4

19.9K 1.1K 27
                                    

Burr!

Zayden memandang bajunya yang sudah basah kerana gadis di hadapannya yang tersembur air kepadanya. Daniela terkebil-kebil memandangnya. Hanya sekejap rasa bersalahnya namun selepas itu, dia terbahak-bahak ketawa.

Zayden menjelingnya dengan tajam. "Kau jangan nak gelak-gelak eh. Aku bagi sat lagi."

"Like I care?"

Zayden mengepal penumbuknya. Ni kalau si Darrel ni takde kat sini, memang dia penyek-penyek gadis di hadapannya itu.

"Lya, minta maaf sekarang." arah Darrel. Zayden  memandang gadis itu di hadapannya. Daniela menjulingkan matanya.

"Sorry hari tu dia tak cakap pun. Asal pula aku kena cakap sorry kat dia hari ni? Kira fair and square lah. Dia tak say sorry, aku tak say sorry." bebel Daniela selamba. Zayden mengetap bibir.

"Rel, adik kau ni kalau aku baling jap lagi, kau jangan tanya kenapa. Asal biadap sangat adik kau ni?" Zayden mulai tidak puas hati. Darrel menarik sengih.

"Err.. Dia ni memang macam ni Zay."

"Kau suruh dia masuk tadika balik Rel. Bagi dia belajar cara bersopan sikit." sindir Zayden. Daniela terngangga. Dia menepuk meja di hadapannya.

"Kau kutuk aku macam aku takde kat sini kan?!"

"So? Tak puas hati?!"

"Kau jangan sampai kau makan heels lunch hari ni, mamat sengal!" Daniela mulai naik angin. Zayden menjegilkan matanya.

"Kau ingat aku takut ke?!"

Daniela mengetap bibir. Dia terus ingin menanggalkan heels 4 inchi nya. Amelia di sebelahnya sudah membulatkan mata. Terus, dia menghalang gadis itu daripada membuat perkara yang akan membuatkan mereka menjadi perhatian ramai nanti.

"Lya, kau sabar sikit!"

"Eii lepaslah! Aku dah tak boleh nak sabar lagi dengan mamat sengal ni!"

Zayden merengus kasar. Dia terus menolak kerusi ke belakang sebelum melangkah keluar dari restaurant tersebut. Daniela kembali duduk. Dadanya turun naik menahan kemarahannya.

Amelia menampar lengan Daniela. "Kau ni Lya! Kenapa kau suka sangat cari pasal ni?! Tak malu ke kat orang lain tengok kau?!" marah Amelia. Daniela menjelingnya.

"So sekarang ni aku lah salah?"

"Dah tu? Kalau kau minta maaf tadi, takdelah benda jadi lagi besar. Ei kau ni." bebel Amelia. Daniela mencebik.

"Whatever!"

Darrel menggeleng-gelengkan kepalanya. "Adik, kesian kat Zay."

"Kesian apa pulak? Aku tak sengaja."

Darrel terus keluar mengikut Zayden. Amelia juga sama bangun meninggalkan Daniela. Daniela menjulingkan matanya. Dia kembali menyarungkan heels nya dibukanya tadi.

Dia memandang iPhone di hadapannya. Tangannya mencapai iPhone tersebut. Dia menghidupkan iPhone tersebut. iPhone Zayden. Daniela mencebik. Dia kembali meletakkan iPhone tersebut. Dia terus bangun. Namun baru beberapa langkah, dia kembali berpaling.

Macam jahat sangat kalau biarkan je iPhone itu. Daniela kembali melangkah ke arah meja tersebut. iPhone jejaka itu diambil dan dimasukkan di dalam beg tangannya.

~

Zayden memandang baju yang baru dibelinya. Rengusan terlepas dari bibirnya. Tak pasal-pasal kena beli baju. Bila melihat bajunya yang basah kerana disembur air oleh Daniela, buat kesekian kalinya, dia rasa seperti hendak lenyek-lenyek gadis itu. Adik jenis apalah yang kau ada ni Darrel?

Cinta Untuk Dia ✔Where stories live. Discover now