BAB 14

164 19 4
                                    

Enes setia di samping suaminya sejak dia pulang dari luar negara. Dia kembali ke Malaysia selepas dua hari dia diberitahu tentang situasi suaminya itu. Syam pula sudah sedarkan diri daripada pengsan yang lama. Namun, dia masih ditahan di wad untuk melihat perkembangan kesihatannya.

"Syam. Saya... Saya makin risau dengan awak." Tangan kanan Syam dipegang dengan penuh kasih sayang.

Syam yang bersandar pada katil itu senyum melihat ke arah isterinya. "Saya minta maaf. Awak jangan risau. Saya akan jaga diri saya sendiri."

Enes mengucup belakang tangan kanan Syam. "Semoga cepat sembuh, sayang."

"Terima kasih."

*

Syah, Aniq dan Dhiya bertemu di perpustakaan selepas selesai makan di kantin sekolah. Pertemuan mereka di sini untuk berbincang tentang kotak misteri yang ada pada Syah. Mereka masih belum menemui jawapan kepada teka-teki sebelum ini, iaitu '-rin'.

"Siapa '-rin'? Aku dah buntu fikir nama tu." Syah menempatkan kepala di atas meja.

"Disebabkan kotak ni, kita mungkin dalam bahaya. Lagipun, kau sendiri kata isi kotak tu bahaya. Lebih baik serahkan kepada SG." Cadang Aniq yang kelihatan risau terhadap keselamatan mereka sejak kejadian di kawasan sekolah beberapa hari lepas.

Dhiya hanya berdiam diri. Dia tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi tentang kotak misteri tersebut. Kehadirannya di situ hanyalah untuk berada di sisi Aniq dan Syah sahaja.

Syah bersandar pada kerusi. "Serahkan pada SG. Lepas tu beritahu tentang pakcik yang beri Dhiya kotak tu. Kotak tu sepatutnya sampai pada tangan '-rin'. Siapa '-rin'? Ketua mafia? Polis? Penyiasat? GUARD? WSA (Wing Spy Agency)? JPDA (Justice - Personal Detective Agency)? Aku nak tahu. Siapa yang berhak pegang kotak bahaya tu? Apa tujuan dia?" Syah kelihatan serius.

"Betul juga. Macam mana kalau '-rin' tu ialah mafia antarabangsa? Tapi lebih baik kita serahkan kepada SG untuk siasat kotak tu dan '-rin'." Dhiya mula bersuara.

"Kita hanya boleh percayakan SG." Tegas Aniq dengan yakin.

"Kau bawa kotak tu hari ni? Aku nasihatkan. Kau jangan bawa ke sekolah. Bahaya." Nasihat Aniq kepada Syah.

"Tak. Aku dah simpan dalam tempat rahsia."

"Bagus. Esok, aku dengan abah aku datang rumah kau. Kita selesaikan masalah ni." Kata Aniq kepada Syah.

"Umm... Esok dah mula cuti, kan?" Soalan Dhiya mengendurkan situasi serius tersebut.

"Ha'ah. Cuti. Yes. Boleh tidur sepanjang hari." Syah tiba-tiba bersemangat apabila berbicara tentang cuti sekolah.

"Cuti ni saya lepak rumah awak." Kata Aniq dengan penuh rasa gembira.

"Errr... Papa hantar saya balik kampung mama. Tapi... Awak nak ikut? Saya bosan duduk seorang. Lagipun, saya tak biasa sangat dengan saudara-mara dekat sana. Kalau ada awak..." Ujar Dhiya yang kelihatan malu-malu kucing sambil memintal hujung tudung sekolah berwarna kuning.

Aniq pula sudah tongkat dagu melihat ke arah Dhiya. "Saya boleh je. Sebab saya sentiasa ada untuk awak." Dia angkat kening.

Wajah Dhiya berona merah kerana berasa malu terhadap gurauan Aniq. "Nanti saya tanya papa."

"Untunglah. Ada kekasih." Syah memerli.

Mereka melihat ke arah Syah dan bertanya serentak. "Cemburu?"

"Tak."  Syah kembali menempatkan kepalanya di atas meja. Dia bersikap malas dan asyik menguap.

"Pakcik Syam macam mana sekarang?" Soal Dhiya kepada Syah.

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now