Aniq termenung lama di dalam tandas. Dia sembelit tetapi rasa nak buang air besar. Akhirnya, dia putus asa dan mengambil nafas panjang. Bagaikan orang kelemasan.
"Perut aku sakit. Kak Kesuma kata kalau sembelit lama-lama boleh jadi buasir. Kalau berak nanti keluar darah. Kena bedah. Aku tak nak kena bedah." Monolognya yang masih duduk di atas mangkuk tandas jenis duduk.
"Aniq. Lama lagi ke?" Soal Syah yang berada di hadapan pintu tandas.
"Kejap. Dah siap dah ni." Dia segera membersihkan apa yang patut walaupun hajatnya tidak kesampaian.
"Abang bodyguard dah beli pisang dengan betik yang kau suruh beli tadi. Rajin pula kau makan buah-buah waktu malam macam ni."
"Err... Ibu aku kata. Makan buah baik untuk kesihatan. Badan aku kurang vitamin. Hahaha..." Hanya alasan. Namun, ada kisah di sebalik buah-buahan tersebut.
Rahsia Aniq sembelit sampai tahap buasir ini hanya Dhiya dan Kesuma sahaja yang tahu. Mereka berbual tentang hal tersebut ketika Syah pergi ke tandas sebelum ini.
"Kenapa semua ubat kena telan? Aku ni dah la takut telan ubat. Sedih, wooo..." Monolognya.
*[IMBAS KEMBALI]
Aniq yang berusia 13 tahun telah tersedak selepas makan ubat demam, paracetamol. Entah macam mana dia tercekik ubat tersebut sehingga membuatkan Safuan panik. Di dalam rumah ini hanya ada Safuan dan Aniq sahaja. Dr. Qasya masih bekerja di hospital sehingga malam.
Safuan menepuk-nepuk belakang Aniq sambil menyuruh Aniq jolok rengkung supaya memuntahkan semula ubat tersebut. Akhirnya, mereka berjaya. Aniq terus menangis dan menggigil selepas dia melihat ubat tersebut berada di atas lantai. Ini merupakan kali pertama dia makan ubat demam berwarna putih itu.
"Tak nak. Tak nak. Ubat tu nak bunuh Aniq." Aniq menangis sambil memeluk bapanya.
"Eh?"
Maka, Safuan mengambil keputusan untuk membawa Aniq ke hospital bagi menerima rawatan. Dr. Qasya yang merawat Aniq di hospital. Aniq lebih rela dicucuk berbanding telan ubat.
Sejak dari kejadian itu, Aniq mengalami trauma terhadap ubat biji untuk ditelan. Dia lagi suka makan ubat demam kanak-kanak berwarna pink atau ubat sirap. Walaupun itu tidak berkesan terhadap usianya yang semakin meningkat.
[TAMAT IMBAS KEMBALI]
*
Jamil baring di atas katil selepas berpakaian kemas. Di dalam poket seluar pada bahagian kirinya pula sudah disiap sedia dengan sebatang picagari yang diisi cecair EAF001. Kemudian, dia menyelimuti tubuhnya dan memejamkan mata. Wajahnya kelihatan tenang. Dia sedang menantikan kemunculan Joker dan mengharapkan kejayaan berpihak kepadanya.
Pintu bilik dibuka dan ditutup. Joker masuk ke dalam bilik tersebut. Dia masih mengenakan robe hitam pada tubuhnya. Joker terus berjalan ke arah katil dan baring di sebelah kanan Jamil. Lampu meja ditutup dan dia berselimut.
Tangan kanan Jamil memegang tangan kiri Joker. "I'm sorry. Aku tak akan buat kau marah lagi." Katanya dengan baik.
Joker mengiring ke arah Jamil dan menyentuh pipi kiri Jamil dengan penuh kasih sayang. "Kalau kau tak buat aku marah. Aku tak akan seksa kau. Sebab aku sayang kau."
"Joker. Terima kasih sebab kau dah banyak tolong aku. Sekarang aku baru sedar. Aku patut balas jasa kau. I'm sorry." Jamil sengaja bermanis kata demi menjalankan misinya.
Joker mengucup bibir Jamil. Jamil memeluk tubuh Joker lalu dia menyuntik EAF001 pada leher Joker. Picagari. tersebut sempat dicapainya sebelum dia memeluk Joker.
Joker segera menjauhkan diri daripada Jamil. Picagari yang dilengkapi dengan jarum suntikan itu dicabut dari leher Joker. Joket duduk di atas katil. Lampu meja ditekan.
Jamil pula mahu melarikan diri tetapi tangan kanannya ditarik dan disuntik dengan sisa EAF001 pada lengan Jamil. Jamil menjerit kesakitan. Dia merentap tangannya sehingga terlepas. Picagari dicabut dan dicampak ke atas lantai. Dia terus jatuh terduduk di atas lantai. Badannya terasa sangat lemah.
Joker sudah menggelupur di atas katil selepas beberapa minit dia menyintik Jamil. Dia terbatuk-batuk sehingga mengeluarkan darah. Mulutnya pula mengeluarkan buih-buih putih. Hidung dan matanya berdarah.
Jamil takut melihat keadaan Joker. Dia cuba berdiri dan menyelongkar laci meja yang terletak di sebelah kiri katil. Dia sedang mencari tali yang pernah diguna oleh Joker untuk mengikat dirinya itu. Jamil segera mengikat lengan kanannya dan berharap agar EAF001 tidak merebak sehingga keseluruh badannya melalui salur darah.
Jamil sempat melihat ke arah Joker yang telah mati akibat dadah ciptaannya sendiri sebelum Jamil berlari keluar dari bilik tersebut. Jamil tersandung berkali-kali ketika berlari kerana dirinya tidak bertenaga untuk bergerak lebih lama lagi.
"Aku tak nak mati macam dia. Aku nak bertaubat. Aku nak minta maaf dekat abang dengan Kesuma." Jamil menangis sambil mengesot.
*
Safuan telah berjaya masuk ke dalam rumah mewah ini. Dia berlari menapak naik anak tangga ke arah tingkat dua. Namun, lariannya terhenti apabila dia melihat ke arah pembantu peribadi Joker.
"Jamil ada dalam bilik paling hujung di tingkat dua. Saya tak tahu apa yang dah jadi dekat dalam tu. Antara hidup atau mati." Beritahu lelaki itu kepada Safuan.
"Kau siapa?" Safuan menyoal sambil bersiaga.
"Saya, Dazrul. Wing Spy Agency ketua pasukan A-CROW01. Code name, Knight. Bertugas atas arahan kapten Wing Spy Agency - CROW Asia, Khairi. Undercover." Dia memperkenalkan dirinya.
"Kenapa tak beritahu kedudukan Jamil kalau kamu ada di sini?" Soal Safuan dengan ketegasannya.
"Kapten baru beritahu saya siang tadi. Lagi pun, kapten ada di hospital sekarang ni." Beritahunya.
"Jadi, apa yang kamu buat lepas dapat tahu?"
Dazrul senyum. "Saya beri Jamil EAF001 yang masih dalam frasa ujian. Jangan risau. Tu untuk Joker. Biar dia rasa sendiri jadi subjek eksperimen untuk dadah dia buat."
Tiba-tiba, mereka terdengar jeritan seseorang dari tingkat dua. Mereka terus berlari ke arah bilik Joker.
Mereka terlihat seseorang mengesot di atas lantai. "Jamil." Kata mereka hampir serentak.
Jamil rebah ke lantai. Dia kelihatan tenat. Lengannya kelihatan pucat. Bintik-bintik merah juga mula timbul.
*
Misi pada malam tersebut telah selesai. Semua ahli Black Rose telah terbunuh termasuk beberapa orang polis yang berada berhampiran kawasan letupa lori polis. Tiada seorang ahli Black Rose mampu hidup sehingga kini kerana White Fang telah membunuh semuanya termasuk yang tidak ditangkap dalam operasi tersebut. Mereka dibunuh secara persendirian oleh beberapa orang penembak tepat.
Jamil telah dibawa ke hospital. Operasi pembedahan terus dilaksanakan selepas mendapat persetujuan daripada Khairi. Pembedahan itu dilakukan oleh doktor peribadi Bray. Demi menyelamatkan nyawa Jamil, doktor terpaksa memotong tangan kanan Jamil yang telah mati saraf itu.
Joker pula telah disahkan meninggal dunia kerana penggunaan dadah beracun. Tambahan pula, kuantiti cecair EAF001 itu sangat banyak memasuki salur darah dan cepat merebak sehingga ke otaknya. Hal ini demikian kerana Jamil menyuntik EAF001 pada leher Joker.
*
Telefon disimpan kembali ke dalam poket seluar. Dia bersandar pada kerusi pemandu dan menghela nafas lega. "Black Rose dah selesai. Sekarang EAX0011. HQ WSA. I'm coming for you."
![](https://img.wattpad.com/cover/195922251-288-k65085.jpg)
YOU ARE READING
A.K.U : EAX0011
Mystery / ThrillerA.K.U : EAX0011 mengisahkan sejenis dadah terkini yang dicipta oleh Prof. Helmi Owen. Dirinya dikenali sebagai Joker. EAX0011 merupakan Extra Addictive - X ciptaan ke-11. Fungsi EAX0011 ialah untuk menguatkan fizikal tetapi kewarasan akan hilang. Te...