BAB 36

169 15 6
                                    

Jamil menonton televisyen sambil duduk di atas katil wad selepas dia menerima pemeriksaan kesihatan mental beberapa minit yang lalu. Jamil masih ditempatkan di dalam wad tersebut kerana wad mental masih tidak sesuai untuknya dalam keadaannya yang sedemikian. Fizikalnya juga memerlukan rawatan.

Pintu bilik dibuka seraya salam diberi. Jamil melihat ke arah suara tersebut. Dia tergamam melihat wajah seseorang yang sangat dikenalinya itu.

"Kesuma? Kesuma hidup lagi?" Air matanya mengalir membasahi pipinya.

Kesuma menghampiri Jamil. "Abang Jamil." Air matanya turut mengalir. Dia memeluk Jamil.

"Syukur Abang Jamil selamat." Kata Kesuma dalam tangisannya.

Jamil memeluk adiknya. "Kesuma hidup lagi. Kesuma hidup lagi. Maafkan abang." Dia berasa gembira kerana adiknya masih hidup.

"Ya. Kesuma hidup lagi. Pakcik Badri jaga Kesuma. Tak ada sesiapa yang boleh cederakan Kesuma. Abang Jamil jangan risau." Pelukan dilepaskan. Air mata dikesat pada hujung lengan kanan bajunya.

"Abang tak sempat minta maaf dengan Abang Khairi. Abang menyesal sangat. Kalau la Abang Khairi masih hidup..."

Kesuma cubit pipi kanan Jamil. "Apa abang merepek ni? Abang Khairi hidup lagi la. Kalau Abang Khairi dah meninggal. Kesuma dah tak datang sini jumpa Abang Jamil sebab Abang Jamil... Ummm..." Kesuma tiba-tiba sahaja menundukkan pandangannya ke arah tangan kanan Jamil.

Jamil turut melihat ke arah tangan kanan yang kudung itu. "Abang tahu. Memang salah abang. Tapi ini demi keluarga kita. Kalau abang tak ikut. Joker akan bunuh Abang Khairi dan Kesuma. Tapi sekarang abang baru tahu. Dia dah tipu abang. Dia kata dia dah bunuh Abang Khairi dan Kesuma. Dia tipu abang sebab dia nak pergunakan abang sebagai subjek ujian hasil eksperimen dia. Abang memang bodoh. Abang lemah. Abang takut. Abang tak nak kehilangan sesiapa lagi. Abang sayang keluarga kita. Abang tak nak Abang Khairi halau abang dari keluarga kita. Abang tak nak hubungan keluarga kita terputus. Abang dah tak ada sesiapa selain Kesuma dan Abang Khairi. Abang tak nak percayakan sesiapa lagi. Ada Kesuma dan Abang Khairi dah cukup untuk abang." Jamil menangis teresak-esak tatkala mengenangkan kekesalannya.

Kesuma memeluk Jamil dengan erat. "Kesuma maafkan Abang Jamil. Nanti Abang Jamil pergilah lawat Abang Khairi dan minta maaf. Abang Khairi dah lama tunggu Abang Jamil. Kesuma selalu tengok Abang Khairi telefon kawan-kawan dia dan beri arahan untuk cari Abang Jamil. Walhal, abang patut berehat. Tapi abang kata nyawa Abang Jamil lagi penting sebab itu tanggungjawabnya. En. Fazrin juga selalu melawat Abang Khairi. Kadang-kadang ada kawan-kawan abang datang melawat." Beritahu Kesuma kepada Jamil.

"Abang nak jumpa Abang Khairi. Abang nak minta maaf sebab..." Dia tidak mampu menghabiskan kata-katanya kerana terlalu sebak di dada.

"Bila-bila pun Abang Jamil boleh jumpa. Wad Abang Khairi dekat sebelah ni je. En. Fazrin sendiri yang pilih wad ni untuk Abang Jamil." Dia melepaskan pelukan dan mengesat air mata Jamil menggunakan hujung lengan baju tangan kanan.

"Kenapa En. Fazrin baik sangat? Dia nak apa dengan Abang Khairi?" Jamil mencurigainya kerana pengalaman yang pernah dilalunya terhadap kebaikan Joker kepadanya sebelum ini.

"En. Fazrin tu bos Abang Khairi. Lagi pun, abang cedera sebab misi. Jadi, dia tanggunglah semua kos rawatan. Kos rawatan Abang Jamil pula guna duit gaji Abang Khairi. En. Fazrin dah tolong bayarkan semua." Jelas Kesuma supaya Jamil tidak lagi berasa curiga terhadap Fazrin.

Fazrin menundukkan pandangannya ke arah tapak tangan kirinya. "Lepas ni, abang kena serah diri kepada polis sebab kesalahan abang buat sebelum ni. Mungkin abang akan mati."

"Tak. Abang Khairi kata Abang Jamil tak akan mati kalau Abang Jamil jujur sebab WSA akan tolong abang. Abang perlu jujur. Biar WSA yang serahkan bahan bukti. Pasukan Abang Khairi akan tolong Abang Jamil. Undang-undang perlu dilaksanakan dengan adil. Abang Khairi suruh Abang Jamil beritahu hal dadah-dadah yang pernah orang jahat tu cipta. Contoh macam EAX... lupa pula..."

A.K.U : EAX0011Where stories live. Discover now