Dua hari selepas itu, Awang telah kembali ke alam bunian selepas dia berjaya berjumpa semula dengan laluan yang dia keluar sebelum ini. Syah juga berada di situ untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Awang. Awang mengajak Syah untuk pergi ke alamnya bersama-sama denganya. Tetapi Syah menolak dengan baik. Awang menghormati keputusan Syah.
Syah berjalan ke arah seorang ustaz selepas selesai mengucapkan selamat tinggal kepada rakan barunya itu. "Ustaz Khalil. Dah selesai." Kata Syah kepada ustaz yang berdiri tidak jauh dari situ. Ustaz itu turut membantu Awang mencari laluan kembali ke alam sana.
"Jom. Waktu rehat dah nak habis. Lepas makan nanti, jumpa saya dekat bilik Ruqyah. Ustaz ada hal nak bincang." Kata Ustaz Khalil sebelum dia berjalan keluar dari kawasan hutan berhampiran kawasan bangunan lama di belakang sekolah menengah itu.
"Ada job baru ke?" Soal Syah dengan perasaan teruja. Dia mengekori ustaz itu keluar dari kawasan hutan tersebut.
"Ya. Petang ni, kita bertolak ke sana. Ustazah Hamiza dengan Kesuma pun ikut sekali." Beritahunya kepada Syah.
"Eh? Kesuma ikut? Kenapa ajak dia? Kasihan hantu-hantu kena maki nanti. Dah la hantu dengan babi pun dia tak kenal." Bebel Syah.
Ustaz Khalil ketawa kecil sebelum berkata. "Seganlah ustazah kalau dia tak bawa peneman."
Syah berlari ke hadapan Ustaz Khalil. "Ala~ Ustaz kahwinlah dengan ustazah. Adalah peneman." Dia angkat kening ke arah ustaz ketika dia berhenti di hadapan ustaz itu.
Ustaz Khalil melihat ke arah lain sambil tutup mulutnya dengan tapak tangan kanannya. "Ustaz... Ustaz tak sesuai dengan Ustazah Hamiza."
"Kata je la ustaz malu. Kalau macam tu... Bagi saya je la." Sakatnya lalu melarikan dirinya ke arah bangunan baru.
"Syah!"
Syah ketawa. "Saya gurau je."
*
Tepat jam 3:00 petang, Syah sedang menunggu Ustaz Khalil di hadapan pondok pengawal di sekolah menengah tersebut.Ketika ini, dia sedang duduk di atas kerusi sambil membaca buku nota Biologi yang ditulisnya sendiri ketika dia berada di dalam perpustakan pada pagi tadi.
"Syah."
Syah melihat ke arah seorang gadis yang berjalan menghampirinya. Gadis itu lengkap memakai baju kurung dan tudung bawal berwarna biru muda. "Kesuma. Cantiknya awak hari ni. Nak mengorat hantu jantan ke?" Syah memerli sambil tersengih-sengih ke arah gadis tersebut.
Kesuma cekak pinggangnya sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Syah. "Jaga sikit mulut awak tu. Saya bukan orang yang macam tu. Hmph!"
Syah menutup buku notanya lalu disimpan ke dalam sebuah beg sandang yang dibawa bersama-samanya tadi. "Awak jangan risau. Kalau ada hantu kacau awak. Saya akan bunuh dia." Ujarnya dengan yakin.
"Hmph! Jangan cakap besarlah. Apa-apa jadi nanti, baru awak menyesal."
"Ya la, Kesuma oi. Lama lagi ke kita kena tunggu dekat sini?" Syah menukar topik.
"Entahlah. Ustazah pergi cari ustaz kejap. Ustaz ada hal dengan pengetua tadi."
"Oooo... Kesuma. Saya ada satu soalan."
"Soalan apa?"
"Kenapa awak join Kelab Ruqyah?"
"Sebab saya berminat. Tu je."
"Tu je?"
"Awak pula?"
"Ummm.... Sebab deorang selalu menyemak depan mata saya." Jawabnya lalu dia tersengih-sengih.
"Dia ni kan... Aku tak tahu macam mana nak jelaskan. Perangai dia dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Dia tak ada perasaan takut ke?" Fikir gadis tersebut sambil melihat wajah ceria Syah.
*
Syah terlena di dalam kereta selepas selesai menjalankan tugasnya sebagai ahli Ruqyah di sebuah sekolah menengah yang terletak tidak jauh daripada sekolahnya. Kesuma dan Ustazah Hamiza pula berada di tempat duduk penumpang belakang. Mereka sedang berbual-bual tentang subjek Pendidikan Islam. Ustaz pula sedang memandu keretanya. Kadang-kala dia juga berbual-bual dengan mereka.
"Pergi! Jangan ganggu aku! Jangan ganggu keluarga aku! Tak guna! Aku akan bunuh kau! Aku tak akan benarkan kau bunuh papa aku. Syaitan!"
Mereka terkejut apabila mendengar Syah tiba-tiba sahaja menjerit dalam igauan. Ustaz Khalil memberhentikan keretanya di tepi jalan dan cuba menyedarkan Syah dengan menggongcang-gongcang bahu kanan Syah.
Syah terjaga daripada tidur dan tercungap-cungap mengambil nafas. Dia melihat ke hadapan sebelum dia memegang kepalanya menggunakan kedua-dua tapak tangannya. Dia menjerit untuk melepaskan marahannya.
"Syah. Okay tak ni?" Tanya Ustaz Khalil yang kerisauan.
"Saya okay." Katanya selepas bertenang.
"Syah. Awak kenapa? Kena rasuk ke?" Soal Kesuma yang berada di belakang Syah.
Syah ketawa kecil. "Tak adalah. Mimpi je."
"Terkejut kami." Kata ustazah.
"Sorry."
*
"Syah. Dari mana? Lambat balik." Soal seorang bapa kepada anaknya sebaik sahaja Syah masuk ke dalam rumah itu. Dia sedang membaca manuskrip yang baru sahaja diterima olehnya daripada seorang penulis baru.
"Dari aktiviti kelab Ruqyah. Pergi sekolah lain tadi." Jawabnya sambil berjalan ke arah ruang tamu.
"Dengan Ustaz Khalil?" Teka bapanya.
Syah berdiri di sebelah kanan bapanya lalu meletakkan beg sandang di atas sofa. "Ha'ah. Ustazah Hamiza dengan Kesuma pun ikut sekali."
"Pergilah mandi dulu. Erzen dah masakan omelette untuk Syah dekat dapur. Papa dah makan tadi. Mama tak balik malam ni Jaga Pakcik Rahim demam."
"Patutlah tak nampak pakcik dekat sekolah tadi. Umm... Papa."
"Kenapa?" Soalnya sambil melihat manuskrip di atas meja bertentangan dengannya.
"Musuh-musuh papa cari papa lagi ke?"
"Ha'ah. Sebab tu Erzen datang sini tadi." Jawabnya lalu bersandar pada sofa. "Kenapa Syah tanya?"
"Tadi Syah mimpi. Papa kena tembak." Kata Syah yang kelihatan sedih.
Syam melihat ke arah Syah yang sudah menangis. "Jangan risau. Papa okay je. Syah pun kena hati-hati dengan kerja Syah tu. Papa tak apa. Lawan dengan manusia yang wujud depan mata semua orang. Syah tu pula lawan dengan benda tak jarang semua orang nampak."
"Sebab... Sebab Syah nak jaga papa dan family kita juga. Jaga daripada benda yang papa tak nampak. Syah tak nak kes santau masa dulu jadi lagi dekat papa. Sebab tu Syah join Ustaz Khalil."
Syam senyum melihat anak tunggalnya itu. "Terima kasih, Syah. Papa pun akan berusaha untuk jaga family kita."
Syah mengelap air mata pada kedua-dua pipinya menggunakan hujung lengan bajunya. "Syah pergi mandi dulu la. Papa buatlah kerja tu."
"Okay."
*
Syah melihat ke arah sebuah kotak berwarna hitam dengan bercorak emas selepas dia selesai makan beberapa minit yang lalu. Syah masih dalam dilema untuk membuka kotak itu atau pun tidak. Kotak itu berada di atas meja bacaan di dalam biliknya.
"Ada apa dekat dalam ni sebenarnya? Kenapa aku tak boleh tengok menembusi kotak ni? Nak mintak tolong Papa Aron atau tak? Tapi Papa Aron tu bising. Tak pasal-pasal kena soal siasat pula nanti. Macam mana ni?"
Dia bersandar pada kerusi dan melihat ke arah siling biliknya yang berwarna putih itu. "Atau aku patut dengar cakap Aniq?"
Dia diam seketika sebelum menggaru kepalanya. "Biar je la. Yang penting aku kena cari orang tu. Benda ni mesti berharga."
YOU ARE READING
A.K.U : EAX0011
Misterio / SuspensoA.K.U : EAX0011 mengisahkan sejenis dadah terkini yang dicipta oleh Prof. Helmi Owen. Dirinya dikenali sebagai Joker. EAX0011 merupakan Extra Addictive - X ciptaan ke-11. Fungsi EAX0011 ialah untuk menguatkan fizikal tetapi kewarasan akan hilang. Te...