2

21.9K 1.1K 13
                                    

Gila.

Daniela keluar dari keretanya apabila mendengar keretanya dilanggar dari belakang. Matanya terbeliak bila melihat bahagian belakang keretanya kemek kerana dilanggar. Daniela memandang gerangan yang baru keluar dari keretanya. Nampak seperti jejaka itu pun tidak puas hati.

"Oh My God! Hey! Kau takde mata ke?!" serang Daniela terus. Jejaka itu terus memandangnya. Dia cakap aku takde mata? Habis tu dia yang berhenti tiba-tiba kenapa?

"Kau yang tiba-tiba berhenti mengejut kenapa?!" balasnya. Dahlah tengah panas, minah mana entah ni pula buat hal dengannya.

"Hey pakcik! Dah terang-terang traffic light tu tunjuk merah, kau nak aku langgar ke?" balas Daniela. Serius dia tidak puas hati. Sudahlah kereta dia ni, dia baru sahaja pergi service tadi. Lepas tu, kena langgar pula. Ergh mamat ni! Aku takkan maafkan kau, pak cik.

"Hoi! Orang lain pun berhenti juga, tapi takdelah berhenti mengejut macam kau!"

Daniela mengetap bibir. "Ah, sudah! Sekarang ni kereta aku kemek ni, kau nak buat apa?!"

"Aku nak buat apa pulak? Bukan salah aku pun!"

Daniela sudah hilang kata. Kenapalah aku kena ditakdirkan berjumpa dengan mamat sengal ni hari ni? Harap muka je handsome, tapi perangai hampeh!

"Sekarang ni, kau yang kena bayar. Bayar ganti rugi."

Lagi sekali, Daniela terbeliak. "Eh, apa pasal pula aku kena bayar?! Bukan salah aku pun! Kau yang langgar kereta aku!"

Jejaka itu senyum sinis. "Kau ni macam mana dapat lesen kereta? Fail betul bab-bab kereta ni."

Daniela membulatkan matanya. Dia cakap aku fail? Mamat ni tak tahu agaknya aku ni pemegang title professional driver. Suka-suka je cakap aku fail.

"Kau tu yang fail! Traffic light merah pun tak kenal! Aku rasa kau ni colour blind lah. Why not, kau pergi kelas mengenal warna dulu? Lepas tu kita jumpa lagi sebulan. Tengok kalau kau still cakap ni salah aku ke tak?" sindir Daniela. Jejaka itu sudah terbeliak. Tak guna.

"Fine. Kau nak tahu sangat siapa salah kan? Aku call kawan aku. Kalau dia cakap kau salah, kau kena bayar double." ugut jejaka tersebut. Daniela sudah terngangga.

"Fine! Kau call kawan kau, aku call kawan aku. Tengok siapa yang salah! Kalau dia cakap kau salah, kau kena bayar triple!"

Jejaka itu mencebik. Mengada-ngada. Aku minta double je, dia minta triple. IPhone di dalam poket seluarnya dikeluarkan. Number rakannya didail dalam kadar segera.

"Hah benda?"

"Kau datang sini sekarang. Ada benda aku nak kau settle."

"Sini tu mana?"

"The same road pergi my office. Kau datang jelah."

"Okay. Eh, nanti aku datang. Ada call masuk ni."

"Okay. Be quick."

Panggilan terus ditamatkan. Dia memandang gadis yang sedang berbual melalui telefonnya. Dia tidak hirau. Matanya memandang bahagian depan keretanya yang kemek. Argh! Time macam ni juga kau nak berlanggar.

~

Daniela dan jejaka itu serentak mengangkat muka bila sebuah kereta Audi berhenti di hadapan mereka. Daniela melangkah mendapatkan Justin.

"Justin, kau.."

Daniela dan jejaka itu berpandangan. Justin menjongketkan keningnya. "Kau langgar kereta dia ke Zay?" soal Justin.

Cinta Untuk Dia ✔Where stories live. Discover now