BAB 27

148 15 8
                                    

[IMBAS KEMBALI]

Jamil bersandar pada dinding banguanan yang terletak di dalam kampus. Dia baru sahaja selesai dibelasah oleh tiga orang samseng kampus di negara Barat ini. Jamil sering sahaja dibuli sejak dia masuk ke kampus ini sebagai orang asia. Dia juga mengalami masalah kewangan kerana mereka sering sahaja mengambil wangnya.

Pada masa yang sama, seseorang sedang memerhati Jamil dari jauh. Dia ialah pelajar sekelas dengan Jamil. Namun, mereka tidak pernah bertegur sapa walaupun sama-sama berasal dari Malaysia.

"Jack, do you agree?" Soal rakannya yang berada di hadapannya. Lelaki itu berambut hitam dan bermata coklat terang dengan berpakaian hipster.

"Ah, yes." Jawab Jack.

"Where did you look?"Rakannya itu melihat ke arah sebuah bangunan yang dilihat oleh Jack.

"Oh. Jamil. He is always like that. They won't beat you, if you don't get involved with him." Pesan rakannya itu.

"Okay. Don't worry. I understand."

*

Tiga orang samseng kampus mengepung Jack di belakang sebuah bangunan. Pada hari ini mereka tidak bertemu dengan Jamil kerana Jamil bersembunyi daripada mereka. Maka, target mereka pada kali ini ialah Jack yang merupakan salah seorang daripada orang asia.

"Give me your money."

"Sorry, bro. I need my money. I can't give it to you."

"Oh, yeah? So, ready to be beaten." Kata lelaki pertama yang memberi arahan tersebut.

Jamil tiba-tiba sahaja muncul di antara Jack dan tiga orang samseng kampus ketika lelaki itu mahu menumbuk Jack. Perut Jamil telah ditumbuk tanpa sengaja kerana serangan tersebut tidak dapat dihentikan oleh orang itu. Jamil terbatuk-batuk sambil memegang perutnya. Jack pula terkejut melihat aksi berani Jamil.

"You only need me. Don't do it to him. I will call the police if you do it." Kata Jamil dengan yakin. Dia mendepakan tangannya untuk menghalang mereka daripada menyerang Jack.

Mereka ketawa. "So, give me your money." Kata rakan lelaki tersebut.

"Okay." Kata Jamil.

Jack menarik tangan kanan Jamil untuk menjauhi mereka. "Kau tak payah bagi duit dekat deorang. Aku boleh selesaikan masalah ni sendiri." Tangan Jamil dilepaskan.

"I will beat you, if you bully him again." Tegas Jack dengan wajah yang serius.

Mereka bertiga meletup-letupkan jari-jemari mereka sebelum menyerang Jack secara serentak. Jack berlawan dengan mereka dengan penuh keyakinan. Jamil pula hanya menjadi pemerhati kejadian tersebut.

*

Sejak kejadian tersebut, tiada lagi samseng kampus yang berani membuli Jamil. Jack juga sering sahaja berada di sisi Jamil untuk melindungi Jamil. Semakin lama, semakin rapat persahabatan antara mereka berdua.

"Aku cadangkan, kau kerja dengan aku." Kata Jack kepada Jamil.

"Kerja apa?"

"Ganti aku jadi ketua Black Rose."

"Eh?" Dia terkejut terhadap hal tersebut. Jamil juga sebahagian daripada Black Rose sejak dia berkenalan rapat dengan Jack.

"Masa dekat Malaysia nanti, aku kena capai cita-cita aku sepenuh masa. Jadi, siapa nak jaga Black Rose? Lagi pun, ahli dekat sana ramai. Dekat sini tak ramai pun ada dalam tiga empat orang je. JayJay dengan geng dia je."

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now