Bunyi tembakan di dalam hutan ini kedengaran jelas. Di dalam hutan ini terdapat tiga orang lelaki berseragam hitam sedang mengejar seorang lelaki sambil menembaknya. Lelaki itu juga bersenjata dan sempat membalas tembakan sebelum dia terjatuh ke dalam gaung kerana tidak perasan.
"Hello, bos. Musuh dah lari jauh. Kami tak dapat kejar sebab guang tu terlalu dalam." Kata seorang lelaki menerusi alat penghubung pada telinga kirinya. Dia melihat ke arah mangsanya yang melarikan diri selepas selamat mendarat.
"Tak apa. Aku ada dekat bawah ni." Kata bosnya.
"Okay, bos."
Seorang lelaki sedang bersiap sedia menarik breech block SIGP250 di sebalik batang pokok. Kemudian, dia berlari mencari mangsanya di dalam hutan tersebut. Tiba-tib, satu das tembakan dilepaskan ke arahnya. Dia sempat mengelak mengenai batang pokok. Mangsa yang dicarinya itu sedang berdiri di hadapannya.
"Dekat mana kotak tu?" Soal lelaki tu kepada mangsanya. Masing-masing mengacukan pistol ke hadapan.
"Kotak? Heh. Aku tak tahu. Lagi pun, kotak tu belum sampai pada bos aku." Jawabnya.
"Jangan tipu. Semua geng kau yang aku dah bunuh, tak ada kotak tu. Mesti ada pada bos kau." Tengkingnya kepada mangsanya itu.
"Jadi, kau la yang dah bunuh mereka. Apa yang penting sangat kotak tu?"
Lelaki itu diam. Tembakan dilepaskan. "Kalau kau tak tahu. Lebih baik kau mati."
Tembakan tersebut tersasar pada kiri bahu kiri kerana dia mengelak. Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri ke arah semak. Musuhnya pula sedang melepaskan tembakan ketika mengejarnya.
Kelibat mangsanya hilang tanpa dapat dikesan olehnya. Dia mencari mangsanya itu sekeliling hutan ini tetapi tidak dijumpai. Batang pokok ditumbuk olehnya kerana geram. "Terlepas."
Bunyi rumput panjang yang bergesel dengan sesuatu kedengaran. Dia terus pusing ke arah belakang sambil mengacukan pistol pada tangan kanannya. Di hadapannya kini berdiri seorang lelaki yang memakai hud hitam di atas kepala.
"Spade. Apa kau buat dekat sini?" Soal lelaki itu seraya menurunkan pistolnya ke sisi.
"Bos suruh aku tolong kau."
"Oh. Kalau macam tu. Jom, ikut aku cari tikus tak guna tu. Aku tak akan biarkan dia keluar dari hutan ni." Dia berjalan mendahului Spade.
"Aku pun tak akan biarkan tikus tak guna tu keluar dari hutan ni." Pistol dikeluarkan dari belakang jaket hitam. Pistol itu lengkap dengan alat penyerap bunyi.
Satu tembakan dilepaskan ke arah seseorang yang berada di hadapan Spade. Orang itu rebah ke tanah setelah kepalanya ditembak. Kemudian, dia berjalan menghampiri mangsa tembakannya itu sambil menyimpan pistolnya kembali.
"Tugas kau sampai di sini, Crystal."
*
Kesuma membuka pintu rumahnya apabila dia mendengar seseorang mengetuk pintu rumah tersebut. Di hadapan pintu rumah tersebut berdirinya seorang lelaki berjaket hitam. Lelaki itu masuk ke dalam rumah Kesuma. Kesuma pula tutup pintu.
"Lambatnya Abang Khairi balik kerja. Abang pergi mana?" Soal Kesuma kepada abangnya yang berjalan ke arah ruang tamu.
Sebuah beg kertas diletakkan di atas meja ruang tamu. "Abang pergi shopping. Tadi abang tengok ada orang jual tudung murah. Abang beli lima helai untuk Kesuma. Abang tak tahu mana satu yang sesuai dengan Kesuma. Jadi, abang beli lain-lain jenis. Kesuma tengoklah sendiri."
Kesuma berjalan ke arah Khairi. Beg kertas dibuka dan beberapa helai tudung dikeluarkan. "Wahhh. Cantiknya. Terima kasih, abang."
Khairi duduk di atas sofa. "Abang Jamil dah balik ke?"
YOU ARE READING
A.K.U : EAX0011
Mystery / ThrillerA.K.U : EAX0011 mengisahkan sejenis dadah terkini yang dicipta oleh Prof. Helmi Owen. Dirinya dikenali sebagai Joker. EAX0011 merupakan Extra Addictive - X ciptaan ke-11. Fungsi EAX0011 ialah untuk menguatkan fizikal tetapi kewarasan akan hilang. Te...