3

21.3K 1.1K 43
                                    

"Macam mana kau boleh berlanggar dengan Zayden?"

Daniela yang sedang ralit membaca novel memandang Darrel yang duduk di sofa sebelah sana sambil makan. Daniela mencebik. Tak habis lagi rupanya cerita pasal mamat sengal tu.

"Dia yang langgar orang. Lepas langgar, bukan nak minta maaf, dia suruh orang bayar ganti rugi pula. Padahal, dia yang langgar orang. Nak salahkan orang pula. Nasib baik Justin ada tadi. Kalau tak, selamat dia makan heels adik tadi." bebel Daniela. Darrel diam sejenak.

"Yang Zayden cakap, kau berhenti mengejut."

"Dia tu tak habis-habis dengan teori aku berhenti mengejut. Dah traffic light tu merah, aku berhentilah. Takkanlah aku kena cakap ‘hello, saya nak berhenti jap ni. Awak boleh slow sikit?'. Macam tu? Dia belajar bawa kereta kat mana kalau kena cakap macam tu bila sampai kat traffic light?" tambah Daniela. Masih tidak berpuas hati dengan ‘teori’ Zayden.

Darrel tergelak. Daniela menjelingnya. Kusyen kecil diambil dan dibalingnya kepada Darrel. "Apa gelak-gelak? It's not funny."

Darrel tersengih. "Kiranya si Zayden tu kena dengar kau membebel lah tadi dik? Ya Tuhanku, kesian pula aku kat Zay sebab kena dengar kau membebel. Kau ni kalau membebel, bukan boleh berhenti dalam masa seminit."

Daniela mengetap bibir. Kutuk nampak. "Abang, kau jangan sampai aku baling kau keluar dari rumah ni."

Darrel menarik sengih. "Relakslah. Kau ni pun. Zay tu memang jenis yang takkan minta maaf. Lagipun, dia tak sengaja langgar kereta kau. And plus, kereta kau bukannya rosak sangat. Sikit je pun."

"Sikit pun tetap rosak. Aku baru service kot kereta tu!" rungut Daniela. Darrel sekadar mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia kembali menumpukan perhatian pada movie yang ditontonnya tadi.

Daniela tidak hirau. Dia kembali membaca novel di tangannya. 

~

Zayden melabuhkan punggungnya di atas kerusi di balkoni biliknya. Di tangannya terdapat secawan kopi yang baru dibancuh.

"Heaven.." helanya. Selepas dua minggu membuat business tour di England, akhirnya dia dapat juga merehatkan diri. Rasa sakit di badan masih lagi terasa kerana banyak menaiki kapal terbang. Nak buat macam mana? Nama pun salah seorang jutawan termuda di Malaysia.

Zayden menikmati suasana malam yang indah dari balkoni biliknya itu. Masa-masa seperti inilah dia boleh menikmati malamnya sebelum mula bekerja esok. Bila mengingatkan kerja, terus dia teringat akan gadis siang tadi. Gadis yang memarahinya kerana dia melanggar kereta gadis itu tanpa sengaja.

Zayden menggeleng-gelengkan kepala. Tak pernah lagi dia berjumpa dengan perempuan seperti Daniela. Perempuan yang sanggup bertekak dengannya di tengah-tengah panas hanya kerana keretanya dilanggar. Perempuan yang hampir menangis kerana keretanya mengalami kerosakan yang sedikit. Lain daripada yang lain sungguh adik kau ni, Darrel.

Zayden mencapai iPhone di atas meja bila dia mendengar bunyi notifications masuk. Zayden membuka whatsapp daripada Darrel.

Darrel Aaryn

Weyh pak cik. Esok jom lunch sama?

Zayden mengetap bibir bila membaca perkataan ‘pak cik' di awal ayat itu. Dia membalas whatsapp yang dihantar oleh Darrel itu sambil lewa. Hanya perkataan ‘okay' ditaipnya sebagai balasan kepada jejaka itu.

Zayden mencapai cawan kopi di atas meja sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya. Sliding door ditutupnya rapat. Dia meletakkan cawan kopi yang sudah kosong itu di atas meja di tepi katilnya. Setelah itu, Zayden melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badan sebelum tidur.

Cinta Untuk Dia ✔Where stories live. Discover now