Zayden meletakkan kunci kereta serta dompet di atas meja kaca di ruang tamu. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa. Matanya dipejamkan erat sambil jarinya memicit batang hidungnya. Tidak lama kemudian, matanya kembali dibuka. Nafasnya dihelakan sambil dia menoleh ke arah gambar perkahwinannya dengan Daniela yang digantung di dinding sana.
Serta-merta, pertelingkahan mereka petang tadi terlintas di mindanya. Dia bukanlah bermaksud untuk mengherdik Daniela tetapi bila Daniela menyembunyikan apa yang sepatutnya dia tahu, dia jadi marah. Dia bukanlah kemaruk nak anak. Tapi bila Daniela mengambil pil tersebut tanpa pengetahuannya, dia jadi tidak terkawal. Sekiranya Daniela berterus-terang dengannya dari awal lagi, memberitahunya bahawa dia belum bersedia lagi nak ada anak, dia tidak akan bertindak sebegitu.
Zayden merengus kasar. Dia mencapai remote control di atas meja kaca sebelum berbaring di atas sofa. Fikirannya cuba direhatkan dengan menonton televisyen.
~
Darrel mengetuk pintu bilik pejabat Zayden. Bila dia mendengar suara dari dalam yang menyuruhnya masuk, Darrel terus memulas tombol pintu dan melangkah masuk. Zayden mengangkat muka memandang Darrel yang sudah duduk di hadapannya. "Kau buat apa kat sini?" tanya Zayden sambil dia menutup fail kerjanya.
"Aku saja je nak jumpa kau. Olivia suruh aku cakap something dekat kau. Dia nak cakap dekat kau semalam tapi kau terus blah balik rumah. So, dia suruh aku cakap dekat kau sebab dia tak sempat nak jumpa kau in person lagi."
Zayden mengerutkan keningnya. Darrel bersandar biasa sahaja pada kerusi empuk di hadapan Zayden. "Dia dah balik London pagi tadi. Well, dia cakap dia dah malas nak kejar kau lagi. Dia cakap yang dia nampak betapa besarnya cinta kau dekat Lya sampai kau langsung tak hiraukan dia. So, dia dah serik dah."
Zayden hanya diam tanpa riak.
"And she told me that playing with your heart is her biggest regret. Dia cakap yang dia sebenarnya dah lama ada hati dengan kau, so bila kau dan aku sama berebutkan dia, dia sengaja je uji kau. Dia nak tengok effort kau dapatkan dia. Tapi then, tiba-tiba, kau mengalah dengan aku. And bila dia pilih kau masa tu, dan kau tolak, dia rasa marah. Dia janji dengan diri dia yang dia akan dapatkan kau, no matter what happens. Tapi bila dia jumpa kau sekarang ni, dia nampak yang takde peluang dah untuk dia dapatkan kau. And yes, she's well-educated. Dia tak nak jadi orang yang ketiga antara kau dengan Lya sebab dia tahu, benda tu hanya akan menjatuhkan maruah dia."
Zayden menghelakan nafasnya dengan perlahan. "Baguslah kalau dia mengalah, serik apa semua tu. Tak payah aku nak fikir pasal dia. Masalah dengan Lya je pun dah cukup untuk aku fikir." kata Zayden. Darrel menjongketkan keningnya.
"Kau takde call dia ke?"
Zayden menggeleng.
Darrel menggeleng-gelengkan kepalanya. "Zayden, aku tahu adik aku tu degil, ego semua tu. Tapi kalau kau dengan dia sama ego, sama degil, sampai bila masalah korang ni nak berlarutan? Takkan kau nak biarkan ego korang ni jadi punca rumah tangga korang retak?"
"Bukan macam tu. Aku cuma nak dia belajar untuk mengalah sekali-sekala. Kalau aku yang asyik mengalah tiap kali kitaorang ada masalah, dia akan terus dengan sikap degil dan ego dia. Sebab dia tahu, aku akan mengalah dengan dia. Rel, even aku sayang dia, aku tak nak dia suka-suka je pijak kepala aku."
Darrel menghelakan nafasnya. "Hmm.. Kalau kau dah cakap macam tu, aku tak boleh nak cakap apa dah. Aku tahu kau lebih bijak dalam handle adik aku. Tapi kalau boleh, aku tak nak korang gaduh lama-lama."
Zayden hanya mengangguk. "Kau jangan risaulah. Tahulah aku nak settle macam mana."
Darrel mengangguk.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Dia ✔
RomanceGTR ? Ferrari ? Lamborghini ? Audi ? BMW ? McLaren? Porsche ? Hah, semua tentang kereta, boleh beri kepada Daniela Arielya. Daniela Arielya. Gadis yang dikenali sebagai pemandu kereta profesional di Malaysia dan di antarabangsa. Gadis yang berani m...