BAB 30

176 13 2
                                    

Seorang remaja lelaki sedang membaca sebuah buku di ruang tamu. Buku tersebut berkaitan dengan herba yang bertajuk Herba Emas Negara. Buku itu bilik  ibunya yang bekerja sebagai seorang doktor di hospital.

Buku itu dibaca dengan teliti dan isinya dicatat pada buku nota. "Air rebusan segenggam erat atau secekak keseluruhan pokok duku anak di dalam seteko air diminum dua kali sehari. Air rebuasan secekak keseluruhan pokok duku anak, dua ruas tebu hitam dengan sedikit gula batu diminum mengikut keperluan. Ni untuk kencing tak lawas." 

Kemudian, Aniq mengalih muka surat seterusnya sehinggalah pada muka surat 48. Matanya melihat satu ayat ini, 'mengecutkan organ peranakan'. Aniq meneruskan pembacaannya. "Dua atau tiga hiris rizom halia dimakan dengan nasi dua kali sehari. Pagi dan petang. Selama 45 hari selepas bersalin. Seinci setiap... Eh? Eh? Apa aku baca ni? Bukan ni la yang aku cari." Pantas dia mengalihkan muka surat lain.

Perbuatannya itu terhenti pada muka surat 88. "Meningkatkan kesihatan dalaman lelaki. Uish, boleh la ni. Akar tongkat ali dengan paku tunjuk langit. Tapi herba hutan la pula. Susah nak cari. Tak apa la. Nanti kalau ada masa, ajak je la abah pergi cari dalam hutan. Ajak pakcik-pakcik sekali. Umm... Aku masih tak jumpa benda yang aku cari. Tak akan tak ada dalam buku ni." Muka surat seterusnya diselak lagi.

"Yes. Dah jumpa. Sembelit. Pucuk daun gelenggang dijadikan ulam bagi mengatasi masalah sembelit. Tapi dekat mana aku nak cari pokok gelenggang? Adeh." Aniq menghantukkan kepalanya pada buku yang terpapar muka surat 140 dan 141.

Dia meletakkan buku tersebut di atas ribanya. "Kalau aku beritahu ibu pasal aku dah sembelit seminggu... No no no... Mesti ibu bagi ubat tu. No no no. Aku patut minum air banyak-banyak."

Aniq masih menyelak buku tersebut sehinggalah pada muka surat 189. "Peliknya nama pokok herba ni. Sambung Nyawa. Ni untuk orang sakit tenat makan ke?"

"Aniq."

Aniq terkejut lalu menutup buku tersebut. Dia melihat ke arah ibunya yang baru sahaja keluar dari kawasan dapur. "Ya, ibu. Ada apa?"

"Ibu nak pergi hospital ni. Makanan dah siap." Beritahu Dr. Qasya kepada anak tunggalnya yang berada di ruang tamu. Dr. Qasya berjalan ke arah tangga untuk menuju ke biliknya.

"Okay, ibu."

"Nanti Aniq nak keluar ke?" Soal Dr. Qasya di ketika dia berhenti di atas anak tangga ke lima.

"Ya. Nak pergi rumah Dhiya. Study." Beritahunya.

"Hati-hati. Ibu risau situasi sekarang ni. Abah pun tengah sibuk." Nasihat ibunya.

"Aniq faham. Aniq boleh jaga diri sendiri. Ibu pun hati-hati."

"Lepas baca, simpan semula buku tu dekat tempat asal. Tak pernah-pernah Aniq pinjam buku ibu." Dia rasa curiga terhadap anaknya sendiri.

Aniq tersengih-sengih janggal. "Untuk kelas sains."

"Ya la."

"Ibu. Macam mana nak dapat pokok gelenggang?"

"Gelenggang? Ada tanam dekat rumah nenek abah."

Aniq tepuk dahi. "Terengganu."

*

Aniq mengeluarkan sebuah buku dari rak buku yang terletak di dalam bilik ibu bapanya selepas dia menyimpan kembali buku herba tersebut. Dia berasa tertarik terhadap buku yang baru sahaja dia keluarkan dari rak buku ini, Tools Untuk Lelaki yang ditulis oleh Khairudin Shaary.

Senarai isi kandungan Bahagian 1 Fasa Persediaan pada muka surat kedua dibaca oleh Aniq. Matanya terhenti pada bab 7. "Jumpa Jodoh."

Muka surat 34 segera dicari sepantas boleh untuk mendapatkan bab 7 tersebut. "Dah jumpa." Jeritnya yang kelihatan sangat gembira.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now