Dua orang jejaka pewaris syarikat besar di Malaysia sedang bertemu di dalam sebuah bilik mesyuarat milik AGENDA. Mereka baru sahaja selesai mesyuarat bersama-sama dengan En. Qayum dan ketua projek, En. Haikal. Persetujuan telah diperoleh selepas perubahan tapak projek yang dicadangkan oleh syarikat AGENDA kepada syarikat IMPIAN. Ketika ini, hanya dua orang CEO syarikat sahaja yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut selepas para pekerja mereka keluar dari situ.
"Tiga hari lepas. Aku dah tangkap pembelot dalam pasukan bodyguard aku. Kalau kawan-kawan aku tak halang aku. Pembelot tu dah arwah. Beritahu aku. Macam mana kau tahu pasal pembelotan dalam pasukan bodyguard aku?" Bray memulakan perbicaraan mereka.
Fazrin menyilangkan kakinya dan bersandar sebelum menjawab soalan tersebut. "Aku hanya beri peringatan. Tak sangka, betul-betul berlaku. Masin juga mulut aku, rupanya." Dia ketawa kecil.
Bray melihat ke arah Fazrin dengan pandangan yang serius. "Bukan kau yang upah mereka untuk culik anak aku?"
Fazrin berhenti ketawa. Kedua-dua lengan disilangkan pada dadanya. "Kau fikir, itu kerja aku?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Aku tak yakin. Tapi kalau kau ganggu keluarga aku. Aku sendiri akan berhadapan dengan kau." Bray memberi amaran tegas.
"Kau pula. Macam mana kau tahu tentang masalah IMPIAN? Siapa yang bunuh mereka? Berkumpulan atau individu? Kenapa..."
Bray tepuk meja. Fazrin terkejut dan terdiam. Bray bangun dari kerusi dan berjalan ke arah tingkap bilik mesyuarat tersebut.
"Aku masih belum jumpa mereka. Segala petunjuk dan bukti dihapuskan. Rumah mangsa juga dibakar semalam. Lebih baik kau siasat sendiri idea-idea arkitek kau termasuk tapak lokasi mereka. Bukan itu je. Latar belakang para pekerja IMPIAN juga. Kau boleh uruskan sendiri sebab kau CEO IMPIAN. Aku tak boleh masuk dalam IMPIAN walaupun kita sepupu. AGENDA ni pun dah cukup berat untuk aku jaga sehingga melibatkan keselamatan keluarga aku. Kau tak akan faham perkara yang aku lalui selama ini sebab kau belajar dekat luar negara. Setakat aku kena culik. Perkara biasa. Tapi kalau libatkan anak dan isteri aku... Aku tak akan lepaskan walau seorang pun. Tapi mustahil untuk aku bunuh musuh walaupun seorang sebab dia mesti tak nak aku kotorkan tangan. Dia pun mesti tak nak lepaskan peluang keseronokan depan mata." Katanya sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap tersebut.
"Dia? Siapa dia? Kau mesti ada simpan pembunuh upahan, kan?" Fazrin sengaja memerli. Dia tersengih-sengih.
Bray bersandar pada dinding dan menghadap ke arah Fazrin. "Dia sahabat aku. Seorang sahabat yang hidup dalam ketakutan sejak kami diculik masa sekolah rendah dulu. Disebabkan dia, aku dan kawan aku masih hidup sampai sekarang. Disebabkan dia juga, misi kitaorang berjalan lancar. Dia nampak biasa saja tapi hidup dia penuh dengan penderitaan dan darah. Dia bukan pembunuh upahan. Dia hidup untuk lindungi diri dan keluarga dia. Kalau kau berani cari masalah dengan dia, bermakna kau berani tempah kain kapan, van jenazah dan liang lahad. Aku akan sediakan untuk kau." Ujar Bray dengan serius.
"Wow. Dia pun mesti orang GUARD juga, kan?" Fazrin angkat kening ke arah Bray.
"Ya. Dia ahli penting dalam pasukan aku. Laws and punishment, Mr. Laws."
Silangan kedua-dua lengannya dileraikan. "Menarik. Tapi kau kena ingat. Tak mustahil ahli GUARD tak berlawan dengan ahli GUARD sendiri." Ujarnya dengan yakin.
"Ya. Kitaorang dah lama tahu pasal tu. Sebab tu GUARD ada pasukan baru. Pasukan yang hanya dianggotai oleh tiga orang ahli atasan. Ahli-ahli bawahan pula dipilih atas kelayakan selepas melepasi beberapa ujian daripada Mr. Fighter. Kemungkinan juga akan ada ahli muda yang join pasukan aku sebagai Mr. Sniper atas budi bicara Mr. Fighter. Lagipun, ahli lembaga atasan GUARD dah setuju untuk bina pasukan kecil bagi pemantauan ahli GUARD yang bebas bekerja tanpa mengira status pelanggan. Macam mana pula dengan Wing Spy Agency? EAGLE dan CROW masih bernaung dibawah satu Master dan berpecah kepada dua kumpulan yang diwakili dengan dua ketua, Kapten Utama. Setiap kumpulan ada ketua bawahan, Kapten. Setiap kapten ada orang bawahan dengan bilangan pasukan tersendiri. Setiap satu pasukan ada enam orang. Antara enam orang, ada lagi ketua yang bergelar Sub Kapten. Gelaran nama pasukan ikut nombor seperti A-CROW01. Tapi dekat Malaysia ni. Aku rasa EAGLE je yang menonjol. Sebab Kapten mereka, Nameless. Seorang pesakit DID sama macam best friend aku. Hidup dalam ketakutan terhadap diri sendiri. Kalau dekat luar negara. CROW yang menonjol sebab Kapten Zen, adik kepada ahli saintis terkenal dalam Wing Spy Agency di Jepun, Dr. Endy. Zen digelar sebagai, White Rose. Wing Spy Agency biasa bekerjasama dengan pihak polis dan penyiasat persendirian, kan? Di Malaysia ni, kau mesti pilih Justice - Personal Detective Agency (JPDA) selain daripada pihak polis. Betul, tak? Tambahan pula, WSA tak ambil job macam GUARD." Kata Bray dengan penuh keyakinan.
YOU ARE READING
A.K.U : EAX0011
Mystery / ThrillerA.K.U : EAX0011 mengisahkan sejenis dadah terkini yang dicipta oleh Prof. Helmi Owen. Dirinya dikenali sebagai Joker. EAX0011 merupakan Extra Addictive - X ciptaan ke-11. Fungsi EAX0011 ialah untuk menguatkan fizikal tetapi kewarasan akan hilang. Te...