"Even if 99 person in this world tak percayakan kau, I will the only one yang akan percayakan kau."
Ini sudah termasuk 99 kali ayat yang sama terngiang-ngiang di telinganya. Matanya terkebil-kebil memandang siling biliknya. Sejak dari balik tadi hinggalah sekarang ni, jam hampir menginjak ke 1 pagi, Daniela masih tidak dapat melelapkan matanya.
"Tak boleh jadi ni."
Daniela akhirnya bangun. Telefon di atas meja di tepi katilnya dicapai. Nombor Zayden segera dicari di senarai kenalannya. Bila mana matanya terlihat akan nama Zayden, Daniela diam sejenak. Nak call atau tak?
Daniela menghelakan nafasnya. Nombor Zayden didail. Namun tiada jawapan. Aduh kau ni Daniela. Dah lewat kot ni. Siapa je yang masih berjaga masa-masa sekarang ni? Well.. Bukan Daniela lah kalau tak dapat jawapan sekarang, kan?
Daniela melangkah terus ke walk-in closet. Pyjama yang dipakainya ditukar dengan leggings dan t-shirt putih. Sneakers diambilnya dan terus dipakai. Setelah itu, Daniela keluar dan mengambil sahaja mana-mana kunci keretanya.
~
Daniela mengikat rambutnya. Pagar tinggi di hadapannya dipandang. Baiklah, ni bukan your first time memanjat pagar, Daniela. Daniela berpegang pada pagar itu sambil kakinya mula memanjat pagar tersebut.
Pap!
Daniela selamat mendarat di dalam perkarangan villa tersebut. Terlepas keluhan dari bibirnya. Kepalanya didongakkan. Cuba mengingati di manakah bilik Zayden. Senyuman terukir di bibirnya bila melihat bilik yang berada di hujung tingkat 2 itu.
Daniela berpaut pada palang besi di hadapannya. Agak licin. Daniela mendengus. Sneakers di kakinya ditanggalkan serta-merta. Setelah itu, dengan lincah, Daniela memanjat ke atas melalui palang besi itu. Dengan berhati-hati, Daniela mendarat pada lantai balkoni bilik itu. Daniela menghelakan nafasnya. Aduh.. Kalau aku kena tangkap ni, mahu ended up kat lokap aku ni.
Daniela berpaling pada sliding door bilik Zayden. Terus, tangannya mengetuk-ngetuk pintu itu dengan kuat.
Tok! Tok! Tok!
Zayden yang tidur meniarap di atas katil terganggu lenanya bila mendengar ketukan di pintu balkoni biliknya. Bantal di tepinya dicapai dan ditutupnya telinganya dengan menggunakan bantal tersebut.
Tok! Tok! Tok!
"Haish!" Zayden mendengus kasar bila ketukan masih terdengar. Dia bangun dalam keadaan dirinya yang masih mamai. Sliding door di balkoni biliknya itu dibuka.
"Who's the fuck.."
"Zayden."
Zayden terbeliak bila melihat wajah Daniela. "Apa kau buat kat sini? Macam mana kau boleh.." kata-kata Zayden terhenti bila dia melihat keadaan Daniela yang tidak berkasut. "Kau panjat naik sini?" tanya Zayden sambil bercekak pinggang.
Daniela hanya menjungkitkan bahunya. Zayden menyendengkan badannya pada sliding door. "Kau nak apa datang sini? It's almost 2 in the morning. Datang dengan panjat pagar, whatever semua. Kau ni... Kalau aku report, tidur lokap kau."
Daniela mencebirkan bibirnya. "Kau yang buat aku datang sini."
Zayden kerut dahi. "Apa je aku buat kat kau?"
Daniela berpeluk tubuh. "If 99 person doesn't believe in me, you will be the only one who believe in me. What is that even means?" soal Daniela. Zayden kerut dahi.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Dia ✔
RomantizmGTR ? Ferrari ? Lamborghini ? Audi ? BMW ? McLaren? Porsche ? Hah, semua tentang kereta, boleh beri kepada Daniela Arielya. Daniela Arielya. Gadis yang dikenali sebagai pemandu kereta profesional di Malaysia dan di antarabangsa. Gadis yang berani m...