Zayden melangkah keluar dari bangunan pejabatnya. Dia melangkah ke arah Mercedes-Benz AMG C63 yang berhenti di hadapan bangunan pejabatnya. Pintu kereta penumpang di sebelah pemandu dibuka dan badannya diboloskan ke dalam kereta tersebut.
Daniela menilik jam tangannya. "10 minit."
Zayden memandang gadis itu. "Sorry. Aku baru habis meeting tadi. Yang kau tiba-tiba datang kenapa?" soal Zayden. Daniela mula memandu keluar dari perkarangan bangunan yang berdiri megah itu.
"Mama kau suruh kita pergi satu butik ni. Untuk tengok-tengok baju nak pakai masa majlis nanti." kata Daniela sambil matanya tidak lepas dari jalan raya. Zayden memandangnya.
"Kat mana?"
"Mawar's Bridal Boutique. Mama kau cakap tu kawan dia punya." balas Daniela. Zayden menggosok perutnya.
"Hmm, jap lagi kita pergi sanalah. Jom makan dulu. Aku belum lunch lagi pun."
Daniela mengerling sekilas pada Zayden. "Kau belum lunch? Dah pukul 2 ni cik abang oi."
"Aku meeting lah tadi. Tak sempat nak makan. Kau takpelah, sejak jadi tunang aku ni, makin sayang mama kat kau. Dah macam aku pulak yang bukan anak dia."
Daniela tergelak kecil. Kerana memang benar. Tengku Zaila memang melayannya seperti anak sendiri, malah dia dilebihkan daripada Zayden dan Zach. Zach tidak apalah, suka je sebab senang nak mengusik Daniela tapi Zayden kekadang tu, tak puas hati juga sebab mama kesayangannya melebihkan Daniela daripadanya. Kalau ada apa-apa tentang majlis kahwin mereka nanti, mesti mama akan beritahu Daniela terlebih dahulu. Dia cuma akan tahu lepas semuanya sudah dirancang dan dia tidak akan dapat membantah lagi walaupun dia tidak suka. Tapi so far, pilihan mama dan tunangnya itu tidaklah teruk mana. Cantik sahaja di matanya.
~
"This one.."
"From Victoria's Elegance Quinceanera & Bridal." sampuk Daniela sambil membelek gambar dalam katalog baju pengantin tersebut. Datin Mawar dan Tengku Zaila berpandangan. Wow. Daniela sengih.
Zayden hanya bersandar sahaja di sebelah Daniela sambil sesekali matanya memandang katalog yang dibelek oleh Daniela.
"Yes. This gown daripada Victoria's. Gaun ni dia dihiasi dengan sulaman kapas and jahitan manik-manik yang sangat cantik. And it was magnificient lace and glitter ball gown wedding dress with full length sleeves. So if you want this, memang saya akan order all the way from Texas." kata Datin Mawar sambil tangannya sibuk menunjuk pada bahagian-bahagian di gaun pengantin itu.
"All the way from Texas? Tak lama ke?" soal Zayden.
"Nolah. Wedding reception ni, mama dah plan dah kita akan buat a week after your majlis akad nikah. So, there's a plenty of times. So no worries. Memang akan sempat untuk kita dapat this wedding dress from Victoria's."
Daniela mengangguk.
"So, Daniela and Zayden, you guys ada apa-apa special request for this wedding dress? So nanti senang kita nak minta mereka tambah apa-apa yang korang nak." tanya Datin Mawar. Zayden menggeleng.
"Zayden ikut je mana-mana."
"Daniela?"
Daniela mengangkat wajah dari katalog yang dipegangnya itu. "No. The dress is very nice already."
Datin Mawar mengangguk. "Zaila? You nak apa-apa ke?" soal Datin Mawar. Tengku Zaila memandangnya.
"I baru ingat pasal tiara yang kita tengok hari tu. Sangat cantik. Kalau kita padankan dengan dress ni, akan lagi nampak sangat cantik kot?"
YOU ARE READING
Cinta Untuk Dia ✔
RomansaGTR ? Ferrari ? Lamborghini ? Audi ? BMW ? McLaren? Porsche ? Hah, semua tentang kereta, boleh beri kepada Daniela Arielya. Daniela Arielya. Gadis yang dikenali sebagai pemandu kereta profesional di Malaysia dan di antarabangsa. Gadis yang berani m...