BAB 8

184 22 0
                                    

Telefon pintar jenama Asus diletakkan di atas bantal selepas menamatkan panggilan daripada pekerja bawahannya. Dia mengeluh dan bersandar pada dinding katil. Matanya dipejamkan seketika.

"Dekat mana pula kotak tu? Haih. Khairi tak boleh tonjol diri untuk cari kotak tu. Kalau dia terlibat. Mesti cepat kantoi. Lagipun, setakat ni dah lima orang ahli Black Rose dibunuh."

Pintu bilik diketuk dan dimasuk oleh seseorang. "Sorry sebab ganggu, Tuan Fazrin." Jejaka berusia 25 itu berjalan menghampiri lelaki yang berada di atas katil bersama-sama dengan sebuah fail berwarna hitam.

Fail tersebut diserahkan kepada Fazrin. "Ini laporan daripada Kapten Khairi."

Fazrin menerima fail tersebut. "Dia ada call?"

"Tak. Dia hanya send mesej dan email je." Beritahu pembantu peribadinya.

Fail dibuka dan laporan dibaca. "Arsyad. Ada apa-apa info lain daripada ahli-ahli CROW?"

"Ada, Tuan Fazrin. Robbert beritahu tentang kemasukan ahli baru dalam Black Rose. Joker upah GUARD untuk jaga keselamatan dia atas nama sebenar sebagai pemilik syarikat penyelidikan perubatan."

"Archemy Corp." Kata Fazrin sebelum menutup fail tersebut.

"Macam mana pula dengan pasukan EAGLE di Jepun?" Soal Fazrin kepada Arsyad.

"Tuan Rudy kata, mereka akan kembali ke Malaysia. Misi di sana dah selesai. Tapi Kapten Nameless direhatkan buat sementara waktu sebab dia cedera. Tuan Fazrin perlukan EAGLE untuk bantu CROW ke?"

"Kalau ikutkan hati, ya. Tapi Nameless direhatkan. So, terpaksa batalkan niat tu." Keluhnya lalu meletakkan fail tersebut di atas katil.

"Macam mana pula dengan syarikat IMPIAN?"

"Semuanya berjalan dengan lancar. Tiga projek dalam proses pembinaan lepas dapat persetujuan idea-idea arkitek kita. Sekarang ni masih ada satu projek yang belum dapat kontraktor. En. Qayum bercadang untuk hantar idea projek Mesra Bajet kepada syarikat AGENDA. Apa pendapat Tuan Fazrin?" Lapornya selaku pembantu CEO IMPIAN di syarikat tersebut.

"AGENDA? Hmmm... Bagus juga idea tu. Dah lama tak jumpa kawan lama."

"Kawan lama? Tuan Badri ke?"

"Ya. Kau kenal?"

"Ya. Tuan Badri dah jadi CEO AGENDA sejak berusia 18 tahun sehingga kini. Tambahan pula, bapanya banyak berurusan di luar negara. Cawangan baru AGENDA ada di UK dan Itali. Dengar khabar, akan buka cawangan di Jepun pula." Jelasnya kepada Fazrin.

Fazrin ketawa kecil. "Boleh tahan pakcik aku seorang ni. IMPIAN baru ada satu cawangan di Rusia. Tapi tak sangka, Bray jadi CEO dalam usia muda. Agaknya, dia masih baran macam dulu atau dah berubah?"

"Menurut pembantu Tuan Badri. Tuan Badri dah pecat beberapa orang pekerja yang cuba curi data syarikat, penyelewengan wang syarikat, tindakan tidak bertanggungjawab di tapak projek dan kerahsiaan pengambilan pendatang asing tanpa izin untuk tugasan buruh. Tuan Badri buat pemantauan ketat demi nama baik AGENDA. Katanya, orang yang tidak bertanggungjawab, tak diperlukan dalam AGENDA. Tambahan pula, Tuan Badri jarang marah. Kalau Tuan Badri marah, satu AGENDA terasa seram sejuk untuk tegurnya."

Fazrin ketawa. "He is my little brother. Walaupun hanya sepupu tapi he always look like me. Rasa tak sabar-sabar nak jumpa dia."

"Satu lagi perkara. Tuan Badri dah ada anak. Namanya, Siti Nur Dhiya. Umur 15 tahun. Selalu dapat nombor satu dalam tingkatan."

Fazrin silangkan kedua-dua lengannya pada dada. "Aku tak suruh pun kau siasat anak dia."

"Err... Bukan saya siasat. Pembantu Tuan Badri yang beritahu."

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now