BAB 7

176 18 0
                                    

Sebuah kereta Toyota Vellfire berplat WSA 2019 sedang meluncur laju di tengah ibu kota yang gah di Malaysia. Kenderaan ini membawa seorang lelaki penting ke arah suatu destinasi. Lelaki penting itu berada di tempat duduk penumpang belakang. Dia sedang menikmati pemandangan indah di kotaraya ini selepas beberapa tahun dia meninggalkan negara ini.

"Tuan Fazrin. Tuan mahu terus ke apartmen atau singgah ke mana-mana?" Soal pemandu yang memandu Toyota Vellfire berwarna hitam tersebut.

Dia mengalihkan pandangannya ke arah pemandu tersebut. "Singgah ke rumah abang saya dulu."

"Baik, Tuan Fazrin." Kata pemandu tersebut.

Fazrin mencapai telefon pintar jenama Asus dari dalam poket seluar jean pada sisi kanan lalu menelefon seseorang. "Hello? Abang ada dekat rumah ke? Fazrin dah sampai Malaysia. Dalam perjalanan ke rumah abang sekarang ni."

"Abang ada dekat rumah kawan. Kejap lagi abang balik."

"Okay." Panggilan ditamatkan.

"Darus. Stop dekat kedai makan depan tu kejap. Nak beli makanan untuk makan tengah hari." Arahnya kepada pemandu peribadinya yang merujuk kepada kedai mamak yang menjadi tempat kegemaran abangnya.

"Okay, Tuan." Sahut pemandu tersebut sambil memandu.

*

Telefon pintar disimpan kembali ke dalam poket seluar jean pada sisi kiri. Pandangannya kini tertumpu kembali ke arah seseorang yang berada di hadapannya ini. Orang tersebut mengenakan topeng berwarna hitam dengan corak bunga mawar merah dan dilengkapi dengan pakaian kulit serba hitam.

"Menurut data yang JPDA (Justice - Personal Detective Agancy) dapat. Black Rose sedang mencari kotak hitam yang dah dicuri oleh pembelot. Dalam kotak tu dikatakan ada dadah EAX0011." Beritahu lelaki tersebut kepada Inspektor Hafizul berdasarkan beberapa kertas laporan yang berada di atas meja.

Inspektor Hafizul mencapai laporan tersebut lalu menyemaknya selepas menyimpan telefon pintar miliknya tadi. "Adam. Kau pasti untuk terus bekerja dalam JPDA?" Soalnya kepada seseorang yang duduk di atas sebuah sofa bertentangan dengannya.

Adam membuka topeng lalu menjawab. "Ya. Ini dah jadi punca pendapatan aku. Lagipun, aku dah tak buat kerja sebagai pembunuh upahan. Aku pun dah berikrar depan kau sebelum aku naik pelamin hari tu." Topeng diletakkan di atas meja yang terletak di hadapannya.

Inspektor Hafizul ketawa kecil. "Okay. Yang penting, keselamatan kau. Anak kau pun kecil lagi. Kasihan dia kalau kau tinggalkan dia dalam usia yang macam tu."

Adam bersandar pada sofa. "Jangan risau. Ni Adam. Bekas pembunuh upahan profesional." Ujarnya yang kelihatan bangga diri.

Inspektor Hafizul hanya mampu tersenyum dan geleng kepala. "Aku harap. Kau tak salah langkah."

"Yes, uncle."

*

Jamil bersandar pada kerusi yang terletak berhampiran meja guru. Dia baru sahaja selesai mengedarkan soalan Biologi kepada para pelajar kelas tingkatan 5 Amanah di dalam kelas tambahan pada waktu ini.

"Lepas selesai jawab soalan. Boleh balik rumah. Selagi tak selesai jawab. Jangan balik. Syah. Cikgu tahu kamu dah mengantuk. Tapi jangan tidur sekarang."

"Okay, cikgu." Jawab Syah selepas menguap.

Syah memberi fokus untuk menjawab soalan-soalan ujian peperiksaan SPM pada tahun lepas. Jamil pula memerhati para pelajarnya seketika sebelum dia mencapai telefon pintar jenama Samsung dari atas meja guru.

Segala mesej di dalam telefon pintar itu dilihat dan dibaca selepas memasukkan kata kunci pada skrin kekunci utama. Riak wajah Jamil tidak menarik perhatian para pelajarnya kerana mereka sedang fokus kepada ujian peperiksaan tersebut. Wajah Jamil pads ketika ini pula kelihatan kurang senang selepas dia membaca mesej daripada seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now