BAB 34

148 14 2
                                    

Safuan hairan melihat anaknya setiap hari makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Selama dia hidup dengan anak tunggalnya ini, tidak pula dia pernah melihat anaknya ini terlalu suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga dia menolak makanan lain seperti nasi, ayam, telur dan daging. Safuan mula berasa risau terhadap perubahan drastik anaknya itu.

Dia mengadu kepada isterinya tentang hal tersebut. "Sayang, cuba tengok Aniq tu. Saya tengok dia semacam tu. Biasanya kalau makan, dia la orang pertama pegang senduk nasi. Tapi tadi dia makan sayur dengan buah je."

"Ala... Awak ni. Dia tengah diet la tu. Dia sendiri pun kata diet." Kata Dr. Qasya yang baru sahaja selesai melipat telekong dan sangkut pada rak peralatan solat.

"Tapi bukan malam ni je. Dah dua hari. Nasi pun tak sentuh. Sayang tidur di hospital selama dua hari ni. So, sayang tak tahu. Saya ada dekat rumah dengan Aniq." Jelasnya yang berada di atas katil. Dia menghadap komputer riba.

Dr. Qasya duduk di atas katil. "Kalau macam tu. Diet tak seimbang la ni. Pelik juga. Awak tak ada tanya dia ke?"

"Dia kata tak ada selera. Awak tolong la cek dia tu."

"Ya la. Ni kerja saya. Kejap lagi saya pergi tengok dia."

Sementara itu, Aniq sedang berguling-guling di atas katil kerana sakit perut. Dia baru sahaja keluar dari tandas. Hajat besarnya hanya berjaya keluar sedikit. Hal ini demikian kerana duburnya berasa sakit. Dia pula boleh terbayangkan darah keluar dari duburnya jika dia meneruskan hajatnya itu.

"Sakit. Aku tak selesa. Nak kentut pun sakit. Makan pun sakit." Dia menangis sambil berguling-guling dalam selimut.

Aniq menekan-nekan perutnya yang kesakitan sebelum dia segera bangun dari katil dan berlari ke arah tandas di tingkat satu kerana mahu muntah. Dr. Qasya pula terkejut melihat kelakukan anaknya itu kerana dia baru sahaja keluar dari biliknya untuk ke bilik Aniq.

Dr. Qasya terus menuju ke arah tandas. Dia melihat ke arah Aniq yang sudah muntah di dalam mangkuk tandas tanpa sempat menutup pintu tandas. "Aniq. Kenapa ni?"

*

Dhiya melihat bapanya terlena di atas sofa ruang tamu selepas pulang ke rumah pada waktu malam. Di sebelah kanan bapanya terdapat sepucuk pistol yang tidak berpeluru. Dhiya tidak berasa hairan terhadap kewujudan senjata tersebut di hadapan matanya kerana dia mengetahui status bapanya itu. Bapanya bukan sahaja CEO AGENDA, dia juga seorang ketua Secret GUARD yang penuh cabaran.

Dhiya menghampiri bapanya dari belakang lalu mencuit pipi kanan bapanya. "Papa. Papa. Bangunlah. Tidur dalam bilik."

Bray terkejut apabila pipinya disentuh. Dia segera membuka mata kerana lenanya tertanggu. "Dhiya. Tak tidur lagi?" Soalnya sambil memisat-misat mata kanannya.

"Awal lagi. Baru pukul 9:30 malam. Dhiya nak tengok TV kejap. Lepas tu tidur." Dhiya mengambil tempat di sebuah sofa yang terletak tidak jauh daripada sofa bapanya duduk.

"Homework dan siap?"

"Dah."

"Kesuma mana?"

"Ada dekat hospital. Jaga abang-abang. Esok balik la kot. Lusa sekolah." Beritahu Dhiya sambil mencapai alat kawalan televisyen.

Bray menguap sebelum berbicara. "Dhiya masak apa hari ni? Papa laparlah."

Wajahnya kelihatan terkejut apabila mendengar soalan bapanya itu. "Eh? Dhiya tak masak apa-apa la malam ni. Dhiya study dan buat homework seharian dalam bilik. Sorry papa. Kejap Dhiya masak. Papa mandi dulu." Dhiya segera bangun dari kerusi.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now