28

16.9K 965 31
                                    

Meriah majlis resepsi perkahwinan Daniela dan Zayden dengan kehadiran kerabat keluarga daripada kedua-dua pihak. Daniela tidak menyangka pula Tengku Haidar menjemput semua saudara-maranya. Jadi memang lelah lah dia hendak memperkenalkan Tengku Zayden Ayrell, sang suaminya itu kepada kerabatnya. Nasib baiklah kebanyakkan mereka sudah mengenali Zayden kerana kemunculan jejaka itu sebagai salah seorang orang bisnes yang terkenal.

Daniela melangkah ke arah meja rakan-rakannya sambil tangannya mengangkat sedikit kain gaun pengantinnya. Sudahlah ditempah khas dari Texas dengan hiasan yang sangat-sangat mewah, memang sayanglah kalau nak buat kain itu sebagai kain sapu lantai. Daniela yang berjalan melalui meja buffet memandang Tengku Amanda dan Tengku Haidar yang berbual di hujung sana. Keningnya berkerut. Tengku Amanda kenal ke dengan ayah?

Niat Daniela yang hendak melangkah ke arah kawannya tadi terus ditukar. Dia melangkah mendekati ke arah dua figura itu. "Mak Su?" tegur Daniela. Serentak, Tengku Amanda dan Tengku Haidar menoleh kepadanya. Daniela senyum biasa. "Mak Su kenal ke dengan ayah Lya?" soalnya.

Tengku Amanda diam. Wajahnya nampak seperti ingin memberitahu gadis itu bahawa dia ialah ibu kandungnya. Tengku Haidar mengetap rahang. "Baru kenal." sampuk Tengku Haidar. Tengku Amanda memandangnya. Apa yang you cuba buat ni, Haidar?!

Tengku Haidar memandangnya tajam seolah-olah menghalangnya untuk memberitahu perkara yang sebenar. Tengku Amanda menggeleng. Tidak, I akan bagitau dia, Haidar. Dia perlu tahu. Dia anak I.

"Lya.."

"Adik."

Tengku Amanda yang ingin berkata terhenti bila Darrel mendekati mereka. Darrel hanya beriak biasa. Daniela memandangnya. Darrel tidak menghiraukan pandangan Tengku Amanda padanya, malah dia memandang Daniela. "Your team dari Austria baru sampai. Pergilah jumpa dorang." kata Darrel. Daniela membulatkan matanya.

"They're here?"

Darrel angguk. Daniela sudah menunjukkan wajah teruja. Tanpa kata, dia terus meninggalkan tiga orang manusia itu. Darrel memandang Tengku Amanda. "Bukan masanya untuk Tengku bagitau tentang siapa Tengku sekarang ni. Jangan risau, lambat laun dia akan tahu juga. Tapi, saya takkan biarkan Tengku hancurkan rasa gembira adik saya sekarang. So please, kalau Tengku tak nak saya buat lebih pada Tengku, jangan buat perkara yang akan buat saya dan Daniela lagi menjauh daripada Tengku sekarang ni." Darrel bersuara dengan biasa namun terselit ketegasannya di situ. Sebaik sahaja menuturkan itu, Darrel terus beredar. Kerana dia tidak mampu menatap wajah yang banyak menderanya dan Daniela ketika mereka masih kecil.

Telefon di tangannya dipandang. Nombor Julian didail sambil dia melangkah keluar dari ball room tersebut.

"Hello?"

"The results yang kau hantar tadi, kau confirm ke? Kau sure takde salah?"

Julian di hujung talian memicit dahinya. Skrin MacBook ditatap. "That is my final results. Aku dapat semua informations ni daripada orang yang aku sangat percayai. Kalau kau tak percaya juga, kau boleh tanya ayah kau sendiri."

Darrel bersandar pada dinding. "Aku tak tahulah, Ian. Tapi kau dengar sini, aku tak nak kau bagitau benda ni dekat Daniela dulu. Dia tak perlu tahu buat masa sekarang ni. Kita akan bagitau dia bila semuanya dah settle. Aku tak nak hancurkan mood happy dia sekarang ni."

Julian mengangguk. "Yang tu kau jangan risau. Aku belum update apa-apa lagi dengan dia. Sebab tu aku bagitau kau dulu sebab aku tahu sekarang ni bukan masa yang terbaik untuk bagitau dia tentang ni."

Darrel menghelakan nafasnya. "Kau dekat mana? Kat New York lagi? Bila kau balik?"

"Lusa aku balik Malaysia."

Cinta Untuk Dia ✔Where stories live. Discover now