Sepang International Circuit gamat dengan para pengunjung yang turut hadir bagi menyaksikan perlumbaan antara pemandu kereta yang terkenal di Malaysia. Suara sorakan mula kedengaran apabila kereta-kereta lumba mula mengambil tempat di litar perlumbaan. Bunyi deruman enjin kedengaran menandakan para pemandu sudah bersedia.
Daniela tenang sahaja walaupun dia bakal berlawan dengan pemandu kereta yang masing-masingnya terkenal dengan kelincahan mengawal pemanduan dan semestinya mereka ialah lelaki. Fokusnya seratus peratus pada litar perlumbaan sebaik sahaja mereka dilepaskan dari garisan permulaan. Daniela lincah mengawal stereng sambil kakinya menekan pedal minyak. Meter kelajuan keretanya mula menaik.
Dengan mudah, Daniela berada di kedudukan paling hadapan, memintas semua pemandu kereta lelaki yang lain. Daniela menekan brek apabila sebuah kereta milik salah seorang daripada Fixshells Racing mula menghimpit keretanya.
"Shit mamat ni!"
Daniela memperlahankan keretanya, membiarkan kereta milik lelaki itu berada di hadapan. Kau tak kenal Daniela ke gila?
Daniela tidak mengambil masa lama. Dia terus memecut keretanya apabila tiba di lap yang terakhir. Dia sengaja menghimpit kereta lelaki itu menyebabkan bunyi kereta mereka bergeser jelas kedengaran.
Bila melihat kereta milik lelaki itu perlahan, Daniela terus memecut hingga ke garisan penamat. Senyuman sinis terukir di mindanya bila melihat kereta milik lelaki tadi tiba satu minit lambat daripadanya. Daniela keluar dari keretanya. Begitu juga dengan lelaki itu.
"Nice race, Kev." Daniela menepuk bahu jejaka yang bernama Kevin itu. Jejaka yang berdarah Melayu-Cina itu mempunya kulit wajah yang cerah. Kevin merengus.
"Lain kali kau duduk kat rumah je, beb." kata Kevin. Daniela tergelak. Hell no. Just forget it.
"You know me, Kev. Takkan nak lepaskan peluang tambah title champion aku kut." balas Daniela sambil mereka berdua sama melangkah ke arah bilik menunggu. Kereta ditinggalkan bagi diuruskan oleh pengurus masing-masing.
"Daniela! Kevin!"
Daniela dan Kevin serentak berhenti melangkah apabila sekumpulan wartawan mendapatkan mereka. Ah, sudah! Ni yang aku malas ni. Daniela merengus kasar.
"Daniela, it's like you are the champion again. Can you show us your thoughts about today's race?" soal salah seorang daripada wartawan yang hadir. Daniela ukir senyuman palsu namun mampu menggetarkan setiap hati yang melihatnya.
"I'm happy to get the title again. So, just stay tuned for my next race." tutur Daniela ringkas. Matanya dikenyitkan membuatkan orang ramai bersorak histeria. Daniela terus meloloskan diri dari kumpulan wartawan itu, membiarkan Kevin pula disoal.
Daniela melangkah masuk ke dalam waiting room. "Congratulations!" Daniela disambut dengan sorakan daripada Reid's Team. Daniela tersengih apabila dirinya disajikan dengan Chocolate Cake seperti apa yang dipersetujui oleh mereka semalam.
"Are you eating that without even thanking me?" soal seseorang. Daniela berpaling. Matanya terbeliak.
"Abang!" Daniela berlari mendapatkan jejaka itu. Dia terus memeluk jejaka itu dengan erat.
"Hoi! Kau ni dahlah baru habis race, nak peluk-peluk pula." cuma di bibir, namun tangannya sudah membalas pelukan adiknya itu.
"Bila kau balik? Semalam cakap, balik esok?" soal Daniela sambil meleraikan pelukan.
"Janjinya memang balik esok, tapi adik kesayangan aku ni ada race harini, so aku balik awal." kata Darrel. Daniela sengih.
Bagi Daniela, Darrel ialah segala-galanya selepas bondanya meninggal dan ayahnya berkahwin lagi dengan seorang janda anak dua. Dulu dia tinggal bersama dengan ayah dan ibu tirinya serta dua orang kakak tirinya. Namun selepas dirinya tidak dibenarkan menjadi seorang profesional driver, Daniel bergaduh besar dengan ayahnya sehingga dia dihalau. Manakala Darrel, jejaka itu sudah keluar dari ‘neraka buatan' itu sejak dia menghabiskan pengajian di luar negara.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Dia ✔
RomanceGTR ? Ferrari ? Lamborghini ? Audi ? BMW ? McLaren? Porsche ? Hah, semua tentang kereta, boleh beri kepada Daniela Arielya. Daniela Arielya. Gadis yang dikenali sebagai pemandu kereta profesional di Malaysia dan di antarabangsa. Gadis yang berani m...