BAB 17

174 16 0
                                    

Sekali lagi Bray datang ke IMPIAN untuk bertemu dengan Fazrin pada hari yang sama tetapi ketika waktu petang. Bray membawa kotak EAX0011 bersama-sama dengannya untuk diserahkn kepada Fazrin. Namun, langkah Bray terhenti apabila dia terlihat seorang wanita cantik yang ditemani oleh seorang pembantu peribadi. Wanita itu baru sahaja keluar dari bilik kerja milik Fazrin.

"Elisya." Kata Bray tanpa berkedip matanya.

Wanita itu dan pembantunya melihat ke arah Bray. "Badri? Awak buat apa dekat sini? Dah lama kita tak jumpa. Awak sihat?"

Bray tersipu-sipu dan tergaru-garu pipi kanan menggunakan jari telunjuk kerana berasa segan. "Alhamdulillah. Saya sihat. Saya datang sini ada hal sikit. Awak pula macam mana?"

"Saya sihat je. Datang sini sebab hal syarikat."

"Oh..."

"Macam mana dengan anak awak? Dah lama tak jumpa. Masa baby dulu je jumpa." Elisya ketawa kecil.

"Dhiya membesar dengan sihat. Umur Dhiya dah 15 tahun."

Elisya melihat jam pada dinding pejabat tersebut yang terletak bertentangan dengannya. "Err... Badri. Saya kena gerak sekarang. Nak jemput ayah di airport." Dia cuba meminta izin.

"Oh, ya. Silakan. Nanti kirim salam kepada Dato' Latif."

"Ya."  Ujarnya sebelum berlalu pergi bersama-sama dengan seorang gadis yang merupakan pembantu peribadinya.

Bray berjalan ke destinasinya sambil berbicara dalam hati. "Tak sangka. Boleh terjumpa bekas tunang aku dekat sini. Lupa pula nak tanya. Dia dah kahwin atau belum dengan orang Itali tu. Kalau mamat tu tak muncul masa majlis akad nikah tu... Aku dah kahwin dengan Elisya. Lagi pun... kalau tak disebabkan dia. Mistahil aku kahwin dengan bini aku yang sekarang ni. Bila la dia nak balik sini? Rindu la."

Bray mengetuk pintu bilik kerja dan terus masuk ke dalam bilik itu bersama-sama ucap salam. Ketika ini, Fazrin sedang mengorok sesuatu di dalam laci kerana terkejut terhadap kemunculan Bray. Pembantu dia pula sudah tutup mata sendiri seperti tidak mahu melihat orang tersebut. Reaksi mereka berdua macam seseorang yang telah membuat kesalahan besar, cuak.

Pintu bilik tersebut ditutup. Bray menghampiri meja kerja Fazrin. Sebuah kotak hitam bercorak emas diletakkan di atas meja tersebut. "EAX0011."

"Oh. Thanks." Dia senyum janggal.

"Kau sorok apa?" Bray menegur Fazrin apabila dia melihat tangan Fazrin masih dalam laci.

Fazrin terlupa keluarkan tangannya dan tutup laci kerana terkejut. Dia tersengih-sengih. "Tak ada apa-apalah."

"Kau pula, apahal tutup mata? Nampak hantu?" Bray menegur Arsyad pula.

"Eh? Err..." Dia turunkan tangannya ke sisi.

"Korang ni buat dosa ke? Tengok porn dalam syarikat?"

"TAK!" Jawab mereka serentak.

"Dah tu?" Bray serius.

Fazrin mengeluh. Dia mengeluarkan sebuah dokumen yang disoroknya tadi dan diletakkan di atas meja. "Ni dari BERSATU Corp. Tadi CEO syarikat tu datang sini. Bincang pasal saham deorang dalam IMPIAN. Lepas tu, minta IMPIAN carikan arkitek untuk projek deorang. BERSATU Corp tu syarikat berasaskan penginapan macam hotel, rumah dan sebagainya."

"Dah tu? Kenapa kau sorok masa kau nampak aku?"

"Errr... Sebab..." Dia melihat ke arah Arsyad.

Bray semakin serius. " Sebab?"

"Err... Tapak tu... Kawasan berhampiran pengkalan GUARD. Setahu aku, tak ada pembangunan dibenarkan di situ."

"Kenapa kau terima?"

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now