33

14.9K 773 21
                                    

Julian menelan liur bila melihat pandangan tajam Daniela padanya. Daniela bersandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh. Julian menghirup air yang sudah separuh.

"Siapa bonda aku?"

Tersedak Julian bila mendengar soalan itu. Daniela hanya diam bila melihat jejaka di depannya itu tersedak kuat. Langsung tiada rasa kasihan pada dirinya.

"Kau..kau dah tahu ke?" soal Julian selepas batuk peritnya reda.

"So kau dah tahu lah siapa bonda aku?" soal Daniela tanpa menjawab soalan Julian. "Kenapa kau tak bagitau?" soalnya, masih dengan nada yang baik. Julian menelan liur bila mendengar suara gadis itu bernada seperti itu. Aku lebih rela dia marah aku daripada menyinis macam tu. Serius seram.

"Err.. Aku memang nak bagitau kau. Tapi masa tu kau kan tengah sibuk dengan majlis kau dengan Zayden."

"Tu bukan alasan yang aku nak dengar, Julian." tegas Daniela. "Darrel tak suruh kau bagitau aku kan? Kenapa?" soalnya. Julian menelan liur buat kesekian kalinya. Kalau aku lari sekarang, agaknya hidup tak aku?

"Julian, aku tanya kau ni, kenapa kau tak bagitau aku?!" naik seoktaf suara Daniela. Justin di luar yang sedang membaiki kereta mengerutkan dahinya. Mata Daniela tajam pada Julian.

"Aku upah kau untuk cari maklumat pasal bonda aku tapi bila kau jumpa pasal siapa bonda aku, kenapa kau tak bagitau aku?!" Daniela menepuk meja kerja milik Justin itu. Julian mengetap bibir.

"Darrel yang tak suruh aku bagitau kau sebab kau baru je kahwin. Dia tak nak kalau kau tahu pasal ni, kau akan kecewa apa semua." kata Julian. Daniela mengetap bibir.

"You know what? I don't care. Just tell me who is my mother." tegas Daniela. Julian menghelakan nafasnya. I'm sorry, Darrel.

"Tengku Amanda, Mak Su Zayden."

~

Zayden memandang Daniela yang menguis-guis nasi di atas pinggan dengan sudu di tangannya. "Daniela?" tegurnya. Daniela tersentak. Dia memandang Zayden. Keningnya dijongketkan. "Kenapa tak makan?" soal Zayden. Daniela kembali menunduk.

"Saya dah kenyang. Awak makanlah." Daniela bangun perlahan dari kerusi. Dia berpegang pada meja makan sambil melangkah memandang kakinya masih lagi belum sembuh.

Zayden mengerutkan keningnya. Dah kenapa dia tu? Aku ada buat salah ke dengan dia? Tapi, tadi pagi okay je?

Selepas menghabiskan makanannya, Zayden bangun dan melangkah ke singki. Pinggan kotor dicuci sebelum dia melangkah untuk mengelap tangannya. Kakinya melangkah ke ruang tamu di mana Daniela sedang menonton televisyen. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Daniela. "Lya.."

Daniela hanya diam tanpa memandang suaminya itu.

"Lya, awak okay tak ni? Kenapa tak makan tadi?"

"Dah kenyang. Tadi pun saya keluar jumpa Julian. Makan terus." balas Daniela biasa tanpa memandang Zayden. Remote control di tangannya ditekan-tekan mencari siaran yang menarik tanpa mempedulikan Zayden.

Zayden mengerutkan dahinya. "Jumpa Julian? Drive sendiri? Kenapa tak bagitau saya? Kaki tu belum sembuh lagi kan terseliuhnya? Kenapa keluar?" soal Zayden bertubi-tubi. Daniela memandangnya.

"Perlu ke saya bagitau awak mana saya nak pergi?"

"Awak isteri saya, Daniela. Tanggungjawab saya."

Daniela mengangguk. "Oh, so kalau ada apa-apa saya kena bagitau awaklah? Semua yang saya buat, yang saya tahu?" soal Daniela kembali. Zayden hanya angguk. "Saya takde masalah pun nak bagitau awak apa yang saya buat, yang saya tahu asalkan awak pun buat benda yang sama."

Cinta Untuk Dia ✔Where stories live. Discover now