Misi serbuan besar-besaran terhadap Black Rose kini bermula. Serbuan dilakukan serantak kepada semua tempat persembunyian dan HQ. Mereka juga sedang mencari ketua Black Rose yang dipercayai telah menculik Jamil Yaacob beberapa hari yang lalu. Namun, mereka tidak menjumpai Joker di setiap kawasan serbuan mereka. Maka, mereka bertindak untuk menyoal siasat musuh-musuh yang telah berjaya ditangkap di kawasan tersebut. Tindakan tersebut perlu disegerakan untuk mendapatkan maklumat tentang keberadaan Joker pada kejadian serbuan itu berlaku.
RaSIS berdiri di hadapan seorang musuh yang sudah digari oleh pihak polis. Lelaki itu merupakan orang ke-15 yang bakal berhadapan dengan RaSIS. Mata mereka bertentangan. Arahan dikeluarkan oleh RaSIS kepada orang tersebut. "Kalau kau tak tahu kedudukan Joker, sujud. Kalau kau tahu kedudukan Joker, angkat kaki kanan atas kepala."
Lelaki tadi segera bersujud di hadapan RaSIS. Dia sendiri tidak tahu perkara yang dilakukannya itu. Sedar sahaja, dia sedang bersujud di hadapan RaSIS. Situasi ini disaksikan oleh beberapa orang ahli anggota polis yang terlibat dalam pasukan ini. Mereka juga berasa hairan terhadap ketaatan musuh-musuh kepada RaSIS selepas mendengar arahan tersebut. Hal ini demikian kerana mereka tidak tahu tentang kebolehan RaSIS.
RaSIS berjalan ke arah dia orang anggota polis selepas selesai tugas menyoal siasat dengan caranya sendiri. "Clear. Boleh bawa ke balai." Beritahunya.
"Itu je? Macam mana nak dapatkan maklumat kalau encik buat macam tu je. Sah-sah la mereka boleh tipu." Seorang polis muda membangkang keputusan RaSIS.
"Jadi, kau nak judge cara aku soal siasat? Kau tak yakin dengan aku?" RaSIS tidak berpuas hati.
"Biar kami soal siasat mereka." Kata rakan setugas polis tersebut untuk menenangkan keadaan.
"Hmph! Buang masa je. This is my group. This is my rules. This is my laws. Kalau nak buang masa juga. Silakan. Aku tak akan bertanggungjawab kalau misi gagal." Kata RaSIS sebelum melangkah pergi.
"Encik rasa encik hebat sangat? Encik fikir, saya tak tahu apa yang encik telah lakukan selama ini. Lebih 17 tahun dan bunuh orang." Kata-kata itu membuatkan langkah RaSIS terhenti.
RaSIS kembali melihat ke arah mereka. Matanya berfokus kepada polis muda yang bertindak tidak rasional itu. Dia ialah orang bawahan Inspektor Hafizul yang telah terdengar perbualan RaSIS dan Adam sebelum ini.
"Oh, kau tahu pasal aku. Tapi kau tak tahu punca. Judge orang lain tanpa siasatan. Perkara yang tak patut dilakukan. Laws perlukan ke adilan. Kalau tak salah, tak perlu dihukum. Aku paling tak suka kalau ada orang buang masa aku hanya untuk hal kecil. If I order you to shoot me now. You will do it, right?" Dia cuba menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap polis muda itu.
Tanpa diduga, polis muda itu mengeluarkan pistol dan mengacukannya ke arah RaSIS. "Eh? Apa aku buat ni?" Dia mula menggelabah kerana tangannya bergerak tanpa kemahuannya.
"Yusuf. Apa kau buat ni?" Rakannya itu terkejut melihat tindakan polis muda tersebut.
"Aku... Aku tak boleh kawal tangan aku." Dia ketakutan kerana dia akan dituduh bersalah kerana membunuh orang tanpa sebab yang kukuh.
RaSIS pula hanya senyum. "Kau masih nak judge cara aku soal siasat?"
Rakan Yusuf melihat ke arah RaSIS. "Apa yang encik dah lakukan?" Soalnya dengan tegas.
"The power of punishment." Jawabnya dengan bangga.
Bray menutup mata RaSIS dari belakang. "Masa untuk bermain dah tamat. Fokus. Jangan nak main-main je dekat sini."
Polis muda segera melepaskan pistolnya ke tanah. Dia mengambil nafas tercungap-cungap kerana ketakutan terhadap kejadian misteri yang menimpa dirinya itu. "Apa dah berlaku?" Soalnya kepada diri sendiri.
Dua orang polis itu melihat ke arah Bray yang masih menutup mata RaSIS. RaSIS pula tidak meronta-ronta.Ketika ini, Braym melihat ke arah dua orang polis yang berada di hadapannya. "Semua penjenayah dah masuk dalam lori. Terus ke balai. Kau pula..."
RaSIS ketawa sebelum berkata. "Okay. Okay. Sorry, guys. Aku main-main je. Jom. Jom. Nanti aku belanja makan."
"Sorry. Kawan saya ni memang macam ni. Hal Joker serahkan kepada kami. Pihak polis boleh soal siasat sekali lagi mereka tu untuk dapatkan maklumat lain. Kalau hal keberadaan Joker tu. Memang mustahil untuk peroleh. Nampaknya, Joker sangat bijak." Kata Bray.
"Ya. Betul tu. Semuanya tak tahu pasal Joker. Kalau mereka tahu pasal Joker..."
Tiba-tiba, sahaja RaSIS menarik tangan Bray menjauhi matanya. Dia sempat merempas pistol pada sisi pinggang kiri Bray. Pada masa yang sama, lori yang dipenuhi oleh penjenayah meletup tanpa diketahui puncanya. Mereka terkejut melihat kejadian tersebut. Dua orang polis yang berada di dalam lori tersebut turut terkorban.
"Ada musuh." RaSIS memberitahu. Masing-masing mencapai pistol dan bersiaga. Bray juga memiliki pistol kerana dia mempunyai dua pucuk pistol bersama-sama dengannya.
Bray dan Syam mendapat panggilan daripada Inspektor Hafizul dan Tahrik. Mereka melaporkan situasi yang sama telah berlaku kepada dua kawasan yang diserbu oleh mereka. Tidak lama selepas itu, Fazrin berhubung dengan Bray melalui alat penghubung yang telah dipasang pada telinga kirinya. Fazrin turut melaporkan kejadian letupan yang telahnberlaku sebaik sahaja semua penjenayah dimasukkan ke dalam lori polis.
"Letupan tu macam dah dirancang. Siapa yang buat semua tu?" Soal Bray kepada mereka yang berada di hadapannya.
Beberapa orang anggota polis segera berkumpul di kawasan mereka berempat berada. Mereka bernasib baik kerana kedudukan lori tersebut jauh daripada mereka.
"Kita diserang." Kata salah seorang daripada anggota polis yang baru sahaja tiba di situ.
"Tak. Ada pembelot dalam kalangan kita." Kata RaSIS dengan pandangan yang serius kepada mereka.
"Pembelot?" Yusuf mempersoalkan hal tersebut. "Siapa?"
"Seseorang yang tahu rancangan operasi ni." Jawab RaSIS.
Masing-masing memandang curiga ke arah RaSIS dan Bray. Mereka beranggapan bahawa dua orang ahli Secret GUARD merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut.
"Aku tahu apa yang korang fikir. Tapi SG tak pernah bela sesiapa yang melakukan kesalahan. Black Rose, musuh SG. Kalau aku buat semua ni. Aku tak akan libatkan nyawa orang yang tak berdosa." Tegas RaSIS.
"Habis tu. Encik nak tuduh kami?" Soal Yusuf dengan beraninya.
"Aku tak menuduh. Aku akan siasat. Korang balik balai dulu. Aku akan..."
RaSIS tiba-tiba sahaja melarikan diri apabila dia terlihat sesuatu yang bergerak tidak jauh dari situ. Perkara yang dia pasti ialah itu merupakan muncung rifle yang dihalakan ke arah Bray. "Guard Mr. Brilliant." Jerit RaSIS sebagai arahan.
Mereka terpinga-pinga. Namun, tetap mengikut arahan.
"Law! Jangan bergerak seorang la." Jerit Bray yang kerisauan terhadap tindakan RaSIS.
*
Fazrin telah berjaya menembak seorang penembak hendap di sebalik bangunan yang terdapat di kawasan operasi. Musuhnya itu telah mati ditembak. Dia mengarahkan Arsyad untuk menyiasat tentang identiti musuhnya itu.
"White Fang?"
"Ya, tuan. Tatu taring ni hanya dimiliki oleh ahli White Fang." Beritahu Arsyad kepada Fazrin. Tatu tersebut terdapat pada bahagian dalam bibir bawah.
"Apa kaitan White Fang dengan hal ni? Macam mana mereka tahu pasal operasi ni?" Fikirnya sambil melihat ke arah mayat salah seorang daripada ahli White Fang.
*
Bray, Inspektor Hafizul dan Tahrik mendapat maklumat daripada Fazrin tentang dalang di sebalik kejadian letupan tersebut.
Bray dan beberapa orang ahli anggota polis mencari RaSIS selepas 15 minit RaSIS mengejar musuhnya itu. Panggilan melalui alat komunikasi telah dilakukan oleh Bray untuk berhubung dengan RaSIS tetapi tiada jawapan daripada RaSIS. Bray semakin risau.
YOU ARE READING
A.K.U : EAX0011
Misterio / SuspensoA.K.U : EAX0011 mengisahkan sejenis dadah terkini yang dicipta oleh Prof. Helmi Owen. Dirinya dikenali sebagai Joker. EAX0011 merupakan Extra Addictive - X ciptaan ke-11. Fungsi EAX0011 ialah untuk menguatkan fizikal tetapi kewarasan akan hilang. Te...