PROLOG

44.2K 1.3K 25
                                    

"Ayah tak setuju El jadi pelumba!"

Daniela memandang Tengku Haidar. "El ada minta kebenaran ayah ke? Takde kan?" balas Daniela berani. Tidak mungkin dia akan melupakan cita-citanya seperti itu sahaja.

"Ayah tak ajar El jadi biadap macam ni! Sejak bila El biadap macam ni?! Ni mesti pengaruh kawan-kawan El tu kan?!"

Daniela mengetap bibir. "Ayah siapa nak salahkan kawan-kawan El? Kawan-kawan El takde kena-mengena pun dengan sikap El. Yang ada kena-mengena dengan sikap El ni ialah keluarga bodoh ayah tu!"

Pang!

Daniela memegang pipinya yang terasa pijar bila ditampar. Dia memandang Tengku Haidar yang beriak garang. "El tak pernah sangka ayah akan naik tangan dekat El." sayu nadanya saat menuturkan itu. "El kecewa dengan ayah!"

Daniela melangkah ingin keluar namun suara Tengku Haidar menghentikan langkahnya.

"Selangkah El keluar dari rumah ni, ayah haramkan kedua-dua kaki El jejakkan kaki ke rumah ni lagi!"

Daniela memejamkan matanya. Sungguh, tak pernah terfikir olehnya bahawa Tengku Haidar akan bersikap seperti itu. Argh!

"Baik. El pun tak ingin nak jejakkan kaki dalam neraka jahanam ni. Daripada El jadi penghuni rumah ni, lebih baik El keluar. Mungkin ini kot sebab Abang keluar dari rumah ni dulu. Sebab ayah yang halau." Daniela memandang Tengku Haidar. "Tengku Haidar, saya takkan kacau keluarga Tengku lagi. Jangan pernah bahagikan harta Tengku walau satu sen pun dekat saya. Saya tak hadap dengan harta Tengku! Jangan ingat saya akan melutut merayu dekat Tengku lepas saya keluar dari sini! Sampai bila-bila saya takkan buat macam tu!"

Daniela terus melangkah keluar, meninggalkan Tengku Haidar yang jelas terpana dengan kata-katanya. Mungkin tidak menyangka yang Daniela akan bersikap seperti anak sulungnya, Darrel Aaryn.

Daniela melangkah keluar. Kereta pemberian Darren pada sambutan hari lahirnya tahun lalu dibuka dan dihidupkan enjin. IPhone di dalam poketnya diambil dan diletakkan di atas dashboards.

BMW i8 yang bewarna hitam itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah agam yang menjadi tempatnya membesar.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta Untuk Dia ✔Where stories live. Discover now