20

18.4K 987 25
                                    

Stretttt

Wajah Daniela jelas menampakkan dirinya kagum dengan kemahiran Zayden yang mengendalikan kereta di atas litar perlumbaan. Tiada rasa kekok pun pada jejaka itu. Teringat kembali bila dia meragui kebolehan jejaka itu sebentar tadi.

"Kau seriuslah nak ganti aku untuk race ni?"

Zayden yang sedang menyarungkan sarung tangan kulit miliknya memandang Daniela yang berdiri di sebelahnya. Wajah gadis itu tampak seperti meragui kebolehannya.

"Kenapa pula kau macam tak percaya ni?"

Daniela menjungkitkan bahunya. "Nak percaya macam mana kalau aku tak pernah tengok kau race? Lagi satu, lupakah kanda dengan kejadian kanda melanggar kereta dinda?" sinis Daniela berkata-kata.

Zayden mencebik. Tak habis-habis lagi dengan kejadian yang dia sendiri dah tak ingat bilakah kejadian tu terjadi. "Kau jangan cabar aku, Daniela."

Daniela menggeleng. "I'm not. I'm just asking. Asal? Kau rasa tercabar ke?" senyuman sinis diukirnya.

Zayden jongket kening. "Look, it's a deal okay? Kalau aku menang jap lagi, you need to do something for me." ujar Zayden, tidak mahu kalah dengan gadis itu. Oh girl, wrong person lah nak ajak main. I'm Tengku Zayden Ayrell.

Daniela kerut kening. "What is it?"

Zayden menjungkitkan bahunya. "I will tell you later." Zayden mengenyitkan matanya pada gadis itu sebelum beredar meninggalkan Daniela yang tercengang.

Daniela menggelengkan kepalanya. Itulah kau Daniela, pandang rendah lagi kat orang. Padan mukalah kalau si Zayden suruh kau buat benda pelik-pelik. Daniela menggeleng-gelengkan kepalanya, menghilangkan entah hape-hape dalam kepala otaknya.

"So, did he meet your standard?"

Daniela menoleh kepada sang penyoal. Zach. Daniela sendiri tidak tahu yang adik Zayden ini akan mengikut sama. Dia sendiri tidak tahu tentang minat kedua-dua orang adik bedadik ini terhadap kereta.

"What do you mean by that?"

Zach jongket kening. "You racer kan? And, abang I.. He's not a racer but still, you sendiri tengok how he feels the road kan?"

Daniela memandang ke litar perlumbaan, di mana perlumbaan masih dijalankan. Entah berapa lap dah. It is supposed to end by now. Zach masih lagi menatap gadis itu, menanti jawapan. Daniela kembali memandang Zach.

"Boy, he feels the road. I love it. But, that is not the matter. Kalau I memang tak suka dia, no wedding. Tapi kalau I rasa he's the right one for me, I don't care dia feels the road ke apa ke, I akan still kahwin dengan dia juga."

Zach kerut dahi. "You ni memang serius sepanjang masa ke? I'm just kidding."

Daniela senyum. "I'm just saying. So that you tahu kenapa kalau I tak kahwin dengan abang you nanti." balas Daniela selamba. Zach menggulingkan biji matanya sebelum dia akhirnya diam. Mengalah.

"Kau buat apa, ngah?"

Zach dan Daniela serentak menoleh kepada Zayden yang baru sahaja keluar dari kereta. Dia menanggalkan jaket yang dipakainya leaving his black shirt on his body. Daniela mengecilkan matanya. "Kau kalau nak take off jaket sekalipun, go somewhere yang orang takkan nampak. Kau berdiri kat sana and selamba je buka jaket, kau ingat badan kau hot sangat?"

Zayden mengerutkan dahinya manakala Zach sudah terlepas gelak. "Apa masalah kau ni? Aku buka jaket pun kau nak jadikan isu ke? I'm just taking off my jacket, not my shirt. What is the big deal about that?"

Cinta Untuk Dia ✔Where stories live. Discover now