Sebotol Dalmore diletakkan di atas meja selepas dituangkan ke dalam gelas kecil. Minuman tersebut diminum dengan sekali teguk lalu orang itu bersandar pada kerusi. Gelas tersebut dibelek-belek sebelum dia mencapai botol Dalmore dan menuang minuman itu ke dalam gelas tadi.
"Jack. Macam mana dengan kotak tu sekarang? Dah jumpa ke?" Soal seorang lelaki yang berada di atas katil. Dia sedang merokok tanpa pakaian dan hanya berselimut dari paras pinggangnya.
"Belum jumpa lagi. Aku dah hantar ramai orang-orang aku untuk cari kotak tu. Crystal dah bunuh dua orang spy tu. Tapi kotak tu tak ada pada mereka." Jawabnya selepas meneguk minuman tersebut.
Puntung rokok ditenyeh pada bekas habuk rokok yang berada di atas meja di sebelah kanan katil. Lelaki itu berdiri dari katil lalu menutup tubuhnya dengan menggunakan selimut. Dia berjalan ke arah seorang lelaki yang berada di sebuah meja yang terletak tidak jauh dari situ. Lelaki yang memakai robe itu sedang minum arak sendirian di situ.
Dia duduk di atas kerusi yang terletak bertentangan dengan Jack. Jack menuangkan Dalmore ke dalam gelas tadi dan memberikan gelas tersebut kepada lelaki tersebut. "Joker. Esok aku dah mula bekerja dekat sekolah menengah. So, aku mungkin tak ada masa untuk layan kau."
"Tahniah sebab cita-cita kau tercapai." Ucapnya sebelum minum Dalmore.
"Thanks. Tapi aku tak sangka, aku diterima mengajar dekat sekolah lama aku. Mesti dah banyak benda yang berubah." Katanya lalu menuangkan Dalmore ke dalam gelas tersebut.
"Abang kau tak tahu pasal kau, kan? Maksud aku... Pasal kita dan pasal DRAGON." Kata Joker.
"Tak. Matilah aku kalau abang aku tahu pasal kita. Tak pasal-pasal kena ceramah. Lepas tu kena halau." Katanya lalu ketawa kecil.
"Betul juga. Tapi abang kau tu macam mana orangnya?"
"Kenapa kau tanya?"
"Saja nak tahu. Kau cemburu ke?" Perli Joker kepada Jack.
Jack meneguk minuman di dalam botol yang berada pada tangannya lalu berkata. "Ya. Sebab aku risau, kau lari dekat dia pula nanti."
Joker ketawa.
*
Syah duduk di atas sebuah kerusi yang terletak di dalam sebuah kelas. Kelas itu berada di dalam bangunan lama. Dia sering sahaja datang ke sini pada waktu rehat dan kelas Biologi jika dia tidak meluangkan masanya di perpustakaan.
"Loceng dah bunyi. Masuk kelas la. Lepas ni subjek Pendidikan Islam." Syah berdiri dari kerusi lalu mencapai buku teks Biologi di atas meja tersebut. Dia mengatur langkah menuju ke arah pintu kelas itu.
Kepala Syah tiba-tiba sahaja berasa sakit sebaik sahaja dia keluar dari kelas tersebut. Dia tersandar pada dinding pintu sambil memegang sisi kiri kepalanya. Ketika itu, dia dapat mendengar pelbagai suara dalam mindanya. Jeritan, tangisan, perbualan dan kemarahan. Syah cuba bertahan dan terus melarikan diri dari bangunan tersebut.
Sementara itu, Ustaz Khalil pula sedang berjalan menuju ke arah kelas tingkatan lima Amanah. Dia melihat sekilas ke arah laluan perpustakaan ketika dia dalam perjalanan ke kelas tersebut. Kemudian, dia berhenti dan melihat ke arah laluan perpustakaan itu sekali lagi. Syah sedang berlari menuju ke arahnya.
"Syah." Ustaz Khalil berlari ke arah Syah. Bahu kedua-dua bahu Syah dipegang ketika Syah berada di hadapannya.
Syah melihat ke arah Ustaz Khalil. Air matanya mengalir membasahi pipinya. "Ustaz."
"Syah. Kenapa ni?"
"Kepala saya sakit lagi. Saya nampak..." Pandangannya tiba-tiba sahaja kabur lalu dia pengsan. Buku pada tangan kanannya juga terlepas ke lantai.
YOU ARE READING
A.K.U : EAX0011
Mystery / ThrillerA.K.U : EAX0011 mengisahkan sejenis dadah terkini yang dicipta oleh Prof. Helmi Owen. Dirinya dikenali sebagai Joker. EAX0011 merupakan Extra Addictive - X ciptaan ke-11. Fungsi EAX0011 ialah untuk menguatkan fizikal tetapi kewarasan akan hilang. Te...