.
"Tapi saya tak akan puas hati kalau saya tak lihat sendiri awak pulang dengan selamat."
Syah melihat ke arah Awang yang berada di sebelah kanannya. "Awang, terima kasih. Tapi saya tetap tak nak awak terlibat dalam hal ni. Dunia kita berbeza. Saya risau datuk dan nenek awak tak beri awak ke sini lagi jika mereka tahu awak terlibat dalam masalah manusia alam ni. Awak mesti faham. Kita tetap kawan."
Awang tertunduk sedih kerana tidak dapat membantu rakannya itu. "Betul juga kata awak. Datuk saya pula ketua kampung. Saya juga tidak mahu ada peperangan antara dua alam disebabkan saya."
"Ya." Syah senyum kepada Awang. Awang turut membalas senyuman tersebut ketika melihat wajah rakannya itu.
"Syah cakap dengan siapa tu?" Tegur Safan yang kelihatan cuak.
Syah melihat ke arah Safuan. "Kawan. Oh... Lupa pula. Perkenalkan. Ni, Awang. Dia ni orang bunian. Cucu ketua kampung. Dia yang selamatkan saya tadi. Kitaorang kenal masa Awang masuk bangunan lama tempat saya lepak. Lepas tu, Awang sesat sebab lupa jalan balik. Dia tinggal sini beberapa hari. Lepaa tu, saya minta Ustaz Khalil tolong cari laluan dia balik. Hari ni pula dia datang sekolah sebab nak jumpa saya. Lama dah kitaorang tak jumpa." Jelasnya.
YOU ARE READING
A.K.U : EAX0011
Gizem / GerilimA.K.U : EAX0011 mengisahkan sejenis dadah terkini yang dicipta oleh Prof. Helmi Owen. Dirinya dikenali sebagai Joker. EAX0011 merupakan Extra Addictive - X ciptaan ke-11. Fungsi EAX0011 ialah untuk menguatkan fizikal tetapi kewarasan akan hilang. Te...